BAB 5

1.3K 24 1
                                    

"ASSALAMUALAIKUM..." sapa Wardah saat melihat Zafran sedang tekun menulis sesuatu. Beberapa helai kertas bersepah-sepah di atas meja. Wardah menggelengkan kepala.

Zafran mendongak. Dia memandang wajah Wardah yang bersih. Buat seketika dia menjeling pada jam di tangan. Dia menarik muka. Konon-konon merajuk.

"Waalaikumussalam, dah pukul berapa ni? Baru sekarang nampak muka kau. Dari tadi aku tunggu kau, tahu tak?" Suara Zafran seolah-olah merajuk.

"Alah baru pukul 1.30, kelas kita pukul empat, kan? Tadi aku pergi sembahyang zohor dulu. Kau dah sembahyang belum?" soal Wardah dengan lembut. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Zafran.

Zafran tersengih. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Wardah adalah satu-satunya wanita yang mengingatkannya tentang solat.

"Errr... Belum lagi Ada, sekejap lagi aku pergi. Kau dari mana?" soal Zafran kembali.

"Tak baik kau lengah-lengahkan solat. Jangan amalkan tau. Anyway, sebelum aku sembahyang tadi aku pergi makan dengan Ati dan Mira. Dia orang kirim salam kat kau," ujar Wardah.

"Mana dia orang? Tak nampak pun. Tak nak join sekali ke kita study ni?" soal Zafran sambil menjenguk ke arah pintu masuk student center. Mencari kelibat Amira dan Athira.

"Taklah. Dia orang nak pergi kedai buku nak cari novel katanya. Eh, kau sorang aje ke? Mana 'saka' kau?" soal Wardah selamba.

"Saka? Eh, aku tak buatlah benda-benda syirik macam tu. Tak masuk syurga aku nanti," balas Zafran kebingungan.

Wardah ketawa lepas. Dia tahu pasti Zafran tidak faham apa yang cuba dia cakapkan.

"Alah, perempuan-perempuan yang selalu cari kau itulah. Biasanya di mana ada kau, di situ ada awek-awek cun. Tak ke macam saka tu?" ucap Wardah menyambung tawanya.

"Kau ni Ada, ada-ada aje. Aku ingatkan saka apalah tadi. Malaslah aku nak fikir pasal perempuan, yang penting sekarang kita study. Aku dah pening dengan mesin-mesin ni, hah," balas Zafran sambil menunjukkan buku proses pembuatan kepada Wardah.

Buku tersebut bertukar tangan. Pen yang berada di tangan digoyangkan. Dia cuba mengingati apa yang diajar oleh Puan Ainul pada kelas yang lepas. Tapi sayang, satu pun tidak terlekat dalam kepala Wardah cuma bayang wajah Emir Rehan yang menahan sakit akibat cakaran kucing bermain dalam minda Wardah. Dia menggelengkan kepala. Hesy, aku ni dah angau kat dia ke?

"Kau ni dah kenapa, Ada? Tergeleng-geleng macam orang tak betul aje..." tegur Zafran dengan dahi yang berkerut.

Wardah tersengih mempamerkan giginya yang putih bersih.

"Tak ada apa-apa. Ini cara aku untuk ingat kembali apa yang Puan Ainul ajarkan. Kau tak payah peliklah," ucap Wardah. Memberi alasan.

"Apa-apalah kau, Wardah. Macam mana ni, kau tahu tak apa fungsi mesin-mesin ni?" soal Zafran kembali.

Wardah mengetuk-ngetuk dagunya dengan pen. Cermin mata yang melurut jatuh ditolak sedikit dengan jarinya. Helaian nota kecil dibelek.

"Okey, setakat yang aku tahu, mesin kisar ini digunakan untuk meratakan permukaan atau pun membuat lengkung pada permukaan yang tidak sekata. Manakala, fungsi mesin larik sama juga macam mesin kisar cuma mesin larik ini digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis rupa bentuk simetri. Mesin larik ini juga digunakan untuk meratakan permukaan bagi benda kerja yang berbentuk silinder berbeza dengan mesin kisar yang digunakan untuk benda kerja yang mempunyai bentuk yang tepat seperti segi empat tepat," terang Wardah panjang lebar.

Zafran terdiam sebentar kemudian dia mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

"Tetapi untuk menggunakan mesin kisar dan mesin larik ni kita kena pastikan mata alatnya sentiasa tajam bagi mengelakkan kerja itu rosak, betul tak Ada?" soal Zafran seterusnya.

INGKAR CINTAWhere stories live. Discover now