Mataku rasa perit dengan silauan matahari. Kelopak mataku yang berat ku buka perlahan. Sedang ku peluk bantal peluk yang agak keras, aku mendongak ke atas. Mataku membutang melihat wajah Hanbin yang suka hati mak bapak dia je tidur sebelah aku sambil berpeluk dengan aku pulak tu. Aku menjerit lantas menolak badan nya.
Gedebuk!!! Jatuh daripada katil.
Hanbin mengerang kesakitan.
"Sakit lah Maina! Kenapa kau tolak aku?!"
"Hanbin!!! Kenapa kau tak pakai baju ?!!"
Dia terdiam seketika lalu kepala nya didongakkan ke atas seperti memikirkan sesuatu.
"Semalam panas sangat waktu tidur. Elektrik takda. Jadi aku pon bukak lah baju."
Aku mengangguk lega. Fuh. Nasib suci lagi.
"Yang kau tu pahal semalam peluk aku macam tak nak lepas ha? Seksa tau aku dekat situ."
"Ma-mana ada!" Bantal di riba, ku baling tepat ke muka nya dengan kekuatan yang maksima akibat teramat malu membuatkan Hanbin pengsan dan terus koma...
Eh maksud aku...
Membuatkan Hanbin terkejut lalu aku melarikan diri ke bilik mandi.
_______________________________________
"Apa?!" Dada Hanbin berombak. Dahi nya berkerut seribu. Dia memutuskan talian lalu tergesa gesa mengemas baju.
"Hanbin,,, Kenapa?"
"Ayah.. ayah tenat sekarang. Kita kene balik."
Aku mengangguk lalu mula mengemas baju baju ku. Dalam perjalanan ke lapangan terbang Hanbin jadi tidak keruan. Manakala mata nya mule berair. Sampai saja di hospital, Hanbin berlari sambil mencari tempat di mana ayah nya dirawat. Aku pula hanya mengikuti Hanbin dari belakang.
"Hanbin!" Ibu Hanbin datang berlari memeluk nya dengan mata yang bengkak.
"Ayah. Ayah mana?"
"Ayah...-"
Belum sempat ibunya menghabiskan ayat, seorang doktor dan beberapa orang jururawat keluar dari sebuah bilik lalu menuju ke arah kami.
"Maaf puan. Keadaan suami puan dah kronik. Dia kini hanya bergantung pada mesin. Saya harap puan sekeluarga bersedia sekiranya perkara yang tidak di ingini berlaku."
Lalu mereka beredar. Hanbin yang dari tadi gagah menahan air mata nya, kini lemah bertemankan air mata yang berjurai.Ibu Hanbin terduduk di kerusi menunggu. Setelah keadaan menjadi agak tenang, kami masuk ke dalam bilik ayahnya.
Hanbin hanya kaku melihat ayah nya dengan pipi yang basah manakala ibu Hanbin mendekati tubuh lelaki yang terbaring itu.
"Sayang, bangun lah. Awak janji tak nak tinggalkan saya. Awak kata nak teman saya sampai bila bila. Tolong lah jangan buat saya macam ni." Rayu ibu Hanbin.
Aku hanyut dengan kata kata ibu Hanbin. Rayuan yang pernah aku buat masa kehilangan DIA.
Kaki ku lemah lalu aku terjatuh melutut bersebelahan tubuh yang aku kenal. Kepala nya ku angkat lalu ku letak dipeha ku. Tangan nya ku pegang dengan erat. Aku bingung dan tak bersuara. Hanya air mata yang membasahi pipi ku.
"We-weyh. Jangan lah buat aku macam ni. Ba-bangun lah Bobby." Aku menggoncangkan sedikit badan nya. Mata nya terbuka sedikit sayu melihat aku.
"Kau dah janji kan tak nak tinggal kan aku sorang. Kau janji nak teman aku kan. A-aku tak cakap lagi i love you kat kau. Kau yang nak dengar sangat kan perkataan tu. Jadi jangan buat aku macam ni lah. Bobby!" Aku kini meraung tak henti.
Tangan Bobby mengusap pipiku lalu menyeka air mata ku.
"Please.. be happy for me." Ujar Bobby.
Tanpa ku sedar. Air mata jatuh membasahi pipi. Hati ku berderai melihat ibu Hanbin yang merayu kepada suami nya. Aku memeluk ibu Hanbin lalu mengusap belakang badan nya. Amat aku fahami akan apa yang dia rasa sekarang. Kehilangan seorang kekasih pun sudah cukup memeritkan, apatah lagi kehilangan seorang suami.
