Encik Fadzul duduk di atas kerusi sambil menyilangkan tangannya. Dia khawatir dengan keadaan Audyna. Begitu juga Puan Annesa dan Puan Rosellyn yang seperti cacing kepanasan menunggu doktor keluar dari bilik kecemasan. Encik Yahya tidak menyertai kerana bekerja diluar kawasan. Berita tentang Audyna juga tidak dia dapat.
Nawaf pula tiada di situ. Dia keluar menghirup udara segar. Dia bukan tidak ambil peduli tentang Audyna. Dia cuma terkilan dengan perbuatan sendiri. Bukan niatnya mahu menyakiti Audyna. Bukan niatnya.
Tapi hatinya yang marah menguasai diri. Dia celaru. Air mata perlahan keluar. Dia sudah tidak dapat tahan lagi sebak dihati. Dia tahu semua orang kecewa terhadap dirinya.
Allahu. Apa aku buat ni. Tu isteri aku. Tu anak aku.
"Nawaf" panggil Shahirah dari belakang.
"Irah? Buat apa kat sini?" soal Nawaf.
"Kebetulan Irah lalu sini ternampak pula Nawaf. Nawaf buat apa kat sini sorang sorang?"
"Tak ada apa"
"Tipu. Nawaf mesti ada sorok apa apa kan?"
Satu keluhan berat dilepaskan. Dia seperti mahu menangis sepuas puasnya sekarang.
"Kalau ada apa apa, luah lah pada Irah. Irah boleh jadi pendengar yang baik" Shahirah tersenyum manis. Jelas wajah munafiknya.
"Audyna"
"Kenapa?"
"Nawaf tak sengaja tertolak Audyna. Dia ada kat hospital sekarang"
Tidak semena mena satu senyuman terpamir. Hatinya seakan puas mendengar perkataan yang keluar dari mulut Nawaf itu.
"Dia gugur?" soal Shahirah.
"I dont know" Wajah diraup. Dia menggeleng.
"Nawaf sabar lah. Mungkin ini ujian. Nawaf tak sengaja kan"
Wajah Nawaf berubah merah. Pilu hati mengenangkan kejadian itu. Sayu melihat air mata Audyna yang keluar saat menahan sakit malam itu.
"Terima kasih Irah. Nawaf minta diri dulu. Nak lawat Audyna" Nawaf bangun dari duduknya.
Shahirah berkerut dahi. Dia berfikir helah untuk menarik Nawaf supaya tidak pergi.
"Nawaf, sebenarnya.."
"Kenapa?" soal Nawaf. Shahirah suka hati kerana dapat menarik perhatian Nawaf. Tapi mukanya dikawal dengan baik.
"Irah ada masalah" Shahirah tertunduk. Bahunya terhenjut kerana mahu menangis. Mukanya ditutup.
"Masalah apa?"
"Pasal Azal. Arwah suami Irah"
"Kenapa?"
"Dia--"
Baru sahaja Shahirah ingin membuka cerita. Telefon Nawaf berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Nawaf, Audyna dah sedar. Datang hospital cepat" Ujar Encik Fadzul.
"Baik baba" akur Nawaf sambil mempamirkan wajah gembira.
"Irah, Nawaf kena pergi hospital. Audyna dah sedar" Nawaf beredar tanpa menunggu kata dari Shahirah.
Shahirah menggenggam penumbuk. Bodoh! Potong aku nak bercakap je.
Shahirah sudah seperti cacing kepanasan. Bila aku nak dapat duit ni kalau setiap kali nak minta je pasti ada halangan. Si samseng tu dah asyik mengungkit je.
**
Nawaf perlahan masuk kedalam bilik dimana Audyna diletakkan. Dia melihat Audyna terlantar di atas katil menghadap jendela bilik. Dia termenung panjang. Kehadiran Nawaf langsung tidak disedari.
Nawaf mendekati Audyna yang berwajah pucat itu. Matanya sembab kerana menangis. Allah. Bersalahnya apabila melihat keadaan isterinya begini.
Kandungan Audyna masih selamat dan tidak gugur.
Nawaf perlahan menyentuh bahu Audyna. Audyna menoleh. Tidak lama selepas itu, dia berpaling kembali kearah pandangan asal.
"Saya minta maaf" ucap Nawaf.
