13ILYSN- MENYAMPAH AKU!!

289 8 5
                                    

POV RAUDHAH

"Laaa... Kenapa tadi Raudhah suruh Ariel keluar? Kan Ariel ni suami Raudhah?" soal mama sambil memicit kakiku. Hahahah... Aku tersengih-sengih macam kerang busuk. Memerah akal dah macam nak selesaikan soalan calculus.

"Raudhah memang macam tu, mama. Kadang dia lupa yang dia dah ada suami. Pernah tu, mama. Masa dia bangun tidur, dia tolak Ariel sampai jatuh katil sebab ingat Ariel ceroboh masuk bilik dia. Dah lepas tolak Ariel, baru teringat yang orang dia tolak ni suami dia," auta Ariel yang baru saja masuk bersama dulang makanan. Dia lantas duduk di sebelah aku sbil tersenyum dan mengusap lembut rambutku. Aku ketawa palsu. Hahaha. Hebat auta kau Ariel. Hebat. Tapi tak yahlah over sangat...

🙄🙄🙄🙄🙄🙄

Gila tak terkejut. Dahlah Ariel tiba-tiba masuk bilik time aku masih berkemban tadi tu. Iyela, aku kan baru lepas urut, mestilah tengah berkemban. Aku ingat, mama ke... Makcik yang urut kuat gile tadi tu ke yang masuk, rupanya dia. Mahu tak menjerit aku.

Hishhh!!!!

Malu gila kot aku. Lepastu boleh pulak dia tercegat macam patung cendana kat depan pintu bilik. Ya Allah.... Malu akuu!! Maluuuuu!!!!

"Laaa... Iyeke? Hahahah. Raudhah ni kelakarlah. Hahaha..." mama ikut ketawa sekali. Begitu juga Ariel yang sedang memegang mangkuk berisi bubur.

"Kan. Kelakar kan, Raudhah. Comel pulak tu," dia mencuit hidungku. Aku yang tak mampu mengelak, hanya ketawa.

"Meh sini, sayang. Bukak mulut sikit. Abang suap eh," kata Ariel lantas menyuakan sesudu bubur ke bibirku.

"Eh, tak payahlah. Saya boleh makan sendiri, abang," aku menolak perlahan lantas cuba mengambil sudu di tangannya. Senyum panjang ditarik. Hurmm..senyum mengada-ngada.

"Heiipp, sakit kan. Tak pelah, biar abang suap eh," sekali lagu disuakan sudu pada bibirku.

"Tak pelah. Abang ni... Malulah depan mama. Hahaha," aku ketawa malu-malu. Fuh, pakej dengan cubitan manja di peha 'abang'. Erkk!

"Laaa... Apa yang nak dimalukan. Raudhah kan isteri Ariel. Apalah Raudhah ni," kata mama.

Aku akhirnya membuka mulut dan Ariel menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulutku.

"Hurmm... Mama nak keluar dululah. Korang sambunglah suap-menyuap ni. Ariel, nanti picit kaki Raudhah ni. Sakit lagi ni," kata mama lantas keluar dari bilik. Aku dan Ariel cuma tersenyum melihat mama.

"Dah, makan!" Ariel tiba-tiba meletakkan mangkuk bubur di atas pehaku seusai mama menutup pintu bilik.

"Laaa... Kata nak suap?"

"Kaki je kan yang sakit? Tangan tak, kan?" katanya seraya bersandar di bawah katil dan mengeluarkan handphone.

"Kuang asam!"

Aku lantas meletakkan bubur ke atas dulang. Dan mengambil jus oren pula.

"Kenapa tak makan?"

"Nantilah."

"Makanlah. Nanti mama masuk, kata aku tak jaga kau pulak."

"Nantilah. Aku tak lapar lagi."

"Hello, sayang..." ucap Ariel setelah melekapkan handphone ke telinga. Aku menoleh kepadanya yang sedang tersengih sorang-sorang. Hurmmm... Aku tak tahulah berapa kali dalam sehari dia call 'sayang' dia tu. 10 kali? 100 kali?

"I dah makan. Sayang dah makan ke? Makan apa tadi?"

"Laaa... Kenapa tak makan lagi? Nanti perut masuk angin macam mana?"

"Hahaha. Iyeee... Saya tahu. Nanti saya baliklah. Nanti saya bawak sayang makan luar eh? Mesti sayang dah kurus ni. Asyik tak makan jee..."

"Hahaha..."

Oh God! Boleh tak aku minta Kau buang sekejap pita suara dia? Why his voice soooo annoying? Erghhh!!!

Astagfirullah! Aku baru mintak benda tak baik jadi kat laki aku ke tadi? Astagfirullah! Astagfirullah!!! Jangan memain kau Raudhah. Kang jadi isteri derhaka kang!

Aku menghempas tubuh ke katil dan menekup telinga. Hurmm...malas nak dengar. Menyampah!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I LOVE U? SILA NINGGAL!!Where stories live. Discover now