Part 14

421 32 4
                                    

Previous chap~

"Are u kidding me? Jangan mengaku lah kau suami aku if don't act like one. Ouh yah. Maaf lah kalau aku ni menyusahkan kau." Mata nya membuntang dengan kata kata ku.

"Kau-"Belum sempat Hanbin berkata kata, aku sudah memotongnya.

"Kalau rasa aku ni beban bagi kau.....

....ceraikan aku."
_______________________________________

Aku beredar dari situ dengan fikiran yang bercelaru. Arah ku kini menuju ke pantai walaupun matahari tidak lagi menerangi bumi.

A-apa yang aku cakap tadi? Haish! Aku mengetuk kepala ku berulang kali. Menyesal dengan kata kata ku terhadap Hanbin namun luka di hati ku kerana tindakan nya membuatkan aku berasa marah.

Kejadian tadi benar membuatkan aku tersentak. Memori buruk pada malam di mana aku kehilangan orang yang aku sayang menghantui aku. I need someone who can listen to me. Aku perlukan orang yang boleh pinjamkan bahu nya untuk aku meratap. Hyejin....Ara...  aku tak nak susahkan dan bebankan dorang dengan masalah aku. Hanbin.. tak! Aku ni menyusahkan dia je. Jadi dia tak pernah lah anggap aku ni isteri dia? Aku terduduk atas kayu balak besar yang memang dijadikan sebagai tempat duduk pelancong. Aku menekup muka yang dah macam beruk menangis tak cukup oksigen.

"Boleh saya duduk?" Aku mengangkat wajah untuk melihat pemilik suara tersebut. Mino. Aku hanya mengangguk lemah.

"Sorry lah Mino sebab saya menangis macam apa depan awak-"

"I saw it." Aku menoleh ke arah nya.

"Saya nampak apa yang berlaku. Since villa kita tak lah jauh mana." Aku mengangguk kecil.

"It's frustating. Saya penat. Kenapa dia tak macam suami orang lain eah? Ke sebab hati dia kat orang lain?" Mino hanya mendiamkan diri.

"Eh. Maaf. Saya tak tau kenapa saya tanya benda ni kat awak." Mino tergelak kecil.

"Takpe. Luahkan je pertanyaan atau keluhan dalam minda awak. Saya dengar. Cuma... saya tak dapat lah nak jawab soalan awak." There is someone who willing to hear me. Tapi..kenapa aku rasa lagi hampa? Mungkin sebab orang yang sanggup dengar ni bukan Hanbin? Aku laju menggeleng kepala tanpa disedari Mino.

"Kalaulah....kalau lah masa boleh diputar balik, saya nak sangat hargai orang yang dah berkorban macam macam demi saya. Kalau lah....." Aku tersedu sedu tanpa henti . Sebak apabila bandingkan layanan orang yang cinta akan kita dengan yang tidak.

"Maybe..he doesn't love me." Aku mengomel namun masih dapat didengari oleh Mino dengan jelas.

"Mungkin dia ego?" Kata Mino membuatkan aku memandangnya hairan.

"U know...sesetengah lelaki ni sebenarnya ego je tinggi tapi dalam hati sayang. Dalam hati cinta. Dalam hati dia rasa bersalah malah dia lah orang yang paling eager nak peluk dan tenangkan awak masa awak nangis."

"Tapi bukan ke kita patut tunjuk usaha kita bile kite cintakan seseorang?"

"Salah tu Maina. Setiap orang lain lain cara. Setiap orang, lain kelemahan dan keistimewaan nya."

"Memang semua orang berbeza tapi dia tak pernah cuba nak faham saya." Aku cuba memprotes hujah Mino.

"Dia tak faham awak mungkin sebab awak tak pernah cuba nak faham dia?" Ujar Mino.

Aku terkedu. Ya. Aku mengharapkan agar Hanbin lebih faham aku dan jaga aku macam mana yang aku nak. Tapi aku tak pernah ambil tahu tentang apa yang dia rasa atau apa yang dia suka mahupun benci.

Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)Where stories live. Discover now