>>>>>>>>>>
Sekujur tubuh terbaring di tepi jalan. Beberapa orang yang melalui jalan itu langsung tidak menolong gadis tersebut. Apabila mereka melihat gerangan siapakah yang terbaring di jalan itu mereka terus berlari ketakutan.
Tiba-tiba ada seekor ular yang berwarna kekuningan ataupun lebih tepat keemasan. Ular itu mendekati gadis yang sedang terbaring itu. Dan gadis tersebut ialah Aira yang ditakuti oleh orang kampung kerana kecacatannya.
Aira terasa seperti sesuatu bergerak melalui perutnya beberapa kali. Kepalanya masih lagi berdenyut-denyut. Aira membuka matanya perlahan-lahan lalu menutupnya kembali kerana terkena cahaya matahari.
Dia ingin mengangkat tangannya untuk melindungi mata tetapi tangannya tidak boleh bergerak, seperti ada sesuatu mengunci tangan itu.
Aira memandang ke arah tangannya dan..
"Arghhhhhhhhh!!"
Burung-burung yang singgah di pokok untuk memerhati Aira yang terbaring terus berterbangan ketakutan mendengar jeritan Aira.
Aira menjerit kerana ular yang berwarna keemasan itu telah membelitnya. Aira ketakutan. Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi belitan ular itu sangat kemas seperti rantai besi.
Aira menutup matanya apabila kepala ular itu mendekati mukanya. Aira mula menggigil.
Tiba-tiba kepala ular itu bertukar menjadi seorang jejaka yang tampan. Matanya bulat dan kehijauan, hidungnya mancung, berambut panjang hingga ke paras leher. Aira terkedu.
"Kau milikku." Ular yang berkepala manusia itu berkata-kata lalu lenyap begitu sahaja. Aira masih lagi terbaring di atas jalan dengan badan yang menggigil.
.....
Nek Mah iaitu nenek kepada Aira menghidangkan makanan di atas lantai yang berlapikkan tikar. Mereka bukanlah orang yang kaya. Nek Mah juga sudah tua, dia kini ditanggung oleh anak tunggalnya yang tinggal di Kuala Lumpur sekarang.
Aira membisukan diri. Nek Mah mengambil tempat di sebelah Aira lalu mereka berdua memulakan makan malam mereka.
Nek Mah berasa hairan melihat Aira yang asyik termenung memandang nasi sambil menguis-nguisnya.
"Aira kenapa termenung aje ni? Tahan kentut ke?" Nek Mah memulakan perbualan dengan lawak hambarnya.
Aira pov;)
Aku tergelak kecil dengan lawak jenaka nenek. Sebenarnya ia langsung tidak mengusik jiwaku tetapi kerana ingin menjaga hati nenek aku paksa diri untuk gelak.
Aku berfikir sejenak. Adakah patut aku memberitahu nenek tentang hal tadi? Selama ini aku tidak pernah berahsia dengan nenek.
"Erk, nek? A..Ai..Aira nak ba..bagitau sesuatu ni." Kata Aira tergagap-gagap.
"Lah sejak bila Aira gagap ni? Bagitau jela" ujar nenek perlahan.
"Ta..tadi kan Aira kena baling batu lagi.."
"Hah yeke? Tapi tak luka kan? Kesiannya cucu nenek ni" ujar nenek perlahan dengan muka sedih.
"Ada tapi lepas Aira kena belit dengan ular tu.."
"Apa?! Kena belit dengan ular?!" Belum sempat Aira menghabiskan ayatnya, nenek sudah menyampuk kerana terkejut dengan pernyataan cucunya itu.
"Kejaplah nek. Bagi Aira cakap sampai habis dulu. Tadi Aira kena baling dengan batu pastu mata Aira berdarah, Aira pon pengsan. Bila Aira bangun, ada ular belit Aira. Ular tu muka manusia nek. Aira takut. Lepastu dia cakap 'kau milikku'. Tiba-tiba dia hilang bersama dengan luka-luka Aira." Terang Aira.
Muka nenek terus berubah pucat.
YOU ARE READING
RATU ULAR
Mystery / ThrillerRayuan Haisa dihiraukan. Tangisan Haisa dipekakkan. Raungan Haisa dibiarkan. Haisa telah dikhianati oleh kekasihnya sendiri. Akhirnya terbit perasaan dendam didalam hati Haisa. Sehingga dia bersumpah akan membalas dendam terhadap mereka. Apakah yan...