SAGAES 2K19 // 13

11.8K 537 84
                                    

Seminggu telah berlalu begitu pantas. Audyna sudah dibenarkan pulang ke rumah. Doktor menasihati Audyna agar berhati hati kerana kandungan Audyna tidak kuat.

Semenjak itu, lahir rasa kesal dalam hati Nawaf. Dia tahu, dia banyak menyakiti Audyna. Lagi teruk, Nawaf menyakiti perasaan Audyna.

Audyna yang amat tulus mencintainya.

Tapi dia telah menghancurkan hati Audyna. Audyna seperti dingin terhadapnya. Mungkin masih trauma kerana ditampar dan hampir gugur.

Audyna berjalan perlahan turun dari tangga mahu menuju ke dapur. Tekaknya agak haus jadi dia kedapur untuk mendapatkan air.

Nawaf yang ralit memotong sayur berpaling ke belakang apabila terdengar bunyi cawan.

"Wife.." Nawaf menghentikan kerja memotongnya lalu berjalan menghala kearah Audyna. Audyna sedikit mengundur.

"Hari ni biar saya masak. Awak rehat lah. Nanti saya hantarkan makanan untuk awak" Ujar Nawaf sambil memegang kedua dua bahu Audyna untuk menghadapnya. Dia memandang Audyna yang turut memandangnya. Masih jelas wajah takut pada riak Audyna.

"Wife, saya minta maaf. Tolong jangan takut dengan saya" sayu nada Nawaf. Dia mahu semuanya jadi sebahagia dulu. Dia tak mahu Audyna teragak agak seperti sekarang.

Audyna diam. Wajah Nawaf ditenung dalam dalam. Memang ada keikhlasan pada mata Nawaf.

"Saya faham sukar untuk awak lupakan perbuatan saya. Tapi sekarang saya nak jaga awak. Awak rehat dulu ya"

Audyna masih merenung Nawaf. Perlukah aku bagi peluang lagi?

Audyna perlahan mengangguk. Dia berlalu ke sofa untuk menonton tv. Audyna mengusap perutnya yang sarat itu. Lagi dua bulan sahaja dia bakal melahirkan. Dia teruja dengan kelahiran anaknya. Tapi, dia turut risau. Apakah nasibnya akan sama seperti dia melahirkan Qasyaf?

Nawaf meletakkan bubur ayam dan susu di atas meja. Kemudian, dia mendekati Audyna. Dia meletakkan tangannya diatas tangan Audyna yang sedang memegang perutnya itu.

"Saya tahu Allah akan permudahkan segalanya nanti sayang. Saya janji saya akan temankan awak bersalin. Biar saya sama sama rasa sakit awak melahirkan. Awak genggam lah tangan saya ni sekuat mana awak nak, wife" Kata Nawaf. Tangan Audyna dialihkan kemulutnya lalu dikucup mesra.

Hati Audyna tersentuh. Dia tersenyum nipis. Dia membawa tangan mereka dimulutnya pula. Tangan Nawaf dicium. Air mata membasahi pipi. Nawaf turut menangis.

Kemudian, Audyna memeluk leher Nawaf. Nawaf turut membalas pelukan Audyna. Terasa tenang sekali hatinya sekarang. Dia sudah lama tidak merasa kehangatan pelukan Nawaf.

"Maafkan saya, wife" ucap Nawaf dalam tangis. Dia turut bahagia dipeluk Audyna.

"Saya dah maafkan awak, hubby. Saya minta maaf sebab marahkan awak"

"Awak memang patut buat macam tu pun" pelukan dileraikan. Tangan Audyna lagi satu dicapai. Nawaf merenung mata Audyna lama.

"Lelaki dayus macam saya ni memang patut diajar. Saya tahu saya keterlaluan. Tapi, tolong jangan tinggalkan saya, wife"

Audyna diam. Mana mungkin dia akan meninggalkan lelaki yang amat dia cintai itu. Lelaki yang bersama berkongsi kasih dan sayang. Lelaki yang memberi seri dalam kehidupannya.

Mana mungkin dia akan membuang rasa cintanya terhadap lelaki itu. Kepala Nawaf dibelai lembut.

"Nawaf Qhaireez bin Muhammad Fadzul. Awak tak ingat ke saya ada cakap. Awak adalah cinta pertama dan terakhir saya. Saya dah bagi separuh jiwa saya untuk awak dengan harapan awak akan jaga betul betul. Saya percayakan awak"

Air mata Nawaf semakin laju meluncur dipipi. Syukur Ya Allah kau kurniakan aku isteri yang berhati nurani seperti ini.

"Sekarang wife, saya nak awak makan. Biar anak kita sihat. Kejap lagi Qasyaf dah nak balik. Mesti dia suka tengok kita dah jadi macam dulu" Ujar Nawaf sambil menyeka air mata Audyna.

[Video kat atas untuk menambahkan mood sedih anda]

Amacam sedih tak part ni? Korang nak tahu apa pula jadi? Keep voting dan follow saya ya. Drop your comment too.

Ha jap nak request. Nak 250 vote boleh? And nak 50 comment. Hehe!

Sampai je request tu. Saya akan pub lagi 2 chapter.

Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔Where stories live. Discover now