Part 19

397 27 1
                                    

Maina POV

"Ha. Apa yang korang nak bincangkan?"

Ara dan Hyejin saling memandang antara satu sama lain seperti teragak- agak.

"Benda ni melibatkan kes kematian Bobby." Pernyataan Ara membuatkan aku tersentak.

"Aku nak kau kawal emosi kau bila dengar apa yang aku nak cakap ni." Ujar Hyejin dengan nada tegas.

"Sebenarnya.. Bobby ada abang. Nama abang dia Mino. Ayah dan abang Bobby ada mengusahakan sebuah syarikat. Syarikat tu bersaing hebat dengan syarikat ayah Hanbin."

"O-okeyh. Then?"

"Disebabkan syarikat ayah Bobby selalu berjaya mendapat keuntungan bila bersaing dengan syarikat ayah Hanbin, ayah Hanbin mula tak puaas hati. Ayah Hanbin melepaskan marah nya di syarikat ayah Bobby. Namun dia halau keluar. Ayah Hanbin memandu dalam keadaan marah." Terang Ara.

"Lepastu?"

"Lepastu ayah Hanbin langgar Bobby." Dahi ku berkerut seribu.

"Motif? Kenapa Bobby pulak yang kena?"

"Ayah Hanbin bukan sengaja nak langgar Bobby tapi itu hanya kemalangan. Oleh sebab ayah Bobby memandu dengan keadaan marah, dia membunuh dua nyawa. Seorang wanita dan seorang lelaki iaitu Bobby."

"Means..ayah Hanbin memang tak kenal Bobby? And tu semua suatu kemalangan yang tak dijangka?"

Hyejin dan Ara mengangguk kecil. Sebab tu lah ayah Hanbin ada darah beku kat kepala dulu. Sebab kemalangan tu...

Aku membuat kesimpulan sendiri.

Bobby....Hanbin.... tanpa sedar air mata ku jatuh membasahi pipi. Hyejin dan Ara memeluk ku erat.

"Jangan sampai Hanbin tau benda ni. Aku tak nak dia jauhkan diri sebab rasa bersalah." Hyejin mengangguk faham. Ara pula masih berwajah sayu dengan pipi yang lembab.

"Kau dah kenapa sedih sangat ni?"tanya Hyejin kehairanan.

"Dari tadi aku tahan. Perut aku dah kebulur sangat ni." Aku menepuk dahi. Saka apa lah yang minah ni bela dalam badan.

_______________________________________

A/N POV

Pada petang itu, Hyejin dan Ara pulang ke rumah masing masing selepas makan tengah hari di rumah Maina. Sikap Hanbin yang tiba tiba menjadi pendiam membuatkan Maina hairan. Hanbin seperti menyembunyikan sesuatu darinya.

Malam berlarutan namun Hanbin masih membisu. Apabila Maina cuba memulakan perbualan, Hanbin hanya menjawab sepatah sepatah. Maina menggosok matanya yang berat menahan ngantuk lalu menapak ke bilik untuk masuk tidur. Maina kaku seketika melihat Hanbin yang mengambil bantal dan selimut lalu keluar dari bilik tanpa berkata apa apa.

'Period ke mamat ni?' Desis Maina dalam hati.

"Hanbin. Awak kenapa sebenarnya? Lepas Hyejin dengan Ara balik, awak asyik larikan diri dari saya. Saya ada buat salah ke?"

"Saya cuma nak masa bersendirian." Lalu Hanbin beredar meninggalkan Maina terpinga-pinga.

Hanbin POV

Argh! Serabut. Apa yang aku patut buat sekarang? Takkan aku nak tinggalkan Maina macam tu je?

Tapi...

Im Sohye...

.

.

.

.

Maina POV

Aku dah macam tunggul, kayu, batu, dinding, mayat hidup, ah semua lah. Hanbin langsung tak anggap macam aku wujud dekat rumah ni.

Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)Where stories live. Discover now