Flashback**
Aku menaiki tangga rumah teres 2 tingkat sambil menelek app Instagram di handphone. Seriuslahhh... Asallah wei Zul Ariffin ni hensem gila!! Tergugat iman aku. Dia tahu an aku ni bukannya kuat iman sangat. Bila-bila masa je boleh berdarah hidung kalau nampak gambar dia. Nak-nak muscle dia tu.
Astagfirullah hal azim... Astagfirullah hal azim. Kang tak memasal, hilang hafalan Surah Kahfi aku.
"Raudhah..." panggil ibu dari bawah. Aku terus menoleh ke arah ibu.
"Ya ibu."
"Turun kejap, sayang. Ibu ada benda nak cakap sikit ni."
Aku mula menuruni anak tangga semula. Ibu sudah duduk di sofa ruang tamu sambil tersenyum manis. Tiba-tiba aku rasa ada aura lain datang dari ibu aku. Eh... Lain macam je aura ni. Rasa seram pulak.
Aku ada buat salah ke? Ada apa-apa yang tak kena ke? Tapi kalau aku buat salah, takkanlah ibu tersenyum lebar kat aku kot. Mestilah tayang muka serius. Ye dak? Lepas tu, asal cara ibu cakap "Ibu ada benda nak cakap sikit ni" tu lain macam? Macam ada benda penting gila je.
"Ada apa, ibu? Macam penting je?" soalku seraya meletakkan tote bag di sisi.
"Ibu nak cakap sikit ni. Raudhah ingat Uncle Firdaus?"
"Uncle Firdaus? Siapa, bu?"
"Alaaaa... Uncle Firdaus. Kawan arwah ayah..."
"Yang mana?" dahiku terus berkerut. Uncle Firdaus mana pulak? Aku tak kenal pun mana-mana kawan ayah yang nama Uncle Firdaus.
"Alaaa... Dulu kan pernah jadi jiran kita masa Raudhah masih kecik. Ingat Abang Ariel?"
"Abang Ariel?"
"Ya... Anak Uncle Firdaus tu. Alaaa.... Yang pernah tolak Raudhah masuk parit tu..." sambung ibu lagi.
Aku mula mengerah otak untuk memutar kembali memori-memori zaman kecik. Hurmmm... Abang Ariel? Hurmmm... Tolak masuk parit....
"Haaaa..." ok.. Aku rasa aku dah ingat. "Si gemuk tu, kan??!!!!" aku menjerit kuat. Ibu cepat menepuk lenganku.
"Ishh! Apa cakap anak orang macam tu," marah ibu. Aku tersengih menayang barisan gigi yang putih sambil menggosok tempat yang ditepuk ibu. Uihhh.... Sakit wooooo!!!!
Terbayang ingatanku kepada seorang budak lelaki gemuk pendek yang selalu buli aku masa aku masih kecik-kecik dulu. Aku masa tu baru je darjah 1 dan dia darjah 5. Walaupun dia baru je darjah 5, beb, tapi dia dah pandai tunjuk taiko. Abam kawasanla konon.
Aku ingat lagi sewaktu di sekolah, dia bersama perutnya yang membulat ke depan tu selalu tahan aku kat belakang kelas waktu aku nak pergi keluar rehat sebab nak paw duit belanja sekolah aku.
"Odah! Mana duit kau?" soal Arief sambil bercekak pinggang. Euww.. Nak panggil dia Abang? Euww... Euww... Kem salammmm!!!
"Kita.... Kita tak ada duit..." jawab aku ketakutan. Kelepet tudung di bahagian kanan aku perbetulkan.
"Kau tak baik tipu taw Odah. Tipu dosa, mati seksa, masuk api neraka. Kau nak masuk api neraka?"
"Huuuu.... Huuu.... Tak nak! Tak nak! Kita takut!!" jawab aku ketakutan sambil menangis.
"Kalau tak nak, jangan tipu aku. Mana duit kau?"
Maka dengan terpaksa untuk rela, aku pun menyerahkan duit belanja sekolah aku yang waktu tu cuma RM1. Singgit je wei. Mee goreng lambak 50sen. Air oren 30sen. 20sen nak buat beli aiskrim balik sekolah nanti.
Dan akhirnya... Aku pun kelaparan....
Huhuhu... Sedihhh😢😢😢😢
"Ha, bu. Kenapa dengan dorang, bu?"
Ibu menayang muka lain pesen sambil tersenyum smirk.
"Dorang masuk meminang Raudhah."
Dan aku dikejarkan ke hospital kerana pengsan....
YOU ARE READING
I LOVE U? SILA NINGGAL!!
RomanceAku kahwin dengan lelaki sengal tu sebab dia tak cintakan aku. Dan sebab dia dah ada perempuan lain yang dia cinta. Perjanjian perkahwinan telah dipersetujui. Aku cuma isterinya selama 3bulan. Dan lepas tu, dia akan berkahwun dengan perempuan lain d...