Audyna diam tidak bersuara. Dia sudah malas mahu berfikir hal yang akan menyakiti hatinya. Dia masih sakit dan tidak boleh lupakan kejadian dimana dia hampir kehilangan anaknya. Dia tidak boleh terima tingkah laku Nawaf yang berubah.
"Audyna" panggil Nawaf. Dia betul betul rasa bersalah akan sikapnya. Dia memang bodoh kerana mengikutkan hati dan perasaan. Dia tak boleh bayangkan kalau dia akan kehilangan anak.
"Kembalikan Nawaf saya yang dulu" Audyna mula bersuara.
Hati Nawaf tersentuh. Matanya sudah berkaca kerana menampung air mata.
"Kalau awak tak perlukan saya, saya faham. Sebab memang dari dulu saya yang terhegeh hegeh pada awak. Saya menyesal berusaha dapatkan awak kalau begini jalan cerita rumah tangga kita.." sayu suara Audyna. Dia turut mahu menangis.
"..Tapi saya mohon. Jangan bunuh anak saya" sambung Audyna dengan esakkan.
Nawaf tertunduk. Kata kata Audyna benar benar menyentapkan hatinya.
"Kalau awak dah tak sayang saya, saya rela kita berpisah lepas saya lahirkan anak kita. Saya tak sanggup dah hidup dengan penderitaan ni.."
"Audyna.." tangan Audyna dicapai lalu dicium.
"Saya minta maaf. Saya tahu sikap saya keterlaluan" ujar Nawaf. Airmata laju mengalir.
"Apa salah saya sampai awak sanggup buat macam ni Nawaf?"
"Cakap lah. Saya nak dengar penjelasan awak"
Nawaf menjelaskan kejadian malam dimana dia dipukul dan samseng yang memukul dirinya itu diupah Audyna.
Tangisan Audyna semakin teruk. Mulutnya ditutup. Begitu sekali dia difitnah?
"Kalau saya nak buat macam tu. Saya dah lama buat masa awak dengan Fasymin dulu" balas Audyna. Serta merta hal tentang Fasymin lalu difikiran dan hal itu membuatkan hati Audyna semakin terobek.
"Cepatnya awak percayakan orang lain Nawaf. Cepatnya awak bencikan saya. Cepatnya awak buang saya"
"Maaf" ayat itu diulang lagi oleh Nawaf. Dia memang bodoh. Kenapa dia tidak mendengar dahulu penjelasan Audyna? Kenapa dia mengikut hatinya yang sedang penuh dengan rasa amarah itu?
Nawaf meletakkan kepalanya diatas perut Audyna yang sedang terbaring lemah itu.
"Kalau boleh saya undurkan masa. Saya takkan buat awak macam ni. wife. Maafkan saya. Saya bersalah" Nawaf merayu kemaafan Audyna.
"Cakap boleh lah" jawab Audyna. Dia seperti sudah tidak berdaya mahu menanggung kesakitan yang dia rasa.
Nawaf sudah kehilangan kata kata. Dia hanya mampu diam kerana memang salah dirinya. Salah dirinya tak pedulikan perasaan Audyna. Salah dirinya mengikut telunjuk kemarahannya yang meruap ruap itu.
Dia membelai perut Audyna. Mujur anaknya selamat. Kalau tak, dia tidak akan memaafkan diri sendiri.
Audyna tidak berhenti menangis. Dia juga memerlukan masa untuk menenangkan hati yang sedih.
**
Shahirah menghentakkan tangannya diatas meja. Dia marah kerana kandungan Audyna masih selamat. Dia marah kerana Nawaf mahu berbaik semula dengan Audyna.
"Sepatutnya Audyna gugur supaya Audyna akan lebih bencikan Nawaf!" jerit Shahirah di dalam hati.
Tidak lama selepas itu, Shahirah tersenyum. Dia menuju ke laci meja lalu mendapatkan sebuah sampul. Dia membuka sampul itu. Senyuman semakin lebar sambil membelek beberapa keping gambar didalam sampul itu.
"Just wait and see" tukas Shahirah. Dia tergelak kecil. Memang dia sudah ditakdirkan untuk menang kan?
YOU ARE READING
Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔
RomantikC O M P L E T E ✅ Nawaf Qhaireez yang dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya. Cara dan gaya gadis itu tidak sama langsung dengan ciri ciri yang dimahunya. Banyak kali dia mencuba taktik supaya gadis itu meninggalkannya. Audyna Haszle...