Shahirah keluar dari kedai lalu berjalan mahu kearah kereta Nawaf. Dia terasa seperti ada seseorang mengekorinya dari belakang. Shahirah lantas berjalan laju kerana hati jadi tidak tenteram. Tiba tiba tudungnya ditarik dari belakang.
Shahirah lantas menoleh. Matanya membulat memandang gerangan yang menariknya itu.
"Duit aku mana?" soal lelaki yang masih belum melepaskan tudung Shahirah.
"Macam mana kau tahu aku kat sini?" Shahirah cuba melawan. Akhirnya tudungnya dilepaskan oleh lelaki itu.
"Kau ingat aku tak tahu kau nak lari? Memang aku ikut kau sampai kesini" jawab lelaki itu.
"Aku dah cakap aku belum ada duit lagi. Kalau ada duit aku bayar lah"
"Berapa kali aku nak dengar alasan kau ni ha?" Kepala Shahirah ditolak kasar.
"Atau kau nak tanggung nasib sama dengan Azal?" sambung lelaki itu lagi.
"Tolong jangan. Aku mohon" rayu Shahirah mula cuak.
Dia kembali mengimbas saat kematian Azal, arwah suaminya itu. Peristiwa berdarah yang dia tak boleh lupa. Arwah Azal ditikam berkali kali dan dicampak ke dalam laut kerana berhutang.
Dia tidak mahu merasa perbuatan kejam lelaki jahat ini.
"Aku akan bayar duit kau. Tapi aku perlukan masa. Aku janji, aku akan bayar. Aku tak lari" pinta Shahirah dengan nada kasihan.
"Baik. Aku bagi kau masa lagi 2 bulan. Banyak kan masa aku bagi? Aku ni baik sebenarnya. Cuma kau tu suka amik kesempatan" tudung Shahirah kembali ditarik dan dicampak kuat kebelakang. Kepala Shahirah pening kerana dihayun kuat oleh lelaki itu.
"Aku janji aku bayar" Shahirah mengangguk berkali kali.
"Sekarang kau boleh pergi. Kekasih gelap kau tunggu kan? Aku tengok lelaki tu pun berada juga. Tapi tulah. Kau ni bodoh. Tak pandai nak amik kesempatan"
Shahirah hanya diam seribu bahasa. Riak Shahirah berubah.
***
"Mana Nawaf ni. Kata pergi bank. Yang lama sangat ni kenapa. Bina bank ke apa?" gumam Audyna sambil berjalan perlahan mengelilingi sofa diruang tamu.
Tiba tiba dia terdengar bunyi deruman kereta dari luar. Audyna lantas membuka pintu rumah itu lalu menyambut kepulangan suami.
"Wife tunggu ke?" soal Nawaf sambil masuk kedalam rumah. Shahirah pula mengekori dari belakang.
"Kenapa lambat balik?" soal Audyna berkerut dahi.
"Sorry. Irah yang buat lambat tadi. Bukan salah Nawaf" Shahirah cuba membela Nawaf.
Audyna hanya menjungkitkan keningnya. Wah. Sibuk nak membela ni dah kenapa.
"Ni Irah ada beli keropok. Jom makan sama sama?" ajak Shahirah cuba mengambil hati Audyna.
"Saya tak nak" Audyna hanya memandang Shahirah dengan riak sinis. Dia lantas membelakangi Shahirah dan berlalu menuju ke bilik.
"Sorry Irah. Audyna memang mood dia swing hari ni" ujar Nawaf meminta maaf.
"Tak apa. Kalau Naw--"
"Hubby. Temankan saya tidur" laung Audyna.
"Okay lah Irah. Nawaf masuk bilik dulu ya? Irah makan jela keropok tu" pamit Nawaf lalu beredar pergi.
Shahirah lantas mencampak plastik berisi keropok itu keatas sofa. Kaki dihentak kerana marah. Mulutnya terkumat kamit menyumpah seranah si Audyna.
"Mentang mentang Nawaf tu suami kau. Kau berlagak dengan aku kan" getus Shahirah perlahan. Matanya menjeling tidak puas hati.
"Kau tunggu lah nasib kau. Kau cabar aku kan. Kau tengok apa kau akan rasa nanti" Ugut Shahirah didalam hati. Bibirnya diketap kerana geram teramat.
***
Audyna berjalan laju kedalam bilik meninggalkan Nawaf. Sebaik sahaja Audyna berhenti. Bahu Audyna dipegang.
"Wife"
"Sejujurnya. Saya tak suka sepupu awak tu" Audyna cuba berterus terang.
"Apa salah dia sayang?" soal Nawaf.
Audyna tak tahu bagaimana dia mahu luahkan isi hatinya. Mimpi itu. Dia mahu Nawaf tahu akan mimpi yang dia alami itu.
"Saya tahu dia akan rosakkan rumah tangga kita" ujar Audyna, yakin.
"Apa sayang cakap ni? Tahu tak dia sepupu saya?"
"Jadi awak lebih sayangkan sepupu awak?" suara Audyna berubah menjadi sayu.
"Kenapa dengan awak ni? Cuba bagitahu saya apa salah saya. Kalau awak tak puas hati dengan saya. Jangan libatkan orang lain. Luahkan pada saya apa yang saya kena buat untuk awak. Tolonglah sayang.." Tangan Audyna dicapai.
"No bukan. Awak tak salah apa apa" Audyna terasa semakin sendu. Ya Allah. Aku nak sangat bagitahu Nawaf pasal mimpi tu. Tapi kenapa mulut aku terasa terkunci pula ni.
"Sudah tu? Awak tahu tak awak mengandung? Saya faham emosi awak akan berubah ubah. Saya cuba puaskan kehendak awak. Tak pernah sedikit pun saya mengeluh" Kepala Audyna dipegang agar mudah dia mahu memandang mata Audyna. Anak mata mereka saling bertentangan antara satu sama lain.
"Shahirah tu sepupu saya sahaja. Tak lebih. Kami rapat dari dulu. Saya tahu perangai dia. Tak kan lah dia nak rosakkan masjid yang kita bina ni" sambung Nawaf lagi.
"Saya yakin dia akan--" Audyna cuba mempertahankan apa yang mahu dia sampaikan.
"Tolong wife. Satu saya pinta dari awak, jangan ikutkan sangat hati awak. Jangan buat keputusan luar fikiran"
Audyna terdiam seribu bahasa. Air matanya perlahan lahan turun kepipi.
Nawaf lantas memeluk tubuh isterinya. Dia cuba untuk menenangkan keadaan.
"Saya sayangkan awak. Saya tak nak awak pergi dari saya. Tahu kan betapa susahnya saya dapatkan hati awak. Tahu kan betapa sukarnya untuk kita bina cinta kita sampai tahap ni. Tahu kan saya dan Qasyaf hampir mati?" luah Audyna dalam tangisan.
Serta merta kejadian dimana Audyna hampir mati untuk melahirkan anaknya, Qasyaf. Tersentuh hati Nawaf melihat betapa kuatnya Audyna bertahan.
"Saya takkan tinggalkan awak, wife" pelukan ditubuh Audyna semakin erat. Audyna terasa tenang mendengar kata kata dari Nawaf itu.
YOU ARE READING
Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔
RomantikC O M P L E T E ✅ Nawaf Qhaireez yang dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya. Cara dan gaya gadis itu tidak sama langsung dengan ciri ciri yang dimahunya. Banyak kali dia mencuba taktik supaya gadis itu meninggalkannya. Audyna Haszle...