Pulang sahaja kerumah, Audyna hanya melayan Nawaf nak tak nak je.
"Wife? Kenapa ni macam badmood?" soal Nawaf.
Audyna hanya diam membisu. Jelingan diberikan kearah Nawaf.
"Ala jeling pulak. Janganlah macam ni. Saya buat salah apa?"
"Awak ada sorok apa apa dari saya?" soal Audyna.
"Maksud awak? Mana ada saya sorok apa apa" Nawaf tidak mengerti yang Nawaf mahu sampaikan.
"Saya taknak awak tipu saya"
"Ya allah. Saya tak tipu awak. Kenapa ni sayang? Tell me"
"Fasymin pregnant. Dia pregnant anak awak" Ujar Audyna seolah olah sukar mahu meneruskan kata kata.
"What? Anak Saya? Pregnant?"
"Hubby, if awak buat. Please mengaku. Dia perlukan awak" Audyna menggapai tangan Nawaf.
"No! Tu bukan anak saya" Tangan Audyna direntap kasar.
"Audyna! Kenapa awak nak percaya cakap dia? Sedangkan dia pernah tikam belakang awak? Kenapa awak nak tuduh saya mengandungkan dia jugak? Awak tahu tak? Saya sentuh awak pun belum lagi. Takkanlah saya nak sentuh dia! Saya masih ingat dosa besar berzina. Saya kecewa bila awak takpercaya saya macam ni"
"Awak pun pernah tikam belakang saya" balas Audyna perlahan. Tiba tiba dia menangis.
Nawaf terdiam sambil memandang isterinya. Ya betul. Aku pernah tikam belakang dia jugak.
"Saya..mintak..maaf" ucap Nawaf sambil memeluk erat tubuh genit Audyna. Kepala Audyna diusap lembut.
"Dah dah jangan nanges. Saya tahu saya salah. Percaya saya, saya takkan pernah ulang kesilapan lalu tu, anak yang Fasymin kandung tu, bukan anak saya. Kalau awak masih takpercaya, saya sanggup tunggu keputusan DNA untuk tunjuk kat awak" pujuk Nawaf mahu Audyna berhenti menangis.
Audyna menggeleng.
"Saya percaya awak. Takyah buktikan apa apa" Audyna tersenyum manis. Nawaf menyeka airmata Audyna sambil membalas senyuman itu.
"Wife, kita honeymoon nak?" soal Nawaf.
"Buat apa?" tanya Audyna, lembut.
"Saje nak bawak sayang saya ni bercuti, jalan jalan" jawab Nawaf lalu mencuit hidung Audyna.
"Emm kat mana?" Audyna meletakkan jari telunjuknya didagu.
"Taktahulah. Sabah nak?"
"Nak nak nak" Audyna berasa teruja.
Nawaf hanya ketawa melayan karenah Audyna.
***
Esoknya, Nawaf memandu keretanya dengan tekun. Dia mahu berjumpa dengan Fasymin.
Dia menunggu kedatangan Fasymin di hadapan tasik. Tanpa disedari, Fasymin datang menghampirinya.
Seperti Audyna, Nawaf juga terperanjat dengan perubahan Fasymin ketika ini. Betul, Fasymin mengandung. Dia juga semakin berisi.
"Biy" panggil Fasymin sambil merangkul lengan Nawaf.
"Jangan panggil aku biy!" Bentak Nawaf. Dia merentap tangan Fasymin.
"Awak. Please jangan macam ni" sayu Fasymin."Apa? Kau dengar ni baik baik. Kau jangan reka cerita yang kau pregnant anak aku. Jangan sesekali. Kau jumpa isteri aku, siap kau! Kau carilah orang yg mengandungkan kau tu"
YOU ARE READING
Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔
Roman d'amourC O M P L E T E ✅ Nawaf Qhaireez yang dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya. Cara dan gaya gadis itu tidak sama langsung dengan ciri ciri yang dimahunya. Banyak kali dia mencuba taktik supaya gadis itu meninggalkannya. Audyna Haszle...