6.RATU

591 39 1
                                    

>>>>>>>>>

Aira pov ;)

"Nenek nak bawak aira pergi mana ni?" Soalku sambil memandang keadaan sekeliling yang gelap-gelita.

Nenek hanya mendiamkan diri. Dia menarik lenganku supaya berjalan lebih laju. Kami berdua berada di hutan hujung kampung. Aku tidak tahu apa tujuan kami disini tetapi aku hanya membontoti langkah nenek.

Nenek memegang kemas lenganku dan melajukan lagi langkahnya. Aku tidak dapat mengimbangi diri lalu aku terjatuh di situ.

Nenek memandangku dengan rasa simpati tetapi dia langsung tidak membantuku.

"Wahai Raja Ular, aku tinggalkan hakmu disini. Engkau jagalah dia sebaik mungkin." Nenek berkata seorang diri sambil memandang sekelilingnya.

"Aira, nenek terpaksa tinggalkan kamu disini ya nak. Nenek sayang kamu tetapi kamu bukanlah hak nenek. Nenek sayang kamu." Lalu nenek pon berlalu pergi.

"Nek, nek. Jangan pergi nek. Tunggu Aira. Kaki Aira sakit nek." Aku menghamburkan tangisku. Aku mencapai kakinya seraya itu aku memeluknya kemas.

Sssrrrr.

Nenek kelihatan sedikit terkejut dengan bunyi itu. Dia terus menyepak badan aku sehingga terlepas genggaman tanganku dari kakinya. Sampai hati nenek. Dia terus berjalan selaju yang mungkin meninggalkan aku bersendirian.

Aku menangis teresak-esak dengan kepergian nenek. Aku sangat terkilan. Adakah aku ini membebankannya? Adakah aku memalukannya? Dia sudah tidak mahu menjagaku?

Aku mengesot perlahan-lahan ingin mengejar nenek yang masih lagi nampak bayangnya dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir.

Hatiku begitu sakit. Sakit yang amat. Sanggup nenek membiarkan aku begini.

Ssssrrrrr.

Bunyi itu kuat menggegarkan seluruh hutan. Badanku mula menggigil. Aku sudah tidak mampu untuk bergerak lagi. Bayang nenek juga sudah tidak kelihatan. Aku takut!

"Aira" aku terdengar seperti seseorang memanggilku. Secara automatik aku memusingkan mukaku kebelakang. Dan terlihat la dua pasang butir mata yang bersinar sedang menuju ke sini.

Ianya bukanlah manusia tetapi ular. Ya, ular! Ular yang membelitku petang tadi. Kenapa aku harus bertemu dengannya lagi.

Ular itu laju mendekatiku. Badan aku mula menggigil ketakutan. Bukan takut kena patuk tetapi aku takut ular itu akan bertukar wajah manusia.

Ternyata tepat sangkaanku yang ular itu akan bertukar wajah tetapi kali ini bukan sahaja wajahnya yang bertukar malah seluruh badannya juga. Badannya sangat tegap seperti seorang pahlawan.

Dia menghulur tangannya untuk membantu aku bangun. Aku masih lagi terkaku disitu dengan badan yang menggeletar.

"Aku ialah Raja Rayen, raja dihutan ini." Ular itu memperkenalkan dirinya.

"Engkaulah ratu yang selama ini aku cari. Marilah dikau pulang ke istana. Maka dengan itu aku akan mengubah wajahmu menjadi cantik, secantik bidadari."

Aku memandang wajahnya dengan tidak percaya. Aku ratu? Benarkah? Dia akan mengubah wajahku?

"Ya, engkaulah ratu. Aku juga akan menjadikan wajahmu cantik." Ujarnya lagi seakan-akan mendengar kata hatiku.

"Tetapi dengan satu syarat."

"Apa syaratnya?" Setelah sekian lama mendiamkan diri akhirnya aku mengeluarkan suara.

"Kau harus mendampingiku sehingga akhir hayatmu."

<<<<<<<<

Zaki termenung sendirian ditingkap biliknya sambil menghisap puntung rokok. Dia memandang jauh ke langit memikirkan masalah yang mendatang.

Sejak akhir-akhir ini dia selalu terjumpa dengan anak ular hitam berkeliaran dihalaman rumahnya. Padahal rumahnya tidaklah ada semak samun sehingga menarik perhatian ular-ular untuk berkunjung. Sekarang juga bukan musim hujan, musim untuk ular mencari tempat perlindungan.

Sedang leka Zaki termenung tiba-tiba dia terdengar seperti bunyi ular dibelakangnya.

Ssssrrr.

Zaki memusingkan badannya dan...

Bumpp!!

Tingkap tertutup dengan sendiri. Nak kata angin, sejak dari tadi lagi dia berdiri disitu tidak ada pula angin yang kuat datang menerpa.

Sssrrrr.

Bulu roma Zaki mula mencacak apabila dia ternampak satu susuk manusia. Manusia yang berkepala ular! Selangkah demi selangkah lembaga itu mula mendekati Zaki.

Zaki menolak tingkap yang berada dibelakangnya untuk melarikan diri. Malangnya pintu itu seperti telah dikunci rapat dari luar. Dia pun tidak tahu bagaimana, tetapi itulah realitinya.

Zaki memandang kebelakang dan ular itu betul-betul berada dihadapan matanya.

****
Disini bermulanya kisah hidup baru Aira dan bermulanya sesi pembalasan dendam Haisa. Kalau nak faham, jangan miss satu bab pon tau ;)

Kalau korang rasa story ni best,vote and comments tau. Dengan vote and comments korang, sis rasa lagi bersemangat nak update. But if you think something  tak kena dengan story ni, contoh cara penulisan tu memboringkan, ayat tak betul or what tolong tegur sis. Sis akan betulkan. Keep supporting and dont forget to vote, my readers ;)

RATU ULARWhere stories live. Discover now