7.BIDADARI

577 42 12
                                    

Keesokan harinya Zaki ditemui mati terkulai oleh jirannya. Keadaannya sangatlah menyedihkan dan mengerikan bagi sesiapa sahaja yang melihat. Isi perut Zaki terburai dek kerana perutnya yang seperti dirobek sesuatu. Matanya terbeliak memandang ke bumbung rumah. Leher Zaki pula dikorek sesuatu dan menyebabkan ada lubang bulat di lehernya.

Dan yang paling mengerikan ialah bahagian sulitnya hilang! Darah masih lagi memancut keluar dari anggota badan Zaki. Banyak kereta polis diparking dihadapan rumahnya. Bunyi siren yang bising menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui apakah yang berlaku. Jiran-jiran yang selama ini tidak pernah mengambil kesah mula mengintai-intai.

>>>>>>>>

"Inilah istana kita dindaku." Ujar Rayen dengan nada yang perlahan dan menggoda.

Aira terlopong melihat kebesaran dan keindahan istana tersebut. Istana itu dihiasi dengan perabot dan perhiasan yang serba mahal.

"Marilah dinda mengikut kanda kebilik untuk merawat wajahmu." Rayen menarik tangan Aira.

Mereka berjalan menuju ke sebuah bilik yang sangat besar saiznya. Aira yang selama ini hidup miskin tidak pernah melihat malah memiliki bilik sebesar ini. Mulutnya sedikit ternganga kerana kagum dengan semua ini.

Segala rasa sakit terkena akar kayu, segala rasa perit ditinggalkan oleh neneknya lenyap begitu sahaja. Aira kini melihat masa depannya dengan penuh kecerahan tetapi sebenarnya dia menghampiri kegelapan.

Aira dibaringkan oleh Rayen ke atas katil. Rayen memandang mata Aira. Aira juga begitu. Bukan sahaja dia terpegun dengan keindahan istana tetapi dia juga terpegun dengan ketampanan Rayen. Matanya yang berwarna hijau menggoda hati wanita Aira.

Dengan tidak semena-mena, kepala Rayen bertukar menjadi kepala ular. Aira yang tersedar akan realiti itu menjadi takut semula. Rayen mengeluarkan lidahnya yang panjang dan terbelah dua, lalu dia mendekatkan mukanya dengan muka Aira yang masih terbaring kaku.

Aira menggigil ketakutan melihat lidah yang terbelah dua milik Rayen itu. Tindakan Rayen mendekati dirinya menambahkan lagi kegusaran dihati.

"Sshhh, tutup mata and keep quiet." Arah Rayen kepada Aira.

Tiba-tiba lidah Rayen hinggap dimata sebelah kiri Aira. Rayen menjilat-jilat mata itu dan dia mula menjilat seluruh wajah Aira. Aira tidak tahu apa yang ingin dilakukan oleh Rayen tetapi dia hanya membiarkan saja.

"Done." Kata Rayen sambil menghulurkan cermin kepada Aira.

Aira membuka matanya perlahan-lahan dan terasa sedikit pening dan kabur. Dia mencapai huluran Rayen. Matanya serta-merta menjadi cerah dan jelas. Dia menilik wajahnya di dalam cermin tersebut dengan senyuman melebar.

Tidak dia menyangka wajahnya yang cacat sudah menjadi cantik seperti bidadari. Matanya yang buta sebelah itu juga sudah sembuh seperti sediakala. Benar kata Rayen yang dia akan mengubah wajah Aira. Sedikit demi sedikit kepercayaan Aira kepada Rayen mula terbina.

****
Best tak story ni? Kalau best jangan baca sorang, share dengan member sekali yah.

RATU ULARWhere stories live. Discover now