Oleh kerana terkejut dengan tindakan Ariel, aku teranjak ke belakang dan terus jatuh terjelepuk ke bawah katil.
"Hahahahaha!!!" Ariel ketawa terbahak-bahak melihat aku kesakitan. Ya ampunnnnn, sakitnya punggung aku!!!! Boleh jatuh peranakan macam ni. Lari engsel mesin kentut aku. Tak pasal-pasal, sebulan tak kentut ni.
" Woi, tolonglah aku!"
"Dah jatuh, bangunlah sendiri! Hahahahahah..."
Tak gune punya laki! Ish!!
Aku terus bangun dan memicit-micit tulang pinggang yang terasa kebas.
"Ariel, kau tidurlah sana. Aku nak tidur ni. Tu bantal aku an. Bantal kau aku dah letak kat sofa sana tu," aku tunjuk dua bantal yang aku letak di atas sofa bersama dengan comforter.
"Kau halau laki kau waktu malam pertama? Malaikat laknat tau nanti."
Aku menelan air liur yang terasa masam sebab aku baru lepas minum orange juice. Deep, Ariel. Deep.
"Kalau kau tak nak ada first night dengan aku, kaulah yang tidur kat sofa sana," sambung Ariel dan dia terus baring semula di tengah-tengah katil. Tangannya dilipat dan diletak di belakang leher. Dia memejam mata rapat.
"Ariel....janganlah main-main..."
Ariel diam lagi. Macamlah aku tak perasan yang bibirnya tengah sembunyikan senyuman yang menjengkelkan tu.
"Kau yang buat perjanjian tu, an? Kau jangan nak salahkan aku kata malaikat laknat lah, apelah..."
"Dan kau yang setuju, kan?"
Aku diam. Ya, aku setuju dengan perjanjian tu. Habis tu takkanlah aku nak bantah pulak?
Kang dia kata aku terhegeh-hegeh nak kahwin dengan dia pulak...
"Yelah, yelah. Aku salah. Ala...aku gurau ajelah. Dah pergi tido kat sofa sana. Aku nak tidur ni. Mengantuk."
"Alah, Ariel. Kau tidurlah kat sofa. Aku penat tahu tak. Lagi tadi aku kena mengemas. Kau tu cuma sembang je dengan kawan-kawan kau, biarkan aku gosok bontot kuali kat dapur sorang-sorang. Kali ni kasilah aku can tidur atas katil. Badan aku penat."
"Aku penat gak. Bersanding, ambik gambar. Indoor la, outdoor la. Kau ingat tak penat?"
"Ariel.... Aku nak tidur atas katil. Arieeeeeeellllll....."
Tiba-tiba phone Ariel berbunyi. Dia terus mencapai handphone di atas meja kecil di sebelahnya.
"Hi, bie," ucap Ariel dengan gediknya.
"Belum tidurlah. Mestilah rindu bie. Tadi ingat nak telefon, terlupa."
"Mana ada. Dia tidur kat sofalah. Apa bie ni..." Ariel ketawa kecil.
Aku menjulingkan anak mata ke atas. Malas aku nak dengar perbualan sawit duorang mangkuk hayun tu.
Eh, aku terkutuk laki sendiri ke?
Aku terus menuju ke sofa dan menyusun bantal untuk tidur.
Good night, pakcik.
YOU ARE READING
I LOVE U? SILA NINGGAL!!
RomanceAku kahwin dengan lelaki sengal tu sebab dia tak cintakan aku. Dan sebab dia dah ada perempuan lain yang dia cinta. Perjanjian perkahwinan telah dipersetujui. Aku cuma isterinya selama 3bulan. Dan lepas tu, dia akan berkahwun dengan perempuan lain d...