Sebulan berlalu dengan cepat, Nawaf mendail nombor lalu membuat panggilan.
Tidak berjawab.
"Asyik tak jawab call je. Jangan sampai aku pergi rumah dia" rungut Nawaf lalu cuba menelefon lagi.
***
Fasymin menggenggam kepalanya yang terasa pening. Dia menelan liur. Tekaknya juga rasa terlalu mual. Macam nak muntah.
Tiba tiba tekaknya sudah tidak dapat menahan muntah yang mahu keluar, dia menuju ke singki bilik airnya. Segala apa yg terkandung dimulutnya tadi dikeluarkan sehingga dia lega.
"Aduh napa rasa tak sedap badan ni.." Fasymin menunduk kearah singkinya.
Kedengaran bunyi deringan telefon. Fasymin cepat menuju kearah itu.
Panggilan daripada Nawaf dijawab dengan segera.
"Hello sayang" Sapa Nawaf.
"Hello" jawab Fasymin.
"Awak pergi mana? Dah lama tak contact saya"
"Saya busy lah awak. Sorry"
"Oh. Kalau macam tu, jom keluar? Saya rindu nak jalan jalan dengan awak"
"Harini ke?" Soal Fasymin.
"Yelah sayang"
"Sorry biy. Saya tak boleh. Saya kurang sihatlah"
"Tak sihat? Nak saya amik awak pergi klinik tak?"
"Its oke. Saya taknak pergi klinik. Sakit sikit je" tolak Fasymin.
"Saya risaulah. Jomlah pergi klinik"
"Kan saya dah kata saya taknak. Kenapa nak paksa paksa?" Marah Fasymin. Sejak kebelakangan ni, dia memang cepat marah. Simptom apa ni?
"Em yelah. Jangan lupa makan ubat" Balas Nawaf.
"Oke. Bye" Fasymin menamatkan panggilan. Dia rasa bersalah kerana terlepas marah kat Nawaf tadi. Tapi dah memang emosi dia tak stabil.
Nawaf membuat muka pelik. Fasymin tak pernah tinggi tinggi suara kat dia. Em.
Fasymin langsung menelefon Arasy.
"Asy" Panggil Fasymin seperti mahu menangis.
"Kenapa you?"
"Datang rumah i please. I taksihat. I asyik nak muntah je" Adu Fasymin.
"You salah makan kot" Teka Arasy. Dengan mengeluh malas.
"I taktahu. Temankanlah i" rayu Fasymin.
"Okelah. I on the way" Ujar Arasy lalu mematikan panggilannya.
Fasymin memicit micit kepalanya yang sakit teramat.
***
"Macam mana you boleh sakit ni?" Soal Arasy sambil menggosok gosok belakang badan Fasymin.
Fasymin hanya mengenakan jumpsuit yang tidak mempunyai lengan. Kelihatan agak seksi.
YOU ARE READING
Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔
RomanceC O M P L E T E ✅ Nawaf Qhaireez yang dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya. Cara dan gaya gadis itu tidak sama langsung dengan ciri ciri yang dimahunya. Banyak kali dia mencuba taktik supaya gadis itu meninggalkannya. Audyna Haszle...