Part 1

1.4K 66 8
                                    


Nama aku Bae Maina. Tahun ni adalah tahun terakhir aku sebagai pelajar sekolah menengah. Kebanyakkan pelajar akan berasa sedih. Namun, aku gembira sebab lepas ni tak perlu aku tengok drama bodoh setiap hari. Malah aku juga akan bebas daripada menjadi mangsa buli.

Kenapa aku selalu dibuli? Bukan sebab aku jenis pendiam..atau ulat buku atau nerd. Tapi sebab aku cacat. Aku terlibat dalam kemalangan 3 tahun yang lalu menyebabkan kaki kanan ku lumpuh.

"Oi! Kau berangan apa je?" Sergah Choi Hyejin. Salah seekor beruk yang sesat di kutub utara. Dia ni kira budak genius dekat sekolah. Jiran aku, pengacau hidup aku dan kawan baik aku dari kecik.

Kami menuju ke sekolah bersama sama. Macam mana aku bergerak? Guna wheelchair lah. Mujur kerusi roda ku ini agak canggih. Aku control lek lek je. Sampai sahaja di depan gate sekolah, datang seorang perempuan ke arah ku dengan wajah cerianya. Dia ni tak pernah sedih ke?

"Sup ya ahli kubur ku sekalian." Ujar Kim Ara. Sorang lagi kawan aku yang agak terencat. Dia lah muka tembok. Dia lah yang berani tidur dalam kelas cikgu paling garang.

"Pale otak kau ahli kubur!" Marah Hyejin. Ara hanya tersenyum seperti kerang busuk.

"Dah lah. Jom masuk kelas." Kami bertiga selalu datang awal bukan sebab rajin tapi malas nak tonton aksi aksi pelajar yang tak bermoral.

Kami mengambil tempat masing masing di dalam kelas. Terdapat tiga meja disusun pada tengah tengah kelas dan dari awal tahun kami duduk bertiga.

"Woaaaah . Ngantuk nya. Korang, lagi 10 minit kejut aku tau." Ara mengeliat mengalahkan sotong.

"Aku nak study math jap." Apahal lah rajin sangat minah ni.

"Dah aku? Haih. Sekor tidur, sekor terlebih rajin. Apalah nasib dapat kawan gini."

"Eh malas ah tetibe." Kata Hyejin.

"Sengal lah kau!" Kami meloroh ketawa.
.

.

.

"Good morning awek awek ku sekalian!" 

"Morning Bob!" Jawabku. Wajah nya tiba tiba masam mencuka.

"Maina... berapa kali aku cakap. Jangan panggil aku Bob. Sebab nama tu macam untuk orang gemok lah!" Kaki nya dihentakkan, bahunya diayunkan sambil merengek.

"Ish. Gedik siak bobby." Ujar Hyejin menyampah dengan perlakuan Bobby.

Baru sebulan dia pindah ke sekolah ni tapi sudah amat rapat dengan kami. Terutamanya aku. Biasanya, lelaki macam dia langsung takkan berani nak dekat dengan aku sebab takut dicaci kerana berkawan dengan orang cacat.  But! Dia lain dengan lelaki yang pernah aku kenal.

"Eh Hyejin. Syutttt. Aku tak cakap dengan kau. Aku tengah usya awek lawa depan aku ni." Aku mencebik.

"Euw awek kau! No way! It's not me for sure."

"Perh! Sedih siak. Belum apa apa lagi dah kene reject."

Bukan tu maksud aku...

Aku cuma tak layak untuk cinta mahupun dicintai sebab aku... cacat.

Tiba tiba tangan bobby mengusap lengan ku dengan lembut. Dia macam faham apa yang aku rasa sekarang.

"Asal aku datang, si Ara ni asyik membuta je. Oi bangun." Bahu Ara digoncangkan sedikit oleh Bobby. Namun, tiada respon dari Ara.

"Hidup lagi ke minah ni?" Soalan Bobby membuatkan aku dan Hyejin mengekek ketawa.

"Gosh! Kau dengar tak ada setan ketawa pagi pagi ni? Ruin my day tho~."

