Audyna menangis teresak esak atas kehilangan Qasyaf. Dia benar benar risau jika ada apa apa terjadi pada anaknya itu. Nawaf pula hanya menunjukkan muka tidak senang hati.
"Awak. Anak kita hilang. Mana kita nak cari dia" Audyna tersedu sedu sambil memandang Nawaf.
Nawaf mengerut keningnya. Dia membalas pandangan Audyna lalu melepaskan nafas berat.
"Ni semua salah awak. Kalau awak tak berlama lama kat kubur tu, Qasyaf takkan hilang. Tak payah nak menangis. Kalau awak menangis pun takkan pulangkan anak kita balik" Bentak Nawaf. Matanya merah. Dia benar benar marah dengan isterinya tika ini. Menangis je dia tahu.
"Saya tahu saya salah. Tapi saya tak duga Qasyaf akan hilang. Mana lagi dia nak pergi kalau dia tak kena culik. Siapa yang culik dia?" Balas Audyna. Turut marah akan Nawaf yang menyalahkan dirinya.
"Awak tanya saya kenapa? Awak ingat saya tahu ke?"
"Report polis"
"Belum 24 jam lagi. Kalau pergi sekarang pun. Polis akan cakap benda yang sama" Nawaf berpaling kearah lain.
"Saya risaukan Qasyaf. Saya takut apa apa jadi kat dia. Saya taknak dia cedera atau apa apa" Audyna kembali menangis. Dia mendekati Nawaf. Tubuh itu mahu dipeluk tapi Nawaf menolak tubuhnya agar dia jauh.
"Jauhi saya selagi tak jumpa Qasyaf" Nawaf beredar kebilik meninggalkan Audyna. Audyna meraup mukanya yang kian kusut.
"Memang salah saya" Ujar Audyna. Dia masih tidak mampu menahan air mata dari mengalir.
Tanpa berlengah, dia mencapai kunci keretanya. Dia memandu keretanya keluar dari kawasan rumahnya.
***
Audyna memandang sekeliling. Kelibat Qasyaf dicari bersungguh sungguh. Mana tahu Qasyaf ada di sekitar situ.
"Qasyaf. Mana Qasyaf pergi sayang. Mummy risau ni" Audyna masih mencari anaknya.
Audyna memberhentikan keretanya di tepi perhentian bas. Dia keluar dari keretanya lalu mula berjalan kaki.
Audyna menanya pemilik restoran di situ lalu menayang gambar Qasyaf kepadanya. Mana tahu dia nampak. Tetapi pemilik restoran itu menggeleng laju lalu meminta maaf. Dia tidak nampak Qasyaf di sini.
Audyna mengangguk faham lalu beredar disitu. Dia pergi ke kedai yang lain. Masih cekal bertanya orang orang disitu. Malangnya semua disitu langsung tidak terlihat Qasyaf.
Audyna menahan sebak didada. Dia pulang ke keretanya.
Kepala disandarkan di stereng kereta kepunyaannya. Air matanya mengalir begitu laju.
"Ya Allah. Qasyaf kat mana. Janganlah hilang macam ni. Mummy risau. Daddy pun sama" Rayu Audyna.
Dia langsung teringatkan kata kata Nawaf tadi. Dia mengaku ini semua salah dia. Dia tahu dia gagal jadi seorang ibu. Memang patut Nawaf marah akan dirinya.
Audyna mengelap air matanya. Dia meneruskan pemanduannya.
***
Qasyaf meronta mahu dilepaskan dari ikatan ditangan dan kakinya. Mulutnya juga di tutup dengan menggunakan kain.
Dia mahu menjerit sekuat hatinya. Tapi apakan daya. Dia tidak mampu melepaskan dirinya.
"Oi budak. Kau ingat kalau kau meronta ronta macam ni. Aku nak lepaskan kau ke?" ujar lelaki bertopeng kepada Qasyaf.
Qasyaf memandang lelaki itu tajam.
"Lepaskan Qasyaflah" jerit Qasyaf. Tapi itu semua hanya dilepaskan dihatinya sahaja.
