1. MENANGIS

893 34 0
                                    

"JANGAN, JANGAN, TOLONGGG!!" Seorang wanita bernama Haisa menjerit, menempik, melolong. Sudah bermacam-macam cara dia merayu kepada mereka. Dengan cara baik, cara halus dan bermacam-macam lagi cara tetapi semuanya tidak berkesan.

Apa yang dia mampu lakukan sekarang ialah menjerit meminta dilepaskan. Haisa berasa sangat takut, cemas, sedih, marah, geram dan benci!

Lelaki itu meninggalkan Haisa begitu sahaja bersama 3 orang rakannya yang tidak berperikemanusiaan. Perangai mereka menyerupai binatang yang tidak berakal.

Sanggup lelaki itu menghiraukan rayuan Haisa . Sanggup dia meninggalkan Haisa bersama manusia-manusia durjana. Sanggup dia membiarkan tubuh wanita itu dijamah oleh rakannya sendiri. Ya, dia kekasih Haisa. Kekasih yang membiarkan teman wanitanya dirogol oleh rakan-rakannya sendiri.

>>>>>>>>>>

Aku menangis lagi. Hidupku tidak akan lengkap tanpa tangisan. Aku menjalani hari-hariku dengan menangis. Air mata akan selalu menemani aku disaat aku sedih.

Dikala aku dicaci dan dihina oleh orang-orang kampung kerana ketidak sempurnaan aku, air matalah yang menenangkan aku sehingga aku tertidur di bawah pokok yang rendang dan mendamaikan.

"Aira! Aira sayang! Aira kat mana?" Suara seseorang mengejutkan aku daripada tidur yang lena.

"Nek, Aira kat sini." Aku menjawab perlahan. Nenek berjalan ke arah aku lalu memeluk tubuh kecilku.

"Ya Allah, Aira kena baling dengan batu lagi ke sayang?" Nenek bertanya dengan penuh simpati sambil meniup luka-luka di tangan aku.

"Nenek, kenapa orang kampung benci Aira nek? Apa salah Aira? Kenapa diorang jahat dengan Aira? Kenapa diorang maki Aira? Aira tak kacau diorang pun." Ujarku dalam tangisan yang teresak-esak.

"Tak mengapa Aira. Nenek ada. Nenek sayang Aira. Nenek tak akan jahat dengan Aira. Aira jangan risau ye?" Nenek memujuk aku.

"Nenek, kenapa Aira dilahirkan cacat? Kenapa muka dan kaki sebelah kiri Aira buruk? Kenapa Aira buta sebelah nek? Aira terseksa nek, terseksa." Aku bertanya dan terus bertanya kepada nenek.

Setiap kali aku menangis hanya inilah soalan yang akan aku ajurkan kepada nenek. Aku telah dilahirkan dengan muka dan kaki yang buruk disebelah kiri dan sebelah kanan pula sempurna seperti manusia biasa. Disebabkan muka dan kaki ini, orang kampung jijik melihat aku.

Apabila aku keluar bersiar-siar aku akan dilemparkan batu, ranting-ranting kayu dan juga sampah-sampah ditepi jalan kerana mereka tidak mahu aku mendekati mereka.

Padahal, aku langsung tidak mahu mendekati mereka yang kejam itu. Salahkah aku dilahirkan cacat? Adakah aku yang meminta untuk menjadi cacat? Adakah aku yang berdoa supaya aku dijadikan orang yang cacat? Adakah aku?

<<<<<<<<<<

Air mata mengalir keluar dengan perlahan-lahan. Haisa sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Tubuh badannya kini telah dijamah rakus oleh 3 manusia yang menyerupai binatang secara bergilir-gilir. Maruah wanita yang bernama Haisa telah tercemar.

Dia merenung tajam ke arah muka-muka manusia durjana itu. Air matanya masih lagi mengalir tetapi dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan kecuali dendam.

Ya, dendam.

'Aku akan membalas dendam! Aku bersumpah.

RATU ULARWhere stories live. Discover now