Part 4

547 45 2
                                    

Maina POV

"Wuuhu! Lepas ni kita nak pergi mana?!" Ujar Ara dengan teruja nya.

"Kau ni. Kita kan dah puas enjoy dengan Maina, lepas ni kita bagi lah pulak masa untuk love bird ni berdua duaan." Jawab Hyejin.

Bobby tersenyum kambing apabila kami akhirnya berpisah dengan Ara dan Hyejin. Kami membuat keputusan untuk berjalan jalan di taman kegemaran aku sebelum dia menghantar aku pulang ke rumah. Aku duduk di buaian lalu dia berdiri di depan ku.

"Bobby. Kalau lah. Kalau aku ni masih cacat macam yang dulu, kau terima aku tak?"

"Walau macam mana pun keadaan kau, aku tetap terima kau. Lagipun aku memang dah suka kau sejak sekolah lagi."

"Thankz."

"Aku patutnya cakap terima kasih sebab terima aku yang muka tak berapa nak hensem ni jadi boyfriend kau."

"Betul jugak kan. Ramai lagi yang hensem kat luar sana." Pernyataan aku membuatkan Bobby mencebik.

"Kau nak kena eh dengan aku." Aku menjelirkan lidah lalu bingkas melarikan diri dari dia.

Namun kepantasaan aku diibaratkan siput yang tak makan sebulan nak dibandingkan dengan Bobby. Tangan ku disambar Bobby lalu aku digeletek. Memang itu kelemahan aku. Mata ku berair menahan geli.

"Okeyh okeyh. Sorry okeyh?" Lalu dia menarik aku dalam pelukan nya.

"Thankz Maina buat aku happy dan aku nak tengok kau sentiasa senyum.. macam ni." Aku tersenyum dalam dakapan nya. Beberapa detik kemudian dia meleraikan pelukan lalu sebuah kuncupan di dahi ku diberikan.

Bobby kemudian nya memuncungkan mulut nya manakala wajah ku bertukar kehairanan. Dah kenapa mamat ni?

"Alaaaaa. Maina. Kau ni tak faham faham lah." Rungut nya.

"Faham apa?" Lalu mulut Bobby dimincungkan lagi.

"Aku nak kiss la! Ish." Aku meloroh ketawa. Selama kami menjadi pasangan selama 4 tahun, aku dan dia tak pernah bercium di mulut. Ye lah. Pada mulanya aku sibuk dengan rawatan ku lalu terus sambung belajar.

"Tak nak. Malas." Jawapan ku membuatkan bobby menjuihkan mulutnya tanda protes.

"Alaaa. Sekali ni je. Please please! Ni  last  aku mintak. Kali ni je." Rayu nya.

"Okeyh. Tapi dengan syarat. Kau kena gi kedai yang dekat sana tu lepastu belikan aku ramyun. Aku lapa lah. Kita makan dulu tau." Mata nya bersinar lalu dia mengangguk laju. Kemudian dengan segera dia berlari ke kedai, aku hanya tersenyum.

.

.

.

Dah berabad berlalu. Mana si Bobby ni? Entah entah dia makan dekat sana nak balas dendam dengan aku. Aku binkas bangun lalu menuju ke kedai tersebut. Lalu aku ternampak Bobby yang melambaikan tangan nya di seberang jalan. Aku membuat keputusan untuk tunggu sahaja di sini.

Ting!

Aku menyeluk poket baju sejuk ku lalu membuka mesej dari Ara di telefon.

'Maina, gelang yang kau dapat dari Bobby tu tertinggal dekat kereta aku. Esok ambil tau!'

Tiba tiba bunyi yang kuat membuatkan aku terkejut. Mata ku tertumpu ke arah kereta yang terbabas dan sekujur tubuh yang dilimpahi darah. Orang ramai berlari ke arah tubuh tersebut. Mata ku membutang. Tak. Bukan dia! Aku berlari ke arah tubuh tersebut.

Wajah yang aku tidak kenali. Seorang perempuan terbaring lemah dengan darah yang membuak. Aku menghembus nafas lega. Mati mati aku ingat Bobby. Air mata ku berjurai jatuh tanda risau.

