Part 9

431 35 3
                                    

Hanbin yang kini mamai dan mabuk itu ku baringkan atas katil. Selimut ku tarik hingga ke paras atas kepala nya. Mati sudah Hanbin lalu menjadi jenazah. Ishh.  Aku menepis syaitan yang tadinya menghasut aku lalu selimut tersebut ku tarik semula hingga ke paras dadanya.

Aku membersihkan diri. Busuk nak mati muntah mamat ni. Bau petai pon ada. Aku turun ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Apa yang aku suka tentang vila ni ialah keadaan nya yang tenang. Tempat yang dekat dengan pantai dan dikelilingi tumbuhan hijau buat aku macam nak jerit dan lepaskan semua keluhan. Tapi nanti Hanbin kata aku gila pulak.

Bunyi derapan tapak kaki membuatkan aku menoleh kebelakang. Hanbin berdiri disebelahku sambil menikmati angin malam.

"Ermm. Thanks." Ujar nya. Aku menjongketkan kening sambil memandangnya.

"Tu je?" Muka Hanbin bertukar hairan.

"Kau nak aku cakap ape....lagi?" Amboi amboi. Dia dah muntah dekat baju aku. Pastu dari lapangan terbang tadi,, aku da macam orang gila cari vila ni dengan papah dia lagi, dengan angkat beg beg yang berat lagi. Tak geti nak cakap sorry ke?

Dia masih tak mengucapkan perkataan yang aku nak dengar. Aku menarik muka sekali gus give up. Macam nak marah pun ada.

"Okeyh okeyh fine. Sorry." Aku tersenyum kecil.

"Okeyh fine..Jom makan." Aku menarik pergelangan tangan nya. Bedebor. Tapi nak goda dia mesti kene jadi brutal sikit an.

"Kau geti ke masak?"

"Tak." Jawab ku. Muka nya bertukar hairan.

Alah ape ke bengong sangat mamat ni. Dah tentu tentu aku dengan dia je kan dalam vila ni.

"Dah tu siapa yang masak?" Tanya nya.

Aku memandang ke kiri dan kanan dengan wajah yang takut.
Lalu muzik seram dimainkan (ceh takde lah).

Aku mendekatkan diri ke telinga nya. Perlahan aku berbisik dengan nada yang seram.

"Hantu yang masak." Mata nya membutang manakala aku cuba menahan gelak.

Tiba tiba suasana menjadi gelap gelita. Tiada langsung sebarang cahaya membuatkan aku dan Hanbin tergamam seketika.

"Ke..kenapa gelap?" Tanya ku kepada Hanbin.

"Mu..mungkin..."

Bunyi lagu panama mengejutkan aku. Hanbin mengeluarkan telefon yang berdering tersebut lalu menekan button answer.

"Ouh macam tu. Baik lah saya faham." Aku menjadi tertanya tanya dengan perbualan Hanbin.

"Siapa call? Orang tu cakap apa?"

"Orang tu kata ada masalah pendawaian sikit. Dalam 2 jam lagi baru ada elektrik."

"Ouh okeyh."

"Okeyh kau kata?! Dua jam tempat ni gelap macam kat rumah hantu tau tak!" Aku menggosok telinga ku yang berdesing lepas dijerit oleh Hanbin.

"Ish. Telefon kan ada." Aku mengeluarkan telefon ku lalu mengeluh berat. Masa macam ni lah nak habis bateri.

"Hanbin, nak pinjam telefon boleh?"

"Kau nak buat apa?" Dia menghulurkan telefon nya.

"Nak pergi cari lilin jap. Hanbin tunggu kat sini je." Baru sahaja aku melangkah setapak, lengan ku di tarik lalu dipeluk Hanbin.

"Alah. Jangan lah. A-aku ikut kau." Aku tergelak kecil. Gaya punye lah machoo tapi penakut rupanya.

"Tak lawak ah Maina!"