Hanbin kemudian keluar dari bilik itu. Ibu hanbin kemudian nya menyuruh aku agar menemani Hanbin. Aku turut lalu mencari Hanbin tapi tidak aku jumpa. Kedengaran keluhan dan tangisan seorang lelaki di tangga hospital.
Aku mendekati nya. Pertama kali nampak dia selemah ni.
Tangan nya ku raih. Dalam situasi ini aku tak mampu nak cakap jangan menangis. Kau kene kuat. Aku tak boleh. Siapa yang tak sedih melihat keadaan bapa seperti itu. Siapa yang tak nangis bila doktor, suruh kau bersedia.
"Pray for him. That the best thing we can do right now. Crying won't change anything. You must remember, god can make a miracle happen." Ujar ku.
Hanbin mengangkat wajah nya. Aku menarik tubuh nya ke dalam dakapan ku. Belakang badan nya ku usap lembut. Walaupun aku tak nak dia nangis, tapi malangnya dengan aku sekali menangis. Jujur. Sedih bila tengok dia lemah macam ni. Hanbin menguatkan genggaman nya pada baju ku. Tangisan dia semakin kuat.
Harapan aku. Harapan aku sekarang. Tolonglah. Berilah kesempatan untuk Hanbin bersama dengan ayah nya lebih lama.
_______________________________________
Hyejin POV
"Aduh. Ara, macam mana kita nak bagitahu Maina pasal benda ni?"
"Yang pasti bukan sekarang. Keadaan ayah Hanbin tak berapa stabil. Lagi satu, aku takut Maina benci Hanbin bila dapat tau perkara ni." Ujar Ara
"Tapi kita tak boleh rahsiakan benda ni weyh. Kalau Maina dapat tahu yang KITA RAHSIAKAN dari dia. Habis doh kita." Aku kini mundar mandir memikirkan hal rumit ini.
"Habis tu, kau nak hubungan Maina dengan Hanbin sekeluarga jadi teruk?" Betul jugak kata Ara. Tapi...
"Tapi Maina berhak tau sebab Bobby pernah jadi orang yang penting dalam hidup dia." Ara mengeluh dengan pernyataan aku.
"Okeyh. Macam ni. Kita akan bagitahu dia tapi bukan sekarang. Okeyh?" Aku mengangguk.
_______________________________________
Hanbin POV
"Puan." Panggil doktor tersebut.
"Keadaan suami puan kini dah stabil. Pembedahan kami yang bertujuan untuk mengeluarkan darah beku itu dari kepala nya berjaya. Selepas seminggu, suami puan boleh dibawa pulang ke rumah."
Aku memeluk ibu ku.
.....You must remember, god can make a miracle happen." Ujar Maina.
Aku memandang Maina dengan senyuman. Aku memeluk nya dengan perasaan bersyukur.
..
.
Maina POV
Seminggu kemudian....
"Maina." Panggil Hanbin.
"Hmm. Aku...eh. hmmm saya....hmm eh."
"Ala panggil je aku kau . Kalau tu yang Hanbin selesa." Dia tersengih seperti kerang bushuk.
"Thankz....sebab kau ada waktu aku hilang semangat. Sebab comfort aku."
"Saya bukan tunggul dalam hidup Hanbin. Itu tugas saya sebagai isteri." Geli lah pulak cakap macam ni. Tapi tengah mood mood romantik kan.
Hanbin tersenyum. Alah alah. Ni yang cair ni. Uih berpeluh dah aku. Dah macam banjir dah ni.
"Tidur sebelah aku tau malam ni."
"HARI HARI SAYA TIDUR SEBELAH AWAK." Ish mamat ni. Takkan dia tak perasan. Habis tu selama ni dia ingat aku bantal?
"Saya gurau je. Suka tengok muka awak bile marah. Eh ter awak saya pulak." Weyh mamat ni kenapa? Seram pulak aku. Melting pon ada.
Siapa goda siapa sekarang ni? Aku patutnya yang goda dia. Halahai. Macam ke lain je plan ni.
_________________
|| Cinta OKU ||
YOU ARE READING
Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)
RandomKalau kau cacat, boleh ke kau hidup dengan bahagia? Walaupun kau normal, boleh ke kau terima cinta yang banyak kekurangannya? ____________________ || CINTA OKU|| Highest ranking # 14 [04/10/18] Highest rank...