14. PERMULAAN

639 29 11
                                    

"Ikmal, kamu bawa Aira ni pusing-pusing kampung boleh? Nenek nak pergi tapi nenek tak larat. Alang-alang kamu ada kat sini kamu lah bawa." Ujar Nek Mah setelah pelukan dileraikan.

"Boleh nek. Ikmal pun tak buat apa-apa harini. Boleh juga jalan-jalan. Dah lama rasanya Ikmal tak jalan-jalan dalam kampung ni." Jawab Ikmal dengan senyuman yang tak lekang dibibir.

"Ha bagus sangat la tu. Pergi lah sekarang, kejap lagi dah petang." Arah Nek Mah sambil menghayun-hayunkan tangannya.

"Amboi menghalau nampak." Usik Ikmal lalu disambut dengan tawa Nek Mah. Aira turut ketawa.

"Ok la nek, kita orang pergi dulu ye." Kata Aira pula. Dia mencium tangan Nek Mah.

"Assalamualaikum." Perbualan mereka diakhiri dengan salam yang diberikan oleh Ikmal kepada Nek Mah. Mereka berdua melambai-lambai ke arah Nek Mah.

.....

"Piwit, awek ke mal?" Tegur seorang jejaka kampung yang sedang melepak dengan beberapa orang rakannya itu sambil memandang Aira atas bawah. Dia terseyum-senyum melihat Aira. Aira menjadi kurang senang dengan perlakuan lelaki ini. Gayanya seperti lelaki miang.

"Ish takda lah, dia orang baru kampung kita." Balas Ikmal menepuk-nepuk bahu lelaki itu.

"Saya Amir," lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil tangan dihulur mahu bersalaman dengan Aira. Senyuman masih lagi dibibir. Matanya juga masih liar melirik ke seluruh tubuh badan Aira. Aira hanya mendiamkan diri dan huluran salam tidak disambut.

"Wuuu." Rakan-rakan Amir mula mentertawakan Amir apabila hulurannya dibiarkan.

"Takpa lah, saya nak bawak dia pusing-pusing kampung ni. Korang pon balik lah duduk rumah. Takda faedah korang melepak kat sini." Ikmal mula meminta diri. Dia juga menasihati jejaka-jejaka yang mungkin sebaya dengan Ikmal.

"Naik moto dengan kami lah best, jalan kaki buat apa." Sampuk pula seorang jejaka yang berada disitu.

"Assalamualaikum." Ikmal mengarahkan Aira untuk dia berjalan dahulu melalui pandangannya. Aira yang mengerti akan pandangan itu terus berjalan dan diikuti Ikmal.

"Si Cantik, taknak minta nombor saya ke?"

"Ala, sombong la Si Cantik ni."

"Abang Amir kena reject, kesian Abang Amir."

Masih lagi terdengar jeritan lelaki-lelaki miang itu. Ikmal dan Aira hanya meneruskan langkah mereka. Semakin lama mereka semakin menjauhi sekumpulan lelaki miang itu.

"Awak jangan layan mereka semua tu, gatal." Ujar Ikmal membuka bicara setelah lama mereka berdiam diri.

Aira hanya tersenyum.

Didalam hatinya, dia rasa sangat gembira kerana dia sudah dapat mangsa pertamanya. Amir. Bukan dia tidak kenal dengan sekumpulan jejaka tadi. Aira tiba-tiba teringat akan kisah lamanya.

Ketika itu, dia hanya berumur 10 tahun. NeK Mah meminta Aira ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumahnya untuk membeli beberapa barang dapur. Setelah selesai membeli, Aira berjalan pulang ke rumahnya. Tiba-tiba, satu batu sebesar tapak tangan hinggap tepat di pipi Aira. Aira terkejut dan dia terlepas barang-barang yang dibelinya tadi. Ianya hanyalah roti, minyak masak dan telur. Habis pecah telurnya. Aira menangis kesakitan. Tiba-tiba, satu lagi batu hinggap di tempat yang sama. Aira terduduk. Dia menangis memanggil-manggil neneknya.

Sekumpulan budak nakal yang membaling batu pada Aira itu mula menghampiri. Mereka menaiki basikal. Barang-barang yang dibeli oleh Aira mereka pijak dengan basikal kecil mereka. Plastik minyak pecah. Minyak tersebut terpercik dan terkena Aira. Aira bangkit dan berlari perlahan ke arah rumahnya yang tidak berapa jauh. Tetapi kerana kakinya yang cacat dia tidak bisa lari dengan laju.

Amir mengayuh basikalnya menuju ke arah Aira lalu dia menendang Aira sehingga Aira jatuh tersungkur. Mereka ketawakan Aira. Dan mereka terus pergi dari situ. Aira bangun dengan perlahan-lahan. Dia masih lagi menangis. Banyak darah mengalir dari tubuhnya.

Malam itu, Aira dan neneknya tidur dalam kelaparan dan tangisan.

"Aira!" Sergah Ikmal. Bahu Aira terhinjut kerana terkejut.

"Hahahaha, buruknya muka awak." Ikmal ketawa. Dia memegang perutnya sambil menepuk-nepuk pahanya. Aira memandang Ikmal pelik. Apa yang lawak sangat?

Aira hanya memandang muka Ikmal yang sedang ketawakannya tanpa secalit senyuman. Handsomenya Ikmal. Mukanya bersih tanpa jerawat dan minyak pon. Orangnya berkulit kuning langsat. Hidung mancung. Mata bulat. Dan yang paling menarik perhatian Aira, dia mempunyai sekumis janggut yang menampakkan Ikmal sangat comel.

Ikmal berhenti ketawa apabila dia perasan bahawa Aira sedang merenungnya. Dia memandang Aira. Mata mereka bertembung. Mereka terkaku, kelu tak berbicara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 17, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RATU ULARWhere stories live. Discover now