<<<<<<<<
Hisyam gelisah. Selepas dia duduk dia bangun semula dan berjalan kehulu-hilir, selepas itu dia duduk kembali. Dia seperti cacing kepanasan. Banyak kali dia mengulangi perkara itu. Motifnya pula tidak tahu mengapa.
"Engkau kenapa Syam? Mak tengok kau dari tadi lagi tak reti duduk diam." Mak Hisyam yang perhatikan perlakuan Hisyam itu akhirnya bertanya.
"Tak ada apa lah mak." Hisyam terus berlalu menuju ke dalam biliknya. Muka Hisyam masih lagi seperti tadi.
Hisyam merebahkan tubuhnya di atas katil bujang. Tangannya diletakkan di atas dahi. Dia masih lagi teringatkan kejadian malam semalam. Rupanya, satu-persatu rakannya mati dibunuh oleh wanita itu.
Do re mi fa so la ti do
Telefon milik Hisyam berdering menandakan masuk panggilan dari seseorang. Hisyam memaki hamun pemanggil itu kerana mengganggu tidurnya. Dia menekan punat hijau tanpa melihat nama pemanggil.
"Hello?"
"Syam, tolong aku syam. Dia nak bunuh aku syam." Kedengaran suara pemanggil seperti dalam ketakutan dan kesakitan.
Hisyam melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya. Kamal. Siapa pula nak bunuh Kamal ni?
"Hello Mal, siapa nak bunuh kau? Kau kat mana ni?"
"Aaaaarrrrrggghh..."
"Hahahahhaha kau rasakan. Kau silap perhitungan dengan orang la. Ni Haisa la Haisa. Hahahahaha." Selepas Kamal menjerit, terdengar pula suara seorang wanita yang sangat dikenali Hisyam. Hisyam tersentak. Rupanya Haisa yang membunuh rakan-rakannya.
"Sssrrr, lepas ni giliran kau Hisyam." Hisyam terkejut lalu dengan tidak sengaja dia melempar telefonnya ke dinding. Habis berderai telefon buruknya itu. Malam itu Hisyam langsung tidak boleh tidur kerana memikirnya hal itu.
Hisyam masih lagi berfikir. Dia berasa sangat risau. Akhirnya dia tertidur dalam kerisaun.
.....
"Hisyam"
"Hisyam"
Hisyam tersedar dari lena apabila terdengar namanya dipanggil dengan cukup lembut sekali. Risau yang tergendela kerana dia terlena sebentar tadi kembali bersarang di dalam hati.
"Hisyam aku dah datang" bisik suara itu lagi. Hisyam menjadi tidak keruan. Dia tercari-cari siapakah pemilik suara tersebut.
"Hisyam."
"Hisyam."
"Hisyam." Namanya dipanggil berterus-terusan. Hisyam menutup kedua belah telinganya sambil tercari-cari suara tersebut.
"Engkau nak apa?! Pergi! Pergi!" Hisyam menjerit sekuat hati.
"Tolong la tolong, jangan kacau aku Haisa." Hisyam merayu-rayu sambil mengalirkan air matanya.
"Jangan ganggu aku! Pergiiiii!" Dia menjerit lagi. Selepas itu dia menangis kembali. Lagaknya seperti orang hilang akal.
Hisyam tiba-tiba terbayang detik-detik kematian rakan-rakannya. Dia melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana semua rakan karibnya dibunuh oleh Haisa. Haisa sengaja mahu permainkan mindanya.
Hisyam meraung-raung memanggil nama rakan-rakannya yang sudah dijemput ajal."Engkau bodoh Haisa! Engkau bodoh!" Dia menjerit dengan lantang sambil memandang sekeliling kerana dia masih tidak nampak muka Haisa. Walaupun Hisyam menjerit, meraung tetapi hal itu seperti tidak disedari oleh ibunya yang juga tinggal di dalam rumah tersebut.
"Siapa bodoh?! Aku ataupun engkau?! Engkau bodoh Hisyam! Engkau silap membuat perhitungan!"
Suara itu laju menerjah ke dalam saluran telinga Hisyam. Telinganya mula berdarah. Hisyam masih lagi menutup telinganya walaupun darah mengalir laju. Tiba-tiba Hisyam ternampak kelibat seseorang berdiri di hadapan pintu biliknya. Seorang yang berambut panjang. Bukan. Itu bukan rambut. Itu adalah ekor. Hisyam tergamam. Kelibat itu perlahan-lahan mendekatinya. Akhirnya, Hisyam dapat melihat susuk tubuh kelibat tersebut.Tidak seperti yang dijangkakan. Itu bukanlah Haisa tetapi itu ialah Kamal yang mulutnya telah dirobek, sebelah biji matanya terkeluar. Tiba-tiba wajah itu bertukar menjadi muka yus yang mengerikan dan bertukar menjadi muka zaki pula. Wajah makhluk tersebut bertukar-tukar, berupa wajah rakan-rakannya yang sudah meninggal dunia.

ANDA SEDANG MEMBACA
RATU ULAR
Mystery / ThrillerRayuan Haisa dihiraukan. Tangisan Haisa dipekakkan. Raungan Haisa dibiarkan. Haisa telah dikhianati oleh kekasihnya sendiri. Akhirnya terbit perasaan dendam didalam hati Haisa. Sehingga dia bersumpah akan membalas dendam terhadap mereka. Apakah yan...