"Papa nak tanya ni, korang nak honeymoon kat mana nanti?" serentak dengan itu, tersedaklah kami laki bini. Ariel tersedak sebab mee tersangkut kat kerongkong. Aku sopan sikit, tersedak air milo. Oi, dahlah panas! Selamat hakak pandai cover cik non oi. Kalau tak, tak memasal tersembur air milo kat atas meja.
"Ariel rasa, awal lagilah pa nak honeymoon. Tak payah kot," jawab Ariel.
"Awal apanye? Kita rancang dulu. Seminggu dua lepas tu, baru pergi. Jangan risau, papa akan sponsor semuanya," kata papa sambil tersenyum.
Bila dengar perkataan 'sponsor' tu, mata aku terus membulat.
"Serius papa?" tanyaku penuh teruja.
"Oi," tegur makhluk yang duduk di sebelah. Dia menjeling tajam ke arahku. Aku mencebik kembali. Cehh, potong stim betul!
"Tapi papa, Ariel sekarang memang sibuk sangat-sangat. And Ariel ambik cuti pun seminggu je. Maybe next time? Ok tak, sayang?" aku yang sedang menyisip air milo tersedak sekali lagi. Satu kerana panggilan 'sayang'nya itu. Satu lagi kerana tangannya yang kini mendarat di bahuku, memeluk rapat bahuku.
"Eh, sayang. Ok tak?" Ariel terus menepuk-nepuk belakang tubuhku yang tengah terbatuk-batuk. Tangan sebelahnya lagi mengelap bibir yang comot.
Mataku membulat sekali lagi. Terkejut siak!
Papp!
"Auu!!"
"Eh, kenapa ni Ariel?" tanya mama cemas. Ariel kini sedang terbongkok-bongkok menggosok kakinya yang mungkin jugak kemek sebab kena pijak oleh aku. Matanya memandang tepat pada aku. Ceh, marahlah tu. Mengada sangat. Ada hati pegang-pegang bibir aku!
"Ahh...tak de pape, mama. Urat kaki tergeliat sikit."
"Hahaha. Duduk pun boleh tergeliat urat kaki," tegur mak long sambil ketawa. Satu meja juga ikut ketawa, termasuk aku.
"Siap kau kat bilik nanti!" ugutnya perlahan. Ekor matanya menikam tajam ke arahku.
Cettt!!! Nak ugut aku konon.
"Kenapa sekejap sangat cuti? Ambillah 2,3 minggu ke?" tanya mama.
"Tak bolehlah, mama. Cuti midsem cuma seminggu je. Lepas naik cuti ada test, apa semua. Nanti Ariel terkejar-kejar nak siapkan notes, buat paper untuk student Ariel. Lepas tu banyak benda nak kena selesaikan. And... Sayang pun lepas naik cuti midsem sibuk, kan?" soal Ariel. Dia menjongketkan kening sekali.
Aku yang faham maksudnya, turut ikut mengangguk.
"Haah, mama. Saya nanti ada banyak test, quiz apa semua. Lagipun banyak assignment kena submit."
"Lahhh... Kan Ariel ni lecturer Raudhah?" soal mama lagi.
"Lecturer pun, lecturer jugak. Walau kat rumah Ariel suami Raudhah, tapi kat U, Ariel terpaksa jadi lecturer Raudhah. And Ariel kena adil dengan semua student Ariel. Kan, sayang?" sekali lagi dia bertanya pada aku.
"Ah...ya. betul tu, betul."
Ariel tersenyum lantas mengusap kepalaku perlahan.
Ouh... Aku lupa nak cerita asal usul laki aku ni. Alkisahnya, bermula bahawa Ariel Hakim adalah lecturer Calculus and Linear Algebra aku. Dia mengajar aku Calculus sejak Calculus 1 lagi dan sampailah sekarang. Aku fikir... Jodoh kami cumalah sekadar pensyarah dan pelajar di Uni. Hakikatnya... Jodoh aku dengan pak cik ni sampailah dia ter-jadi laki aku. Haila nasib....
Dan hakikatnya, sejak dulu sampai sekarang.. Kami tak pernah sebulu. Aku adalah pelajar paling dia menyampah. Dan dia adalah lecturer paling annoying yang pernah aku kenal!
Urghhh!
Lepas tu terpaksa tersangkut pulak dalam perkahwinan yang super maha kelam kabut ini!!!
Aku tak suka dia! Dia tak suka aku!
Aku tak cintakan dia! Dia tak cintakan aku!
Ermmm
YOU ARE READING
I LOVE U? SILA NINGGAL!!
RomanceAku kahwin dengan lelaki sengal tu sebab dia tak cintakan aku. Dan sebab dia dah ada perempuan lain yang dia cinta. Perjanjian perkahwinan telah dipersetujui. Aku cuma isterinya selama 3bulan. Dan lepas tu, dia akan berkahwun dengan perempuan lain d...