Part 8

470 42 0
                                    

Maina POV

Aku memandang nya dengan tajam. Tadi hampir 1 jam aku terpaksa duduk dalam bilik air semata-mata nak tunggu dia keluar. Sumpah aku tak boleh hidup macam ni. Kaki ku semua mengecut akibat terlalu sejuk.

"Piciuuu piciu!! Ha masuk lah!" Hanbin terjerit-jerit mengalahkan orang histeria sambil jarinya lincah bermain permainan video.

Aku mendengus dengan perangai keanak-anakan nya lalu turun ke dapur untuk menyediakan makan malam. Kalau boleh memang nak siapkan aku punya makanan je tapi nanti dia burukkan aku dekat ibu dia, susah aku. Setelah makanan dihidang, aku menunggu kedatangan nya. Apa yang lambat sangat mamat ni?

Perut ku berbunyi berulang kali. Aku naik ke atas untuk memanggil nya. Pintu dikuakkan lalu

"Hanbin, makanan dah sia-" Aku terpaku melihat Hanbin yang hanya membalut tuala disekelliling pinggang membiarkan separuh badan nya terdedah. Perut nya yang ibarat chocolate bar, ku tenung. Rambut basah nya membuatkan iman ku berterabur. Ha kau. Dia yang sedang mengeringkan rambutnya ketawa kecil melihat wajah tomato ku.

"Heh...tergoda ke?" Tegur nya. Aku tersedar lalu memusingkan badan membelakangi nya.

"Ma-makanan dah si-siap. Turun bawah." Aku berlalu dengan segera.

Malu. Malu. Malu. Argh! Itu sahaja perkataan yang terngiang di telinga ku. Usai makan malam, kami kemudiannya naik ke bilik. Jangan risau. Ini bukan drama melayu asal kahwin terpaksa je, bilik mesti asing asing. Kami memang berkongsi bilik tapi macam ada dinding antara aku dan dia. Aku ni memang lah jenis pendiam, baik, sopan pulak tu. Ayu je macam perempuan melayu terakhir. (Ceh tipu je.) Dia pulak macam dah bisu. Setahu aku dulu boleh tahan mulut manis dia berbicara.

Kami kini duduk di atas katil yang sama. Satu perkataan yang menggambarkan situasi sekarang ni.

JANGGAL.

"Er... Maina." Aku berpaling ke arah nya.

"Apa?"

"Aku...err aku nak mintak maaf sebab pernah tolak kerusi roda kau dulu." Kata nya.

"Benda dah jadi. Tak yah kisahlah pasal tu."

Tiba tiba aku teringat akan misi ku. Lagi cepat habiskan misi menggoda dia, lagi bagus. Aku mengambil kesempatan ini.

Aku mula mendekati nya sedikit demi sedikit. Aku membuat muka yang konon nya SEKSI untuk menarik perhatian nya. Dia kelihatan agak terkejut. Bibir ku muncung kan ibarat itik. Nak seksi lah katakan.

"Kau dah kenapa? Sawan?" Tanya Hanbin. Lalu dia beredar meninggalkan aku yng terpinga -pinga di dalam bilik.

"Susah lah perempuan gila ni" omel Hanbin namun dapat aku dengari. Ah!!! Menyesal ikut kata Ara. Aku menyembabkan wajah ku ke bantal.

Hanbin POV

Aku bergegas keluar dari bilik lalu mengurut dada ku. Ha kau. Bagai nak pecah jantung ni. Besepaiiii iman aku. Gila lah macam ni. Aduh. Tapi an...apa salah nya. Dia pun isteri aku yang sah kot.

Eh! Tak boleh tak boleh. Aku cuma akan tunggu seorang je. Aku hanya akan cinta Im Sohye je. Aku tak boleh kalah dengan tarikan Maina.
.

.

.

"Honeymoon?!" Mata ku dan Maina membutang manakala mulut ternganga sedikit.

"Yes. Honeymoon." Ujar ibuku dengan tegas manakala ayah hanya tersengih seperti kerang busuk melihat aku dan Maina. Dah sakit sakit sempat lagi dia ketawakan orang.

"Tapi ibu, hanbin ni muda lagi tau. Hanbin nak kerja dulu. Hanbin tak sedia lah nak honeymoon bagai ni." Aku menjawab sambil memberi isyarat mata kepada Maina agar dia membantu aku.

Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)Where stories live. Discover now