>>>>>>>>>>
"Aira? Aira nak pergi ke mana tu?" Suara lembut nenek menyapa ke telingaku.
"Aira nak pergi ke danau hujung kampung sana. Sudah seminggu Aira terperap di dalam rumah sahaja, bosan la nek. Takpa, nenek jangan risau sebab Aira dah selalu pergi sana."
"Nenek risau kalau orang-orang kampung baling batu lagi dekat Aira. Nanti jadi apa-apa lagi macam mana?" Tanya nenek dengan riak wajah yang risau.
"Kalau diorang baling batu Aira lari la." Jawab aku selamba berserta tawa halus. Tawa yang menunjukkan kesakitan. Aku tidak bisa berlari kerana kakiku yang buruk ini. Ianya akan menyebabkan kerekahan pada kulit kaki aku dan akan berdarah teruk.
Nenek mengeluh perlahan.
"Ala, nenek. Boleh la? Aira janji akan menyorok kalau Aira jumpa diorang."
Aku mengangkat jari kelingkingku."Ha yela yela" nenek tersenyum mesra apabila melihat aku terlompat-lompat kegembiraan.
<<<<<<<<<<
"Berita baik,Puan Haisa" ucap doktor sambil tersenyum mesra.
"Maaf, saya Cik Haisa bukan puan. Saya belum kahwin lagi." Aku membalas senyuman doktor itu. Aku bernasib baik kerana doktor itu ialah doktor perempuan. Aku sudah fobia ingin bertemu dengan manusia yang berjantina lelaki.
Selepas kejadian hitam itu, aku langsung tidak keluar dari rumah. Jika ada rakan-rakan lelaki ibuku melawat ke rumah, aku akan terus mengurungkan diri di dalam bilik. Aku tidak mahu berjumpa dengan lelaki! Hati aku sakit!
"Hah? Maafkan saya cik Haisa. Ini bukan berita baik" muka doktor itu terus berubah.
"Saya tak berapa faham la doktor. Boleh doktor terus-terang sahaja?" Ujarku dengan kening berkerut.
"Cik me..me..mengandung."
DUM!!!
Seperti ada batu besar menghempap badan aku. Hatiku berdebar. Tangan bergetar. Lidah terkelu. Air mata mengalir laju.
Aku sudah menjangka tentang hal ini kerana akhir-akhir ini aku selalu pening-pening dan muntah. Tetapi aku tidak dapat menerima realiti ini.
Anak ini adalah benih salah seorang manusia durjana yang telah merogolku.
Aku meraung tanpa rasa malu didepan doktor yang tertera nama Delima di nametag nya. Hatiku kini terasa bagai disiat-siat. Otakku pula terasa mengembang seperti belon lalu meletup, bom!
Bagaimana aku ingin menghadap ibuku? Apa perasaan ibuku? Apakah ibu akan menerima aku sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan orang-orang kampung? Apa kata mereka apabila aku mengandung tanpa menikah?
Segala spekulasi singgah di kepalaku. Aku mula berasa pening yang amat. Tiba-tiba segala-segalanya menjadi gelap.
YOU ARE READING
RATU ULAR
Mystère / ThrillerRayuan Haisa dihiraukan. Tangisan Haisa dipekakkan. Raungan Haisa dibiarkan. Haisa telah dikhianati oleh kekasihnya sendiri. Akhirnya terbit perasaan dendam didalam hati Haisa. Sehingga dia bersumpah akan membalas dendam terhadap mereka. Apakah yan...