Nek Mah pov ;)
Aku terasa seperti darahku terhenti apabila mendengar keterangan Aira sebentar tadi. Badan sedikit menggeletar.
Rupanya mimpi aku selama ini bukan sekadar mimpi. Ianya kenyataan!
Aku tersesat seorang diri di dalam hutan yang gelap gelita. Aku memandang sekeliling sehingga aku ternampak seekor ular yang besar, sebesar badanku menuju ke sini. Aku berlari.
Tiba-tiba ular tersebut bertukar menjadi manusia yang cukup sifatnya, tiada cacat cela dimana-mana pun. Dia membuka bicara "Aira milik aku"
Aku terbangun dari tidurku dengan nafas yang tercungap-cungap. Peluh didahi mengalir ke pipi.
Pada mulanya aku tidak mengesyaki apa-apa tapi semakin hari semakin kerap aku bermimpi tentang ular itu. Semuanya sama kecuali kata-kata ular itu. Ia sering mengugutku.
Patutkah aku membawa Aira kepada ular itu? Apakah yang akan terjadi pada Aira? Aku keliru.
Aku terpandang ke arah tingkap yang ditutupi dengan langsir lusuh apabila aku terlihat sesuatu yang bersinar. Aku ternampak ular besar itu. Mukaku kembali pucat.
......
"Nek? Nek?!" Aira menguatkan suaranya apabila Nek Mah tidak mengendahkannya.
"Hah, ye ye?" Bahu Nek Mah terangkat kerana terkejut.
"Nenek berangan apa? Sampai nasi pon tak terusik."
"Em em, Aira kamu bukan hak nenek. Kamu kena pergi dari sini" Ujar Nek Mah.
"Aa..apa? Apa maksud nenek?" Aira bertanya dengan dahi yang berkerut
"Aira makan cepat-cepat, kita kena gerak sekarang." Nek Mah mempercepatkan makannya.
"Pergi mana nek?" Tanya Aira perlahan kerana masih tidak mengerti dengan apa yang telah berlaku.
"Makan je lah dulu! Banyak songeh pula." Nek Mah menengking Aira.
Aira terkejut lalu dia menundukkan mukanya ke bawah dan memulakan suapannya bersama tangisan kecil. Neneknya tidak pernah memarahi dia, tetapi kali ini Nek Mah menengking Aira hanya kerana dia bertanya satu soalan.
<<<<<<<<<<
Haisa pov;)
Di dalam kegelapan yang semakin menghitam seperti jiwaku ini, aku bersama anak haram yang dikandungku berjalan terkedek-kedek. Kami menuju ke sebuah rumah yang sedikit tersorok dihujung kampung.
As what you think, itu ialah rumah bomoh. Bukan calang-calang bomoh. Bomoh ini bomoh pembunuh. Dan kerana inilah aku rela redah kegelapan seorang diri menuju ke rumahnya.
Di dalam hutan yang gelap langsung tidak bercahaya kerana cahaya bulan telah dilitupi oleh pokok-pokok yang tinggi itu, terdapat sebuah rumah kayu yang tampak usang tetapi besar.
Kreokkk!Bunyi tangga yang dipijak olehku memecahkan kesunyian.
Ssssrrrr.
Bulu roma aku mencacak apabila terdengar bunyi aneh itu. Aku melajukan langkah menaiki anak tangga yang kukira ada lima. Aku mengangkat tangan untuk mengetuk pintu tetapi belum sempat apa-apa, aku mendengar suara dari dalam rumah tersebut.
"Masuk cepat." Nadanya perlahan tetapi sungguh menyeramkan. Laju aku berjalan menuju ke arah bomoh itu. Aku duduk bersila di hadapan bomoh wanita yang dikenali sebagai Acikwang.
"Aku sudah tahu apa hajatmu kemari. Jadi apa jenis hantu yang kamu mahukan?" Tanyanya sebelum sempat aku membuka mulut untuk memulakan bicara.
"Apa saja Acikwang. Asalkan saya dapat membalas dendam dan saya ingin membunuh mereka yang durjana itu dengan cara yang paling kejam sekali." Ucapku dengan sekali hembus dan dada yang dipenuhi dendam kesumat.
"Tiada masalah, Ratu..Haisa"
YOU ARE READING
RATU ULAR
Mystery / ThrillerRayuan Haisa dihiraukan. Tangisan Haisa dipekakkan. Raungan Haisa dibiarkan. Haisa telah dikhianati oleh kekasihnya sendiri. Akhirnya terbit perasaan dendam didalam hati Haisa. Sehingga dia bersumpah akan membalas dendam terhadap mereka. Apakah yan...