"Nama kamu siapa?" Soal Nek Mah memecahkan kesunyian antara dia dan gadis itu. Ketika gadis tersebut sedang mandi Ikmal telah pulang ke rumahnya yang tidak berapa jauh dari sini.
"Ai.. Err sa..saya tak ingat." Jawab gadis tersebut sambil memicit-micit dahinya dengan mata terpejam.
"Huhh.." Keluh Nek Mah perlahan. Dia juga pening memikirkan gadis itu. Entah dari mana datangnya. Tiba-tiba sahaja pengsan di halaman belakang rumah. Dengan baju yang terkoyak rabak, muka yang pucat. Jadi kasihan pula dengan gadis malang itu.
"Kalau macam tu, nenek panggil kamu...Aira," ujar Nek Mah dengan senyuman yang dibuat-buat. Dia sebenarnya rindukan cucunya yang seorang itu. Sudah lama dia meninggalkan cucunya itu. Entah bagaimana lah nasib Aira sekarang. Mungkin sudah tiada dimuka bumi lagi.
Gadis yang diberi nama panggilan sebagai 'Aira' itu hanya menunduk sayu. Matanya tajam memandang meja.
Mereka berdua hanya mendiamkan diri. Melayan perasan. Akhirnya Nek Mah bangkit dari duduknya dan dia bersuara, " Kejap ye, nenek buatkan air untuk Ai..ra," dia pun berlalu pergi ke dapur meninggalkan Aira sendirian.
Aira terseyum sendiri.
'Aira juga rindukan nenek tetapi nenek yang buat Aira jadi seperti ini. Sekarang nenek perlu terima balasannya.' Monolognya didalam hati. Gadis ini boleh membaca fikiran Nek Mah kerana dia ialah Aira. Ratu Aira.
>>>>>>>
Keesokan hari,
Aira duduk di pangkin kecil bawah pokok rambutan. Dahulu pangkin ini tiada disini. Dipandang sekelilingnya. Sangat damai walaupun banyak pokok.
Tiba-tiba dia nampak seseorang keluar dari rumah yang berdekatan dengan rumahnya. Rumah itu memang sejak dahulu lagi ada disitu tetapi tidak berpenghuni. Sekarang pula sudah dihuni.
Semakin lama gerangan itu semakin mendekati. Ikmal. Rupanya Ikmal baru menetap disitu. Patutlah dia tidak ingat akan Ikmal.
"Hai awak, kenapa tenung saya?"
Terkejut Aira apabila Ikmal sudah berada di hadapannya. Dia terus pandang ke tempat lain.
"Awak buat apa kat sini? Dah ok ke?" Soal Ikmal memulakan perbualan.
"Err, saja ambil angin." Jawabnya sepatah.
"Em, nama awak siapa eh?" Tanya Ikmal lagi.
"Panggil Aira. Nenek bagi nama." Ujar Aira sambil mengukirkan senyuman manis buat Ikmal. Ikmal terpana, cantiknya ciptaan tuhan. Dia memandang Aira lama. Ditenung muka itu. Cantik. Matanya berwarna coklat cerah, hidung pula mancung, bibirnya mungil tetapi pelik. Ya pelik, ada sesuatu yang pelik pada Aira.
"Kenapa tengok saya macam tu?" Tanya Aira apabila mukanya ditenung lama oleh Ikmal. Dia juga tidak sedap hati kerana Ikmal terasa pelik dengannya. Jangan-jangan Ikmal tahu tentangnya. Tetapi tidak mungkin, dia baru sahaja berpindah, bahkan dia tidak kenal Aira yang lama. Mungkin dia pelik kerana aku datang dengan tiba-tiba. Mungkin.
Ikmal hanya tersenyum malu. Dia masih lagi memandang Aira. Tiba-tiba...
"Eh Ikmal, kenapa tak masuk," Nek Mah menegur Ikmal sambil memakai selipar. Ikmal terus berdiri dan menunggu Nek Mah datang menghampirinya.
"Ni haa, Ibu kirimkan bihun goreng untuk nenek dan orang baru." Dia mengangkat bekas makanan yang dibawanya. Aira melihat ke arah bekas itu. Tidak perasan pula tadi.
Nek Mah menyambut bekas makanan itu dan dia berterima kasih kepada Ikmal.
NeK Mah melabuhkan punggung di sebelah Aira. Bekas makanan yang dipegang diletakkan ditepi. Dia memandang Aira.
"Kamu memang tak ingat apa-apa?" Tanya Nek Mah dengan tiba-tiba. Ikmal yang tadinya berdiri juga sudah duduk di sebelah Aira. Ingin tahu kisah Aira.
"Saya.. Tak ingat apa-apa buat masa sekarang." Aira hanya menundukkan wajahnya. Perlahan-lahan air matanya jatuh ke pipi. Dia sengaja buat begitu kerana ingin meminta simpati daripada Nek Mah. Ini adalah sebahagian daripada rancangan.
"Maafkan saya, saya dah menyusahkan korang semua. Saya minta maaf. Saya janji bila ingatan saya dah sembuh saya akan pergi dari sini." Dia menangis teresak-esak. Mukanya ditutup dengan kedua-dua belah tangannya. Nek Mah dan Ikmal bersimpati melihat Aira berkeadaan sebegini.
"Aira, jangan nangis. Nenek cuma tanya sahaja. Kalau ingatan kamu dah pulih sekalipun, kamu masih boleh tetap tinggal disini, Aira sayang." Pujuk Nek Mah. Dia memeluk tubuh Aira. Rindu pada cucunya mula timbul.
Aira mengelap air mata. Dia tergelak sendiri.
"Maaf, Aira teremo pula."
"Takpa lah, nenek faham." Kata nenek tersenyum manis seraya itu dia terus memeluk Aira.
YOU ARE READING
RATU ULAR
Mystery / ThrillerRayuan Haisa dihiraukan. Tangisan Haisa dipekakkan. Raungan Haisa dibiarkan. Haisa telah dikhianati oleh kekasihnya sendiri. Akhirnya terbit perasaan dendam didalam hati Haisa. Sehingga dia bersumpah akan membalas dendam terhadap mereka. Apakah yan...