"Kau ni bising betul lah" Lelaki itu menghampiri Qasyaf. Tangan dihayun mengena ke pipi Qasyaf. Qasyaf terbaring disitu.
Qasyaf diam. Dia hanya mampu menangis kesakitan ditampar kuat oleh lelaki itu.
"Bisinglah lagi kalau nak kena lagi teruk. Bengap. Kau sama je dengan orang tua kau. Padan muka korang" Lelaki itu perlahan membuka topengnya. Dia ketawa kuat.
"Aku dah cakap. Aku akan buat mak kau derita macam apa yang adik aku rasa" Firasy menoleh kebelakang. Dia berjalan perlahan kearah kerusi di sudut bilik itu.
Gambar Fasymin ditatap lama. "Sabar ye min. Tak lama dah ni"
Qasyaf menangis tidak berhenti. Sakit ditampar. Takut melihat kelakuan Firasy.
Firasy ketawa semakin kuat. Dia memandang Qasyaf sekilas. Kemudian dia gelak lagi.
***
Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Nawaf terbangun dari tidurnya. Dia melihat tempat sebelahnya. Audyna tiada disitu.
Nawaf lantas melihat sekeliling. Mana isteri aku ni.
Pantas dia keluar dari bilik. Setiap bilik diperiksa mahu memastikan Audyna ada dirumah. Tetapi batang hidung Audyna pun dia tak nampak.
Dia menuju ke luar rumah. Sah Audyna keluar. Keretanya tiada di garaj.
"Astaghfirullah. Mana pulak isteri aku ni. Takkan 2 pagi dia keluar kot" gumam Nawaf.
Dia masuk kedalam rumah lalu kunci kereta diambil.
"Ataupun. Dia memang dah keluar dari malam tadi. Tapi tak balik balik sampai sekarang. Ya Allah" Nawaf lantas masuk kedalam keretanya.
Nawaf memandu sambil memandang keluar tingkap. Puas dia mencari kereta Audyna di kawasan perumahannya. Tapi tetap tiada.
Dia masih memandu. Tiba tiba dia terlihat kereta Audyna di tepi jalan.
Nawaf menggeleng. Audyna kat sini? Dah lah jauh dari kawasan perumahan mereka. Jauhnya berjalan.
Nawaf keluar dari keretanya lalu menuju kearah kereta Audyna. Dia ternampak Audyna yang sedang lena tidur didalam keretanya.
Kereta diketuk mahu mengejutkan Audyna. Audyna tersedar apabila terdengar ketukan dari luar keretanya.
Audyna memandang Nawaf lalu pintu kereta dibuka.
"Wife. Awak pergi mana?" Tanya Nawaf sambil memeluk tubuh Audyna saat Audyna keluar dari keretanya.
"Cari anak kita" jawab Audyna dengan mamai yang masih bersisa.
"Kenapa cari sorang sorang. Kenapa tak bagitahu saya?" Nawaf meleraikan pelukannya.
"Sebab awak kata jangan dekat dengan awak selagi tak jumpa Qasyaf. Jadi saya carilah dia" Audyna menunduk tidak mahu memandang muka lelaki itu.
"Ya Allah sayang. Saya tak sangka awak buat betul betul. Tolonglah jangan buat macam ni. Saya taknak kehilangan keluarga saya. Qasyaf dah hilang. Kalau awak hilang sekali macam mana? Please wife. Awak tahu kan saya sayang awak? Nanti kita cari Qasyaf sama sama ya?" Nawaf memegang bahu Audyna.
Audyna masih menunduk. Dia sudah tidak mampu berbuat apa selagi Qasyaf tiada disisinya.
"Kenapa buat mummy macam ni Qasyaf. Susah tau mummy nak lahirkan Qasyaf. Tapi Qasyaf hilang pulak. Susah hati mummy ni sayang" gumam hati Audyna.
YOU ARE READING
Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔
RomanceC O M P L E T E ✅ Nawaf Qhaireez yang dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya. Cara dan gaya gadis itu tidak sama langsung dengan ciri ciri yang dimahunya. Banyak kali dia mencuba taktik supaya gadis itu meninggalkannya. Audyna Haszle...