Maina POV
Baju yang dilipat kemas ku masukkan dalam beg. Hanbin masih belum balik lagi. Mungkin dia pergi melamar CINTA PERTAMA dia tu. Dari awal... dari awal lagi aku dah buat kesilapan besar iaitu setuju untuk kahwin dengan dia. Kami dah jadi suami isteri. Aku dah mula cintakan dia. Dia pula tak pernah cinta kan aku. Jadi sebenarnya kami ni apa?
Sementara menunggu teksi, aku merenung gambar Bobby yang tersenyum nakal sambil mencubit pipi ku.
"Kalau kau ada, kau takkan buat aku macam ni kan?" Omel aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hanbin POV
"Weyh!" Aku tersentak dengan panggilan June.
"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Tanya June.
"Ermm..haa..er kau cakap apa tadi?" June lalu menjeling aku tajam.
"Kau dah macam mayat hidup dah weyh. Stop lah seksa diri kau sendiri. Tindakan kau ni buat Maina pon hancur au."
"Kau tak faham weyh. Bukan macam tu."
"Bukan macam tu apa nya? Kau fikir ini adalah salah satu cara nak tebus kesalahan ayah kau? Kau bod*h ke apa? Kau tak fikir perasaan Maina?"
Aku terdiam sejenak memikirkan kata kata June.
Flashback~
"Jadi awak nak cakap yang... the moment we've gone through together was just a lie? Awak berlakon?" Tanya Maina bingung. Aku tertunduk membisu. Air mata Maina mula berlinang.
"I'm gonna ask you for the last time. Do you really doesn't love me at all?" Pipi Maina basah dek air mata yang jatuh tidak henti.
Aku menggangguk.
End flashback~
"Tapi aku dah cakap macam macam. Aku dah lukakan hati dia. Dia nak ke terima aku balik?" June menggigit bibir sambil mengelamun. Aku hanya menghela nafas berat.
_______________________________________
Maina POV
Dah tiga hari berlalu. Aku masih tidak mendapat sebarang panggilan telefon mahupun mesej dari Hanbin.
"Mainaa~~!!!" Aku tersentak mendengar jeritan kuntilanak yang mencari anak nya.
Pintu bilikku di hempas kemudian masuklah dua wanita gila yang kelihatan seperti kekurangan oksigen.
"Weyh. We- weyh. a-aku--" Ujar Ara tercungap cungap tak mampu berkata.
"Korang dah kenapa?"
Hyejin kemudian menarik nafas sedalam yang mungkin lalu cuba untuk bertenang.
"Kiteorang baru dapat tahu berita ni. Dari ibu Hanbin. Hanbin baru tadi rushing ke hospital. Penyakit dia datang balik."
Aku mengerutkan dahi. Penyakit apa? Setahu aku Hanbin sihat je.
"Penyakit?"
"Aku pun tak tahu weyh. Mak Hanbin yang cakap. Yang penting sekarang kau kene pergi hospital. Sekarang!"
Macam main main je dorang ni. Ni mesti plan Hanbin. Well, kita akan tengok siapa yang akan tertipu.
Sampai sahaja di hospital aku melihat Hanbin yang terlantar dalam sebuah bilik dikerumuni doktor dan beberapa jururawat. Jantung aku mula berdetak. Hyejin dan Ara tak tipu aku. Mesin yang berbekalkan elektrik di letakkan di dada Hanbin mengalirkan arus dalam badannya. Aku bingung. Masih keliru dengan khayalan mahupun realiti.
YOU ARE READING
Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)
RandomKalau kau cacat, boleh ke kau hidup dengan bahagia? Walaupun kau normal, boleh ke kau terima cinta yang banyak kekurangannya? ____________________ || CINTA OKU|| Highest ranking # 14 [04/10/18] Highest rank...