POV ARIEL
"Odaaahhhhh!!!! Oooo.... Odahhhh!!!"
"Eeeiiii... Kau ni bisinglah!! Senyap boleh tak? Odah, Odah. Panggil aku Dee laaa!!!" marah Raudhah dengan wajah masam mencuka. Aku menyorok sengihan. Dee konon.
"Kau buat apa lama-lama sangat? Tahu tak dah panas terik ni," marahku lagi.
"Eeeiiii!!! Nampak tak ni buah rambutan ni. Aku pergi ambik buah rambutanlah. Yang kau ni pergi dusun tapi duduk dalam kereta je. Tu pun panas ke?" Raudhah menunjukkan tangannya yang sedang memegang 2 plastik pink yang dipenuhi dengan buah rambutan.
"Kau nampak tak jarum pendek ni dah tunjuk pukul berapa sekarang?" aku menunjuk jam tangan yang berlingkar di pergelangan tangan. "Dah pukul 12 tahu tak?"
"Sabarlah sikit. Banyak lagi buah rambutan kat atas pokok tu. Kau tunggulah dalam kereta. Bukak air cond tu kuat-kuat. Kejap lagi aku datang," kata Raudhah lalu berlari masuk ke dalam dusun.
"Eh, tung..." Raudhah dah hilang dari radar. Aku tak tahulah dia guna kuasa apa boleh hilang cenggitu je. Bela saka mungkin?
Hurmmm... Aku ajak dia pergi jalan-jalan kat sungai hujung kampung sana. Lepas tu aku ceritalah yang arwah opah ada dusun buah kat sini. Dan dia pun ajak aku masuk dusun. Aku pun ikut jelah sebab ingatkan dia nak tengok-tengok je. Sekali dekat 2 jam aku bertapa tunggu dia kat sini!
Mana taknya, lepas panjat pokok jambu sambil makan jambu atas pokok, dia pergi jenguk pokok durian yang baru je keluar putik. Buat apa nak jenguk woi. Ni bukannya musim durian. Lama lagi. Tak cukup dengan tu. Dia pergi panjat pokok rambutan pulak dan hangkut segala jenis buah yang ada masuk dalam kereta.
Hurmm.... Aku kahwin dengan orang utan ke apa sebenarnya ni? 😒😒😒😒
🐝🐝🐝🐝🐝
Handphoneku berdering dari dalam kocek seluar. Segera aku menyeluk seluar dan mengambil handphone.
Aku tersengih tatkala tertera perkataan 'Sayang' di screen handphone.
"Hai, Bae."
"Baeeee... You mana? Rinduuuuu," terdengar suara manja Qistina dari dalam talian. Aku tersenyum sendiri.
"Ada je. Tak ke mana pun."
"Bila you balik sini?"
"Naik cuti nantila, bae. I kan sekarang balik rumah parent I. You tahu kan? Nanti lepas I balik Kelantan, I jumpa you dulu. I janji," pujukku perlahan. Aku seraya membuka pintu kereta dan bergerak keluar dari tubuh kereta. Hurmm... Rasa macam kepam pulak duduk dalam kereta lama-lama.
"Janji you nak jumpa I?"
"Ya.... Janji. Nanti I terus jumpa you."
"Arieeeeellllll.... Ariiieeeelllll...." terdengar bunyi jeritan dari jauh. Aku syak Odah yang tengah panggil-panggil nama aku.
Habis siapa lagi? Cuma aku dengan Odah je dekat dusun ni. Takkanlah...
'Penjaga' dusun?
"Arieeeellll..... Tolong Arieelll..." suara itu berbunyi lagi. Hatiku jadi tak keruan.
"Baaee... I ada hal sikit. Nanti I call you balik. Ok?"
"Ok, bae. I tunggu you taw. I pun ada hal ni. Ada customer datang. Love you baby. Bye."
"Love you too, bae. Bye," jawabku lantas mematikan panggilan.
"Arieeeeellll...."
"Ya..ya. kejap," sahutku lantas aku mengunci kereta dan berjalan ke arah suara itu.
Hurmm...nak apa pulaklah Odah tu.
YOU ARE READING
I LOVE U? SILA NINGGAL!!
RomanceAku kahwin dengan lelaki sengal tu sebab dia tak cintakan aku. Dan sebab dia dah ada perempuan lain yang dia cinta. Perjanjian perkahwinan telah dipersetujui. Aku cuma isterinya selama 3bulan. Dan lepas tu, dia akan berkahwun dengan perempuan lain d...