Bäb läpän

52.1K 1.2K 58
                                    

Mata Audyna pejam celik memandang televisyen. Kadang kadang kepalanya terlentok seperti mahu tidur.

Nawaf yang memandang lantas menggeleng kepala.

"kalau dah ngantuk tu. Pergi tidurlah. Nak tgok tv lagi buat ape?" ujar Nawaf menegur. Naik muak bila melihat aksi yg dilakukan Audyna.

"mana ada ngantuk" Nafi Audyna lantas membulatkan matanya.

"eh kau ingat aku ni buta ke tak nampak ape yg kau buat? Gi tidur sekarang" arah Nawaf, tegas.

Audyna mengerut kening. Lantas dia bangun dalam keadaan terpaksa. Dia mendengus geram.

"ha nak lawan. Bentak" Tukas Nawaf sambil tidak lepas memandang Audyna.

"mana ada" dia segera naik ke tingkat atas lalu masuk kebilik. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh anggota badannya.

Nawaf memulas tombol pintu bilik sambil kepalanya mengintai. Apa lah yg Audyna buat. Entah tidur entah tidak.

Dengan perlahan kakinya melangkah masuk kedalam bilik. Kelihatan sekujur tubuh yg berselimut diatas katil.

"lah tidur. Ingatkan degil sgt taknak tidur" ujar Nawaf sambil tersengih.

***

Selepas bersarapan, Audyna dan Nawaf bergegas ke hospital untuk menjemput puan Annesa memandangkan dia sudah boleh pulang harini. Perasaan gembira yang menebal dihati Nawaf sudah tidak dapat dikawal lagi. Begitu juga dengan Audyna.

Sepatutnya yang datang menjemput adalah encik Fadzul. Tetapi Nawaf meminta agar dia sendiri yang datang mengambil ibunya.

"ibu, nanti sampai rumah ibu jgn banyak fikir ya. Rehat je" Ujar Audyna sambil memandang puan Annesa.

"Ye. Dyna jgnlah risau. Lagipun ibu kan dah sihat. Kalau tak sihat mesti doktor tak bagi balik kan?" jawab puan Annesa sambil tersenyum nipis.

"Tak jugak ibu. Doktor kata kat Nawaf ibu belom sihat sepenuhnya. Tapi disebabkan ibu tak henti henti cakap kat doktor nak balik. Sebab tu lah ibu boleh balik. So ibu kena jaga kesihatan ibu. Jangan banyak fikir sampai stress" tegur Nawaf.

"Yelah. Ibu tahu kamu semua risaukan ibu" Balas puan Annesa sambil menggenggam tangan Audyna.

"Mestilah risau. Ibu kan ibu kandung Nawaf. Takde sape boleh ganti ibu" Bicara Nawaf sambil memarkir kereta kedalam garaj.

Audyna memimpin tngan puan Annesa masuk kedalam rumah.

"Kejap ye ibu. Audyna buat air" ujar Audyna.

Puan Annesa mengangguk perlahan sambil tersenyum.

"Nawaf sini duduk sebelah ibu jap" pinta Puan Annesa.

"ye ibu?"

"Ibu nak Nawaf jawab jujur ye soalan yg ibu nak tanya ni. Please?"

"Hm ape dia soalannya ibu?"

"Nawaf dah boleh terima Audyna ke?" Tanya Puan Annesa.

Nawaf menunduk. Terasa serba salah untuk menjawab. Kalau cakap belum. Takut ibu tersinggung. Kalau cakap dah. Sejujurnya hati dia belum dapat menerima Audyna. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Nawaf? Kenapa diam?" Tanya puan Annesa.

"Ibu. Susah Nawaf nak jawab. Nawaf sendiri takpasti apa yg Nawaf rasa" Ujar Nawaf.

"Em takpelah. Ibu just nak ckap kat Nawaf. Audyna tu baik orangnya. Jaga dia sebaiknya" Nasihat Puan Annesa sambil mengusap kepala anak lelakinya.

Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔Where stories live. Discover now