Part 13

395 29 0
                                    


"So-sorry?" Aku menggigit bibir berasa takut dengan apa yang bakal berlaku.

"Keluar." Katanya tanpa memandangku. Namun arahan nya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku masih lagi kaku.

"I said get out!" Hanbin meninggikan sedikit suaranya membuatkan bahu aku sedikit terloncat akibat terkejut. Sekali lagi aku masih terpaku di situ.

Hanbin meletakkan headphone nya di atas meja lalu pergelangan tangan ku direntap kasar. Aku ditarik keluar dari bilik. Sebelum pintu tersebut dihempas kuat, dia memandangku tajam

"Jauhkan diri kau daripada aku."

Aku tergamam lalu terduduk di luar pintu. Penat. Aku lalu mengambil keputusan untuk masuk ke bilik dengan perut kosong.

Flashback~

"Maina kapal terbang datang..aaaaa" Bobby mengerakkan sudu tersebut seperti kapal terbang. Mujur tak tumpah. Aku menggelengkan kepala.

"Alaa nanti lah aku makan. Nak kena siapkan kerja ni dulu sebab esok nak kena hantar dah."

"Sebab kau tak sempat nak makan lah aku tolong suapkan. Ini lah guna nya boyfriend Maina oiii. Nanti kalau kau gastrik ke lepastu pengsan haaa macam mana? Aku jugak yang risau." Aku tergelak kecil dengan bebelan nya. Dramatik betul lah mamat ni. 

"Okeyh okeyh aku makan...tapi lepas siap okeyh?" Jawapan ku membuatkan Bobby mengeluh.

"Kau tak makan sekarang, aku cium kau!" Ugutnya membuatkan mataku membutang dan dengan automatik tangan ku berhenti menulis.

"Ye lah ye lahhhh." Aku kemudian makan suapan nya manakala dia tersenyum riang. Ciss. Tak boleh nak menang dengan dia ni tau.

End flashback~

Air mata jatuh membasahi pipiku. Entah mengapa aku rindu Bobby. Rindu bila dia prihatin. Rindu bila dia risau tanpa sebab. Rindu bila dia membebel. Rindu bila dia tunjuk usaha nak jaga aku. Gelang di pergelangan tangan, ku tenung lama. Air mata tak henti berjurai.

Tiba tiba telefon ku berdering. Lalu nombor yang tepancar pada muka skrin membuatkan dahi ku berkerut. Hantu mana pula ni? Aku hanya merenung nombor yang tidak dikenali itu. Mungkin salah nombor kot. Aku mengambil keputusan untuk  melelapkan diri dan akhirnya aku lena dibuai mimpi dengan harapan agar hari esok lebih baik.

.

.

.

Aku bangun dengan mata yang bengkak. Telefon ku capai lalu mulut ku ternganga apabila melihat nombor yang terpancar di muka skrin.

27 missed call
5 massage

Ternyata bahawa nombor yang menelefon ku sebanyak 27 kali itu adalah orang yang membuat panggilan semalam.

Mesej dari nombor yang sama ku buka.

Unknown : Are you okeyh?

Unknown : Maina..saya ni Mino.

Aku lalu menyimpan nama nya.

Mino ni no ni no : Maaf tentang perkara yang jadi tu.

Nama nya kemudian ku tukar sekali lagi memandangkan ia agak pelik.

Mino swag : Hope we still can be friend ;(

Mino swag : Call me A.S.A.P

Aku menekan nombor nya untuk membuat panggilan.

"Finally! Maina..awak okeyh?"

Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)Where stories live. Discover now