Bäb sätü

117K 1.8K 80
                                    

Jam loceng yang terletak elok di atas meja berdering menandakan sudah pagi. Bunyi yang bingit itu membuatkan Nawaf terjaga dari tidurnya. Dia segera bangun dari katil lalu mencapai tuala biru yang elok tersidai lalu pergi membersihkan diri di bilik air.

Keluar dari bilik air, Nawaf membuka almari pakaian dan mencapai kemeja kuning yang telah di iron oleh ibunya.
Perfume polo hitam di sembur di bahagian tengkuk. Rambut yang berwarna hitam sedikit keperangan di sikat kemas menampakkan ketampanan lelaki itu.

Setelah selesai bersiap, dia turun ke meja makan untuk bersarapan.

"Morning ibu, morning baba." ujar Nawaf yang baru kelihatan.

"Morning" jawab Puan Annesa dan Encik Fadzul serentak.

"Wish morning untuk adik tak de ke abang?" sampuk Nawal Qhaifira, adik kepada Nawaf.

"Morning adikku yang comel" Nawaf membuat wajah terpaksa.

Puan Annesa dan Encik Fadzul hanya menggeleng melihat karenah adik beradik itu.

"Nawaf, sini sarapan. Nawaf nak makan roti atau nasi goreng?" tanya Puan Annesa sambil memandang Nawaf yang sudah duduk di sebelah Nawal.

"Mestilah nasi goreng." jawab Nawaf tersenyum memandang ibunya.

Puan Annesa menyedok nasi goreng ke pinggan milik Nawaf dengan penuh kasih sayang.

Nawaf menikmati nasi goreng itu dengan penuh berselera.

"Cepat sikit makan tu. Nanti nak pergi rumah bakal isteri Nawaf." ujar Encik Fadzul.

"Hm baik" jawab Nawaf segera menghabiskan makanannya.

-

Selesai makan, mereka sekeluarga menuju keluar dari rumah lalu masuk ke perut kereta.

Didalam kereta, Nawaf hanya diam seribu bahasa. Tidak berckap apa apa.

"Nawaf, ibu nak ckap ni." ujar Puan Annesa.

"Cakaplah"

"Nawaf kena terima bakal isteri Nawaf dengan baik ye? Walau apa pun kekurangan dia." pesan Puan Annesa kepada anak lelakinya.

"Tengoklah. Biar Nawaf tengok dulu orangnya macam mana." jawab Nawaf selamba.

Puan Annesa hanya diam setelah mendengar jawapan Nawaf.

"Abang ni macam tak de perasaan. Abang tahu tak? Bakal akak ipar adik tu cantik. Adik dah tengok dah. Tapi, dalam gambar sajelah." sampuk Nawal sambil tersengih.

"Ah kau. Kecik lagi dah pandai ea. Picit gigi kau tahu lah." Balas Nawaf sambil mengacah adiknya.

"Ish abang ni. Orang dah 16 tahun dah. Kecik menda."

"Kecik lah tu. Tengok abang. Umur abang dah 24 tahun. Lagi besar dari kau." jawab Nawaf saje menyakitkan hati Nawal.

Nawal mencebik geram. Kalau diikutkan hati dah lama dah dia campak Nawaf keluar kereta.

"Dah jangan gaduh. Dah nak sampai dah ni." celah Encik Fadzul.

"Baik baba." jawab adik beradik itu serentak.

***

Audyna yang sedang membaca majalah kecantikan terkejut apabila disergah mamanya.

"Oh mak lu. Mak wa. Lu langsi." latah Audyna yang benar benar terkejut dengan sergahan Puan Rozellyn.

"Hahaha. Sejak bila anak mama ni pandai melatah?" balas Pyan Rozellyn.

"Mama ni. Terkejut Dyna." Ujar Audyna sambil memeluk mamanya erat.

"Alolo sorry. Dyna, mama nak bagitahu ni. Kejap lagi, ada orang nak jumpa Dyna. Siap siap oke sayang?" pesan Puan Rozellyn sambil mengusap kepala anknya.

"Hm oke. Tapi, siapa?" tanya Audyna, pelik.

"Rahsia. Cepat siap tau. Mama tunggu kat bawah. Pakai cantik cantik." pesan Puan Rozellyn lagi.

Sebenarnya, Audyna adalah hasil perkahwinan antara Puan Rozellyn dan Encik Mohd Yahya.

Puan Rozellyn berketurunan Barat dari London dan Encik Mohd Yahya berketurunan melayu.

Maka, lahirlah Audyna Haszle yang berkacuk.

Rupa paras Audyna yang cantik dan putih bersih tanpa sebarang jerawat mampu memukau mana mana lelaki yang melihat. Matanya berwarna biru jelas kelihatan. Kecantikannya sukar untuk digambarkan.

"Sayang dah siap belum? Tetamu dah sampai." laung Puan Rozellyn dari bawah.

"Errr.. Lagi sikit." Audyna segera menukar baju kerana dia baru mandi tadi.

Selesai memakai baju. Dia menyikat rambutnya yang keperangan dengan kemas lalu diikat ponytail.

Setelah itu dia menyembur wangian yang harum semerbak.

Audyna segera keluar dari biliknya lalu turun ke bawah menuju ke ruang tamu.

Terlihat sahaja kelibat Audyna. Puan Annesa sudah memaparkan riak gembira. Sama seperti Encik Fadzul.

Manakala Nawaf pula tidak berminat untuk melihat bakal isterinya.

"Abang, tu ha kakak ipar adik. Cantik kan? Orang Inggeris." bisik Nawal yang duduk bersebelahan Nawaf.

"Banyak lah kau. Tak sukalah. Bukan citarasa abang. Abang tak suka kacuk kacuk ni. Abang cuma suka perempuan melayu je." jawab Nawaf secara berbisik.

"Ish abang ni. Boleh pulak. Lelaki lain nak perempuan yang macam ni lah." jawab Nawal lagi.

"Masalahnya, abang mmg tak berkenan. Lagi satu, mana tudung dia? Belum kahwin dah bagi abang tengok aurat dia. Tak sesuai lah." bidas Bawaf dengan perlahan.

Nawal sekadar menjeling tajam kepada abangnya.

"Anne, Fadzul. Nilah anak tunggal saya. Audyna Haszle namanya." Ujar Puan Rozellyn kpada tetamunya.

Encik Yahya mengangguk saja sambil tersenyum.

"Oh ni dia. Cantik orangnya. Macam ibu dia. Eh kenapa berdiri? Duduklah sini." Puan Annesa mempersilakan tempat duduk disebelahnya kepada Audyna.

Audyna mengangguk hormat.

Mata Audyna meliar kearah Nawaf. Dia menguntumkan senyuman manis kepada Nawaf.

Nawaf yang menyedari hal itu lantas membuat muka kelat.

Nawal pula melambai kearah Audyna. Audyna lantas membalas lambaian itu.

"Roze, kami datang ni sebenarnya bawa hajat." luah Encik Fadzul.

"Apa dia." celah Encik Yahya.

"Kami nak meminang Audyna ni untuk putera kami. Sungguh kami dah berkenan." terang Encik Fadzul.

"Kena tanya tuan badan lah." balas Puan Rozellyn.

Audyna terkejut dengan hajat tetamunya.

Matanya tertacap kepada Nawaf yang sudah seperti cacing kepanasan memberi isyarat "jangan terima" kepada Audyna.

Audyna memberikan pandangan sinis lalu memandang Puan Annesa dan Encik Fadzul dengan senyuman manis.

"Saya terima."

Haiii! This is a new story by Tuliphire! Jemput baca ye?

Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔Where stories live. Discover now