"Ada lagi seorang mangsa! Tolong telefon ambulans!" Entah mengapa kaki ku automatik bergerak ke arah orang yang berkerumun

Kaki ku lemah lalu aku terjatuh melutut bersebelahan tubuh yang aku kenal. Kepala nya ku angkat lalu ku letak dipeha ku. Tangan nya ku pegang dengan erat. Aku bingung dan tak bersuara. Hanya air mata yang membasahi pipi ku.

"We-weyh. Jangan lah buat aku macam ni. Ba-bangun lah Bobby." Aku menggoncangkan sedikit badan nya. Mata nya terbuka sedikit sayu melihat aku.

"Kau dah janji kan tak nak tinggal kan aku sorang. Kau janji nak teman aku kan. A-aku tak cakap lagi i love you kat kau. Kau yang nak dengar sangat kan perkataan tu. Jadi jangan buat aku macam ni lah. Bobby!" Aku kini meraung tak henti.

Tangan Bobby mengusap pipiku lalu menyeka air mata ku.

"Please.. be happy for me." Ujar Bobby.

》》》《《《

"Tak bobby!" Dadaku berombak. Aku mengurut nafas lega. Semua tu mimpi rupanya.

Aku membasuh muka ku lalu rambut yang melepasi bahu diikat kemas. Aku menuruni anak tangga satu persatu. Aku tersenyum melihat Ara dan Hyejin yang sudah berada di ruang tamu. Awal awal lagi datang rumah aku. Ish budak dua ekor ni.

"Maina. Nah gelang." Hyejin menghulurkan gelang tersebut kepada ku. Pergelangan tangan ku aku periksa. Gelang pada dorang? Jadi...

Ting!

Aku menyeluk poket baju sejuk ku lalu membuka mesej dari Ara di telefon.

'Maina, gelang yang kau dapat dari Bobby tu tertinggal dekat kereta aku. Esok ambil tau!'

Ara memeluk ku.

"Sabar weyh."

Kaki ku automatik menapak ke belakang. Tak. Aku pasti semua tu mimpi. Aku mimpi je.

"Kau siap siap dulu. Lepas tu kita pergi ke funeral dia." Kata kata Hyejin membuatkan aku semakin bingung.

"Tak! Aku tau aku mimpi tadi! Ko-korang main main je kan!"

"Kau pengsan lepas Bobby disahkan mati. Sorry Maina tapi semua tu bukan mimpi."

Selepas mendapat penjelasan dan di tenangkan oleh Ara dan Hyejin, aku naik ke bilik untuk bersiap. Kotak kasut di bilik ku ditenung.

"Aku pun ada belikan kau hadiah jugak. Amik kotak dalam beg tu." Arah Bobby lalu aku mengeluarkan kotak tersebut.

"Woahh. Nice shoes!"

"Actually couple shoes. Aku ada sepasang dekat rumah jadi aku nak kau pakai esok tau!"

"Aip aip kapten. Btw, thank you."

"Cuba kau balas dengan I love you. Susah betul aku nak dengar perkataan tu keluar dari mulut kau."

"Hurmmm. Malas." Jawab ku.

"Alaaaa sekali ni je tunaikan permintaan aku. Last okeyh?" Rayu Bobby.

"Tak nak." Bobby menjuihkan bibirnya lalu aku ketawa tiada henti. Namun dengan tiba tiba aku mencium pipi nya. Mata Bobby hilang akibat senyum yang melampau. Senyuman paling comel bagi aku. Bobby ni senang sangat nak bagi cair.

Air mata ku jatuh berjurai. Nak cakap tiga perkataan tu dekat dia pun aku tak sempat. Aku tak sempat nak beri peluang untuk kau lebih dekat dengan aku.

Tangan Bobby mengusap pipiku lalu menyeka air mata ku.

"Please.. be happy for me." Ujar Bobby.

Maaf Bobby tapi... aku tak pasti yang aku mampu bahagia...

Tanpa Kau

__________________

|| Cinta OKU ||

A/N: R.I.P Jonghyun Shinee.🌹






Cinta OKU // B.I IKON (COMPLETE)Where stories live. Discover now