"Aaaaarrrghhhhh!!!!! Sakitttttt!!!!!"
Tercampak karipap dari tangan aku. Odah menjerit lagi. Masuk ni, dah 7 kali dah dia jerit.
Aku yang berada di luar bilik, menggelengkan kepala beberapa kali. Baru terseliuh, dah menjerit macam nak terberanak! Kalau aku yang jadi tukang urut kat dalam bilik tu, aku sumbat dengan tuala dulu, baru senang sikit kerja nak mengurut.
"Teruk sangat ke kaki Dee tu, Ariel?" tegur mama setelah duduk di hadapanku.
"Tak tahulah, mama. Jatuh pokok je pun. Biasa jela kot," jawabku malas.
"Jatuh pokok je pun? Hishhh, teruk tu, Ariel. Silap-silap jatuh peranakan dia. Susah pulak nanti nak mengandung," kata mama lagi. Aku hanya ralit dengan handphone. Malas nak ambik port.
"Ariel, lain kali jangan bagi Dee tu panjat pokok. Dibuatnya masa tu dia tengah mengandung ke, apa ke, lagi teruk. Bukan terseliuh kaki je. Agaknya tinggi sangatlah tu sampai sakit macam tu sekali. Mama asyik dengar dia menjerit je tu."
'Hurmm... Dia je yang over, mama. Sebab tu terjerit-jerit.' jawab aku dalam hati.
"Kalau boleh, jangan bagi dia panjat apa-apa lagi dah. Kamu tu suami dia sekarang. Dee tu tanggungjawab kamu. Kamu kena jaga dia betul-betul," sambung mama lagi.
"Eh, kamu dengar ke tak ni?" mama menepuk paha aku kuat. Aku tersentak sekali lagi.
"Aduh, mama. Sakitlah!" paha yang terasa pijar, aku gosok beberapa kali. Ya ampun, tangan mama. Bisanya!
"Hadap lagi handphone tu. Dah ada isteri pun, hadap lagi handphone!"
"Ya, mama. Ya. Ariel janji, Ariel jaga Odah baik-baik."
"Odah?"
"Mak... Maksud Ariel. Raudhah."
"Ha, bagus."
Tiba-tiba kami mendengar pintu dibuka dan mak cik tukang urut keluar dari bilik. Aku dan mama terus mendekati mak cik itu.
"Macam mana isteri saya, mak cik?"
"Alhamdulillah, tak ada apa-apa. Ok je. Selamat cepat. Kalau lambat, urat yang tersimpul tu boleh masuk angin," jawab mak cik.
"Ada naikkan peranakan dia tak? Iyela, diorang ni baru kahwin. Takut susah pulak nanti nak dapat anak. Dah lah baru jatuh tadi kan," kata mama lagi.
"Mama..." Ya Allah, mama. Tolonglah jaga air muka Ariel yang tengah malu gila kat sini ni.
"Ada. Dah naikkan dah. Lepas tu, urut sekali badan dia. Jangan risau, Ariel. Mak cik dah betulkan dah kedudukan peranakan Raudhah. In shaa Allah, senang melekat nanti. Hahaha..." seraya itu mak cik dan mama pun ketawa. Aku dah tersengih-sengih macam kerang busuk dah kat situ sambil garu-garu kepala yang tak gatal.
Apa ajela diorang cakap ni wei. Pening kepala aku.
"Haaa... Mama. Ariel pergi tengok Raudhah dulula eh," ucapku. Rasa awkward pulak duduk dengan mak cik-mak cik yang cakap pasal hal melekat-melekat ni.
Aku terus berjalan ke arah bilik. Setelah itu aku membuka pintu bilik dan menyelak langsir.
"Mama... Arrgghhhhh!!!!!"
Odah terus menjerit dan aku terus terpaku di situ.
"Keluarrr!!!!"
Ok, tiba-tiba refleks diri aku baru berfungsi. Aku terus memusingkan tubuh dan menutup pintu cepat-cepat.
Kusss semangatttt....
YOU ARE READING
I LOVE U? SILA NINGGAL!!
RomanceAku kahwin dengan lelaki sengal tu sebab dia tak cintakan aku. Dan sebab dia dah ada perempuan lain yang dia cinta. Perjanjian perkahwinan telah dipersetujui. Aku cuma isterinya selama 3bulan. Dan lepas tu, dia akan berkahwun dengan perempuan lain d...