Salah satu bitc* bersama rakan rakan nya mengambil tempat duduk mereka sambil ketawa mengilai. Pontianak pun boleh terkejut dengan minah minah ni.

"Dasar badut tak sedar diri." Ujar Hyejin.

"Cakap tak pakai otak." Dengus ku.

"Buat bodoh je guys." Kata Bobby cuba untuk menenangkan kami. Manakala ketawa perempuan perempuan itu semakin kuat.

Tiba tiba, Ara bangun dari tempat duduknya atau boleh aku kata bangun dari tidur lalu terus tersenyum sambil menuju ke arah gadis gadis yang tadinya memerli kami.

Ara nampak teruja. Buat apa dia pergi kat dorang?

"Ara...kau jangan khianati persahabatan kita.. ha....jangan." Hyejin memberi peringatan kepada Ara tetapi Ara endahkan.

Ara menghulurkan tangan nya seperti mahu berjabat tangan dengan mereka. Mereka juga kehairanan sama seperti kami bertiga. Namun, tangan Ara tetap di sambut mereka.

"Sup! Ya ahli neraka. Aku mohon turunkan volume ketawa kau untuk 2 minit je. Tolong lah. I'm begging u. Benarkan aku tidur dengan aman tanpa sebarang gangguan SYAITONN NIRAJIM." Wajah gadis gadis badut itu bengang menahan amarah.

Ara kemudian sambung tidur manakala Bobby, Hyejin dan aku cuba separuh mati untuk menahan ketawa melihat muka badut badut tersebut. Kalau aku normal, dah lama aku tarik rambut dorang. Biar sampai botak.

__________________

Rehat.

"Sesungguhnya. Waktu makan adalah saat yang paling bahagia bagi aku." Ujar Ara. Well, aku rasa semua pun rasa macam tu. Ye dok?

"Kau tau makan tidur makan tidur je je." Blas Hyejin membuatkan Ara menjelir lidah kepada nya. Sumpah tak boleh ke sehari dorang tak gaduh? Ade je yang nak bertekak.

"Ouch!" Kepala ku dibaling botol kosong.

"Opsss. Aku ingat kan tong sampah tadi. Maaf Maina ... tapi kau dengan tong sampah takda beza. Tu yang aku confused." Satu perkataan untuk dia.

F.A.K.E

"Apa masalah kau?!" Hyejin menjerit. Dada ku berombak menahan amarah.

"Masalah aku adalah si cacat ni. Semak mata tau tak? Dah kurang upaya tu, tak payah lah sibuk datang sekolah!"

Aku hanya berpura pura pekak. Sedang kami bertiga berlawan jelingan mata dengan perempuan lahanat ini, datang nya lelaki yang paling benci pada aku.

Kim Hanbin.....atau nama popularnya B.I

Dia mendekati perempuan tersebut lalu tangan nya melingkar disekeliling pinggangnya.

"Babe.. kenapa bising bising ni?" Tanya nya dengan lembut.

"Ni ha...Minah cacat ni yang cari pasal!" Dengan suara semanja yang mungkin dia  mengadu.

"Siapa yang tangan tak bedung? Main campak campak botol kat orang pulak." Dengus ku perlahan tapi aku pasti yang lain dapat dengar mendengar.

"Sayaangg. Nakal eah u. Dah, jangan dekat dengan perempuan cacat ni. Busuk lah. Jom kita pergi makan k?" Kata Hanbin lalu menarik tangan nya untuk beredar.

Busuk? Oleh kerana aku cacat, kau panggil aku busuk? Mataku berkaca. Gigi ku diketap agar dapat menghalang air mata dari jatuh.

Ya.. aku memang tak kisah diejek, dibuli walaupun kadang aku terasa sakit tapi .... setiap kali Hanbin caci aku, pandang jijik pada aku dan bila dia sedarkan aku bahawa aku ni CACAT, aku sakit. Sumpah sakit. Sampai aku terkadang menyalahkan takdir tentang apa yang berlaku pada aku.

Satu sebab...

It is because he's my biggest crush. My first love. The one who can destroy my heart anytime. Dia lah...

B.I


________________

||Cinta OKU||

Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)Where stories live. Discover now