"Okeyh okeyh." Aku masih tidak habis dengan sisa ketawa ku kini mencari lilin bersama Hanbin. Beberapa batang lilin sahaja dapat kami temui. Aku kemudian nya memimpin Hanbin ke bilik atas. Dia yang tadinya hanya memeluk lengan ku kini pinggang ku menjadi mangsa. Jangan dia terkencing dalam seluar sudah.

"Hanbin...jangan lah peluk kuat sangat. Tak leh bernafas lah." Dia hanya mendiamkan diri.

Sampai sahaja dalam bilik, aku memasang lilin lilin tersebut lalu letakkan berdekatan katil untuk menghilangkan rasa takut Hanbin.

Aku bangun untuk menuju ke bilik ku dan lagi sekali Hanbin dengan sepantas kilat menyambar pergelangan tangan ku. Aku mengeluh.

"Duduk sini dengan aku."

"Kenapa? Takut." Aku menahan gelak.

"Mana ada!" Ceh. Berlagak eah.

"Okeyh lah. Tak takut kan? Bye."

"Eh! Ok aku takut ..k...aku takut. So, teman aku." Aku tersenyum puas.

Setelah 15 minit berlalu, aku mula merasa bosan. Mana tak bosan weh?! Aku tak tau nak borak apa dengan si Hanbin ni. Aku membuat bayang bayang bentuk rama-rama pada dinding. Hanbin yang juga bosa mengikut  aku membuat bayang bayang berbentuk gajah. Kami ketawa dengan gelagat masing masing.

"Maina, kau takde ke orang yang kau betul betul cinta sebelum kau kahwin dengan aku?"

Aku tersenyum pahit.

"Ada. Dia sempurna sangat bagi aku. Aku selalu jual mahal dengan dia walaupun kiteorang dah couple. Dia sentiasa tolong aku. Sentiasa tunggu aku. Sentiasa comfort aku."

"Hurmm.. kenapa kau tak kahwin dengan dia. Maksud aku, kenapa kau sanggup terima aku jadi suami kau?"

"Sebab.... sebab dia dah tinggalkan aku."

"Untuk perempuan lain?"

"Kinda...he goes to meet an angel at the sky."

"Jumpa bidadari? Jap. Dia.....mat-"

"Ha ah. Menyesal pun tak guna. Sebab tu sekarang, kita kene hargai orang yang ada dengan kita dan cipta lah kenangan indah sebanyak mana yang boleh. Sekurang-kurang nya bila orang tu dah pergi, kita masih boleh tersenyum dengan memori yang ada." Tanpa sedar air mata ku jatuh membasahi pipi.

"Eh sorry lah. Terjiwang pulak tetiba."  Suara ku bergetar tak mampu menahan sebak. Hanbin kemudian menarik kepalaku lalu disandarkam dalam dakapan nya.

"Just let it out, Maina. Jangan simpan." 

Terus aku menangis sepuas nya sambil tersedu dalam pelukan Hanbin. Basah jugak baju dia and have to admit maybe hingus pon tersembur jugak. Tak banyak lah. Sikit je. SIKIT je.

Sekarang aku keliru dengan rancangan sebenar aku. Patut ke aku teruskan je atau cuba untuk cinta kan dia? Tapi aku takut. Takut kalau dia sebenarnya tak ada langsung perasaan dekat aku. Yang lagi menakutkan bila dia akan gantikan aku dengan orang yang betul betul dia cinta.

Kepala ku diusap lembut. Mataku semakin berat.
_______________________________________

Keesokkan pagi....

Mataku rasa perit dengan silauan matahari. Kelopak mataku yang berat ku buka perlahan. Sedang ku peluk bantal peluk yang agak keras, aku mendongak ke atas. Mataku membutang melihat wajah Hanbin yang suka hati mak bapak dia je tidur sebelah aku sambil berpeluk dengan aku pulak tu. Aku menjerit lantas menolak badan nya.

Gedebuk!!! Jatuh daripada katil.

Hanbin mengerang kesakitan.

"Sakit lah Maina! Kenapa kau tolak aku?!"

"Hanbin!!! Kenapa kau tak pakai baju ?!!"

_______________________________________

|| Cinta O.K.U ||

Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)Where stories live. Discover now