>>>>>>>>>>
Aira merenung lama wajah tua itu. Sungguh dia rindukan wanita ini tetapi dendam dihati lebih menguasai diri. Diperhatinya wajah itu setiap inci. Wanita itu semakin tua. Tidak dia menyangka perkara yang baru sahaja berlaku di dunia dia dan Rayen rupanya telah lama berlalu dari dunia nyata ini. Sehari disana bagaikan setahun disini. Minggu yang lepas dia disepak oleh neneknya sendiri ketika meninggalkan dia sendirian di dalam hutan, umurnya baru sahaja mencecah 17 tahun tetapi kini umurnya sudah 23 tahun. Sungguh cepat masa berlalu.
Aira masih lagi begitu sambil teringat kenangan manisnya bersama Nek Mah. Tiba-tiba memori ketika dia ditinggalkan menerjah ke minda. Aira menangis perlahan supaya dia tidak menyedarkan wanita itu. Hatinya begitu sakit. Dulu dia tidak mampu berbuat apa-apa tetapi sekarang dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu.
'Aku akan membalas atas semua perbuatan kau' bisik Aira didalam hati lalu dia melenyapkan diri begitu sahaja.>>>>>>>>>
Nek Mah berkejar ke halaman belakang rumahnya. Pintu dibuka lalu dia menyarungkan selipar jepun ke kaki. Baju-baju yang tersidai di atas ampaian diambil satu-persatu dan dimasukkan ke dalam bakul.
Langit yang mendung mula menitikkan air hujan. Semakin lama semakin lebat. Akhirnya baju yang disidai siap diangkat. Bakul baju itu diangkat perlahan-lahan seraya itu dia berjalan ke arah pintu dapurnya yang masih lagi terbuka.
Dia masuk ke dalam rumah dan pintu itu ditutup perlahan-lahan. Tiba-tiba dia terperasankan sesuatu. Pintu dibuka kembali. Dia berjalan ke sana.
"Allahu Akhbar." Terkejut Nek Mah apabila terlihat sekujur tubuh gadis yang pucat lesu. Nek Mah ketakutan. Dia tidak pasti bahawa gadis itu masih hidup ataupun tidak.
Nek Mah bercangkung lalu dia menampar-nampar pipi gadis tersebut perlahan-lahan.
"Urghh." Wanita itu mengerang perlahan. Matanya cuba dibuka tetapi dia kelihatan sangat sakit.
"Nek Mah! Oo Nek Mah!" Laung seseorang dari hadapan rumahnya.
"Ikmal, nenek kat belakang! Sini cepat!" Nek Mak menyahut laungan tersebut dan memanggil gerangan itu datang kemari.
Ikmal pun terus menuju ke belakang rumah Nek Mah dengan segera. Dia memandang pelik ke arah Nek Mah apabila Nek Mah duduk mencangkung di sebalik pokok yang tidak terlalu besar.
Nek Mah melambai-lambai ke arah Ikmal menyuruhnya untuk berjalan lebih laju . Ikmal berlari perlahan ke arah Nek Mah. Dia juga terkejut apabila melihat seorang gadis cantik yang terbaring lemah di sebalik pokok itu.
"Ikmal, angkat dia masuk dalam." Nek Mah mengarah Ikmal untuk mengangkat gadis itu masuk ke dalam rumahnya kerana hujan semakin lebat.
Gadis itu diangkat lalu mereka menuju ke arah pintu. Ketiga-tiga mereka sudah basah lencun dek kerana hujan yang semakin melebat.
Pintu ditutup dan dikunci. Gadis itu hanya diletakkan di atas simen dapur. Perlahan-lahan mata gadis itu terbuka. Dia memandang sekeliling dengan kening yang berkerut.
"Dimana saya?" Soalnya.
"Cik dekat rumah nenek. Cik tak apa-apa ke? Ada sakit kat mana-mana?" Soalan gadis itu dijawab sepatah lalu Nek Mah pula mula menyoal.
"Ughh.. Ke.. Kepala saya ssakit." Dahinya dipegang dengan mata tertutup. Nek Mah berasa kasihan melihat gadis ini. Dia kelihatan sungguh pucat dan kotor. Pakaiannya juga sedikit terkoyak. Dipandangnya gadis itu dengan penuh rasa simpati.
"Sa..saya sejuk." Kata gadis itu lagi seraya itu dia memeluk tubuhnya yang menggigil sejak tadi.
"Cik mandi dulu lepastu tukar baju ye. Baju Cik basah sebab itulah sejuk. Tunggu sekejap." Nek Mah berlalu pergi menaiki tangga untuk ke biliknya mengambik baju dan tuala untuk gadis itu. Rumahnya adalah rumah kayu dihadapan dan berbatu didapur. Kerana itulah dia harus menaiki tangga dahulu.
Tinggallah Ikmal dan gadis cantik itu berdua-duaan. Tetapi mereka berdua hanya mendiamkan diri. Ikmal pula sedari tadi hanya memerhatikan gadis itu.
"Errr awak.."
"Nah, ini tuala dan baju. Pergi mandi dulu." Belum sempat Ikaml menghabiskan ayatnya, Nek Mah memotong percakapan Ikmal.
Gadis tersebut menyambut huluran Nek Mah. Dia memandang Nek Mah lalu Nek Mah menundingkan jari ke arah tandas seakan-akan dia tahu apa yang berada di dalam minda gadis itu.
Dia pun menghilangkan diri di dalam tandas. Nampaknya rancangan dia berjalan dengan lancar buat masa ini.
YOU ARE READING
RATU ULAR
Mystery / ThrillerRayuan Haisa dihiraukan. Tangisan Haisa dipekakkan. Raungan Haisa dibiarkan. Haisa telah dikhianati oleh kekasihnya sendiri. Akhirnya terbit perasaan dendam didalam hati Haisa. Sehingga dia bersumpah akan membalas dendam terhadap mereka. Apakah yan...