Part 17

395 26 1
                                    

Hanbin POV

Kacau daun betul lah perempuan tu. Dasar mata duitan. Sekali aku ludah, aku takkan jilat balik lah.

Aku membasuh muka lalu keluar dari tandas tersebut. Dahi ku berkerut apabila memandang ke arah meja yang tadi aku duduk. Bayangan Maina langsung tak nampak. Yang ada cuma ex aku je.

"Mana Maina?" Tanya ku tegas lalu dia menjawab

"Kenapa nak cari dia? I kan ada. Btw Hanbin, sayang lah you kahwin dengan perempuan low class macam tu. "

"Aku tanya ...mana Maina?" Aku mengetap bibir menahan marah.

"Mana lah i tau. Maybe dia pergi bunuh diri kot." Aku menghentak meja dengan kuat menyebabkan beberapa pelanggan di kedai memerhati kan aku.

"Kau dengar sini eah. Jangan dekat lagi dengan aku mahupun isteri aku. Kalau aku dapat tau kau sentuh dia, kau kena dengan aku.. tak kisah kau perempuan ke lelaki." Aku mengugut nya dengan nada yang perlahan kerana tidak mahu menarik perhatian pelanggan kedai.

Aku lalu keluar dari kedai mencari Maina. Entah mengapa hati aku rasa semacam. Kemudian setelah berlari ke sana sini, langkah ku terhenti apabila melihat Maina digendong seseorang. Lelaki itu pernah bergaduh dengan aku dekat pasar raya. Dia mendukung Maina ke arah persisiran pantai. Maina seperti tidak sedar kan diri. Aku berlari ke sana.

Kerumunan orang ku tolak tepi kemudian mata ku membutang melihat wajah Maina yang pucat dengan bibir nya yang bertukar ungu. Aku menolak lelaki yang menyelamatkan Maina ke tepi sambil menekan nombor ambulans. Sementara menunggu ambulans sampai aku memberikan pertolongan kecemasan kepada Maina.

"Macam mana dia boleh lemas?" Tanya ku panik kepada Mino tak silap aku namanya.

"Kau yang suami dia pun tak tau? Bro. Kalau kau tak pandai jaga Maina, baik kau bagi je dia dekat aku." Aku menghayun kan tumbukan kepada nya. Tak guna.

"Aku ni pada mulanya nak berterima kasih dekat kau tapi mulut kau tu macam tak cuci setahun." Ujar ku. Dia hanya memandang ku tajam lalu beredar.
.

.

.

.

Maina POV

Aku membuka kelopak mata lalu merenung dinding siling dengan hairan. Beberapa minit kemudian aku sedar yang aku ditempatkan di hospital. Aku memandang ke kanan melihat Hanbin yang menggenggam tangan ku erat. Dia kemudian terjaga lalu wajah nya bertukar kerisauan.

"Kenapa pergi tak tunggu saya?" Tanya Hanbin dengan nada sedikit tegas.

Aku mengetap bibir. Ya aku mengaku aku yang salah. Aku bertindak tanpa berfikir. Aku hanya mendiamkan diri. Cuba mengebil kan mata berulang kali sambil membuat muka kesian yang sebenarnya macam mintak penampor.

Hanbin lalu mengeluh.

"Saya tak salahkan awak. Tapi saya nak awak janji dengan saya."

"Ja-janji ape?" Tanya ku teragak agak

"Janji jangan buat muka macam tu dekat lelaki lain." Aku tergelak manakala Hanbin masih berwajah serius.

"Elee. Cakap je lah comel kan? Awak cair kan?" Dia berpura pura batuk dengan pernyataan angkat bakul aku itu.

"Bukan comel. Muka macam ayam berak cendol. Kalau awak buat, saya takut orang lari je." Aku menjeling Hanbin.

Selepas dua hari, aku dibenarkan balik walaupun masih lemah. Hanbin berkeras inginkan aku menetap di hospital hingga aku sembuh. Tapi memang tak lah aku nak dengar cakap dia.

