POV ARIEL
Tuala berwarna cream di penyangkut aku lingkarkan ke pinggang. Setelah itu, aku menghadap ke cermin semula. Rambut yang terjuntai di dahi aku rapikan kedudukannya. Hurmmm.... Hensem gak aku ni kan?
Aku berjalan keluar dari bilik air. Tiba-tiba mataku terpana melihat ke arah Raudhah yang sedang duduk di depan cermin. Baju tidur berwarna putih itu terbalut di tubuhnya. Dahlah tak berlengan. Aku ingat dia tak nak pakai baju tu depan aku. Tadi masa aku beri pada dia yang aku dapat dari mama, dia seboleh-boleh tak nak. Hurmm.. Dia ni nak goda aku ke?
Raudhah yang menyedari aku baru keluar dari bilik air turut memandang aku. Dia berhenti seketika menyapu losyen ke kakinya dan matanya membulat memandangku. Terkejut mungkin. Hahahaha. Selepas itu, terus je berpaling semula menghadap cermin.
Aku berdehem seketika dan terus berjalan ke almari. Baju tidur berwarna kelabu yang masih dalam lipatan aku ambil. Eh, kejap!
Aku tersengih sinis. Hehehe, nak kacau dia malam ni lah.
Aku letak semula baju dan cuma memakai seluar. Rambut yang masih basah aku lap dengan tuala.
Aku memandang Raudhah kembali. Dia sudah mula nak landing ke atas katil. Aku tersengih sinis.
"Woi, woi. Kau tidur tengah-tengah habistu aku nak tidur mana?" ucapku sambil bercekak pinggang. Aku tayang muka marah. Padahal dalam hati, aku dah nak bantai gelak dah. Mana taknya, tengok muka dia yang dah macam nampak hantu tu. Hahahaha
"Astagfirullah... Astagfirullah... Astagfirullah..." dia menutup kedua-dua belah matanya. Aku ketawa kecil. Tapi aku cover supaya suara aku tak terkeluar. Hahaha, kalut betul dia tengok aku, kan? Memang semua perempuan macam ni ke bila pertama kali tidur satu bilik dengan lelaki?
"Apesal kau? Nampak hantu ke?"
"Pergi pakai bajulah!"
"Eh, sukati akulah nak pakai baju ke tak."
"Tolong jangan cemarkan mata aku boleh tak!"
"Ahhh, lantaklah!" Aku terus naik ke atas katil dan terus berbaring di tengah-tengah katil. Raudhah masih menutup matanya. Aku tersengih melihat perlakuannya. Hahaha, lawak betullah dia ni!
"Astagfirullah hal azim!!" dia tutup mata kembali dan berpaling ke kanan.
"Kau ni dah kenapa?" kataku kasar. Saja...
"Kau buat apa kat sini?"
"Tidurlah."
Raudhah masih menutup matanya dan berpaling dariku. Aku tersengih. Perlahan-lahan aku bangun dan aku dekatkan wajahku ke mukanya.
Hahaha, dia nampak lawak betul bila kalut macam ni. Aku memandang wajahnya dari jarak dekat. Pipinya merah meranum, tanda dia tengah malu gila sekarang ni.
Aku memandang telinganya yang memerah, sama merah dengan pipinya. Perlahan-lahan, aku membisik padanya.
"Kenapa pakai seksi-seksi ni? Wangi pulak tu. Kau tunggu first night kau eh?"
YOU ARE READING
I LOVE U? SILA NINGGAL!!
RomanceAku kahwin dengan lelaki sengal tu sebab dia tak cintakan aku. Dan sebab dia dah ada perempuan lain yang dia cinta. Perjanjian perkahwinan telah dipersetujui. Aku cuma isterinya selama 3bulan. Dan lepas tu, dia akan berkahwun dengan perempuan lain d...