Aku semakin hari semakin pulih malah semakin banyak gaduh dengan Hanbin. Gaduh gaduh manja orang panggil. Mana tak nya. Kadang kadang dia curi tuala aku masa aku mandi. Kadang kadang makanan yang aku masak dia habiskan sampai licin tak tinggalkan aku langsung. Sedap sangat katanya. Puji memang puji, masalah nya perut aku yang kebulur ni tak ter isi. So, setiap kali aku masak aku akan sembunyi kan 1 per 4 daripada makanan tu. Tapi aku redha. Asalkan kami gembira.  

"So, malam ni on tak cerita hantu?" Hanbin menjongketkan keningnya. Perh berlagak.

"Mestilah on. Jangan cakap besar je. Nanti dia yang terkencing." Jeling ku membuatkan Hanbin tergelak kecil.

"Bukan saya yang terkencing. Awak yang terberak bersepah nanti." Aku membuat muka jijik padanya. Dah lari topik dah ni.

"Selekeh lah! Dah lah. Gi main jauh jauh. Saya nak masak untuk makan malam."

"Tak nak. Saya nak kacau awak." Sengih Hanbin seperti kambing.

"Ha kacau lah..nanti awak tak makan malam pastu kebulur jangan datang kat saya." Ugut ku membuatkan mulutnya muncung

"Okeyh fine. Kacau bini sendiri pon tak boleh. Aku kacau bini orang lain nanti marah pulak." Hanbin bermonolog pada diri sendiri sambil berlalu pergi dengan wajah masam mencuka.

Aku hanya tergelak. Nampak je macho mamat ni tapi sekali dah rapat , manja macam kucing jalanan tak cukup kasih sayang.
.

.

.

.

Bertih jagung di dalam mangkuk besar itu ku letakkan di atas peha manakala air soda ku letak di tepi. Tayangan dimulakan dengan babak babak yang agak mengelirukan. Aku hanya tergelak kecil apabila Hanbin mengenggam tangan ku erat semasa hantu muncul secara mengejut.  Habis lah lepas ni nak pergi tandas pun mesti suruh aku teman.

Selepas 30 minit cerita ini berlalu, aku mendengar bunyi dengkuran halus di bahu kanan. Aku menoleh lalu melihat muka serabai Hanbin. Tak guna. Boleh pulak dia tidur? Tiba tiba loceng villa ku berbunyi. Aku menggigit bibir. Bulu roma aku naik satu badan membayangkan hantu.

Aku menggeleng kepala lalu sedar ke realiti. Aku meninggalkan Hanbin di sofa lalu menapak ke pintu. Sejurus aku membuka pintu, aku ditarik keluar dengan kasar oleh seorang lelaki. Oleh kerana keadaan malam, aku samar samar melihat wajahnya. Lelaki tersebut menolak aku hingga badan aku melanggar dinding dengan kuat menyebabkan aku mengerang kesakitan. Pisau ditangan nya di keluarkan lalu leher ku menjadi tujuan.

"Kau nak apa?!"

"Aku nak Hanbin hilang orang yang dia sayang." Aku kaku apabila mendengar suara nya. Su-suara ni..

"Ke-kenapa Hanbin?"

" Huh. Kau bekas teman wanita Bobby patutnya ambil tahu. Kau sepatutnya usaha cari orang yang bunuh Bobby. Tapi kau sendiri kahwin dengan lahanat tu! Suami kau...dah bunuh adik aku! Hanbin dah bunuh Bobby!"

Aku terkedu seketika, pisau yang menghiris permukaan kulit di leher ku hingga berdarah tidak ku endahkan.

"Tak. Bobby mati sebab kemalangan. Hanbin tak bunuh Bobby." Ujar ku membuatkan lelaki itu tergelak kecil.

"Kau tak tau apa apa Maina." Kemudian lelaki tersebut kembai ketawa seperti orang yang hilang kewarasan nya. Aku mengambil kesempatan itu untuk menendang tangan nya. Pisau yang tadi dipegang tercampak jauh.

"Maina!!!" Jerit Hanbin di pintu lalu dia mengejar lelaki itu. Malangnya lelaki tersebut berjaya terlepas.


Betul ke Hanbin yang.....yang bunuh Bobby? Ini aku tak pasti.

Apa yang aku pasti ialah......

Pemilik suara tadi..... ialah Mino.

_______________________________________

|| CINTA OKU ||

Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)Where stories live. Discover now