11. DENDAM TERAKHIR

531 27 0
                                    

Akhirnya, makhluk itu menunjukkan wajah sebenarnya. Perlahan-lahan dia bertukar menjadi manusia biasa. Itu sebenarnya Haisa. Dia sengaja mahu menyerabutkan minda Hisyam. Perutnya yang membesar diusap perlahan-lahan.

"Hisyam, ni anak you sayang." Haisa menggapai tangan Hisyam lalu meletakkan di perutnya.

"Bukan! Bukan!" Hisyam menarik laju tangannya sambil menjerit-jerit.

"Ini anak engkau!" Haisa menengking Hisyam lebih kuat daripada suara jeritan Hisyam. Perut Haisa semakin lama semakin membesar dengan cepat. Perutnya juga sudah tidak seperti wanita yang mengandungkan bayi 9 bulan tetapi lebih besar daripada itu. Tiba-tiba perut Haisa terburai dan keluarlah anak-anak ular yang sungguh banyak. Anak-anak ular tersebut tidak henti-henti keluar dari badan Haisa. Mereka laju mendekati Hisyam lalu membelit tubuh Hisyam. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"I sayangkan you tapi kenapa you buat I macam ni. Sanggup kau tinggalkan aku diratah oleh rakan-rakan kau yang durjana itu. Panggilan aku kau biarkan. Tangisan aku kau endahkan. Raungan aku kau tak hirau. KAU SYAITAN! KAU BENAR-BENAR SYAITAN! Kau patut mati!" Haisa akhirnya melepaskan segala amarahnya yang dipendam selama ini. Walaupun dia berpuas hati membunuh rakan-rakan Hisyam tetapi malam ini dendamnya akan benar-benar terbalas.

Anak-anak ular hitam tadi sudah hilang ketika Haisa menjerit. Haisa juga telah bertukar menjadi ular jadian. Dia mengangkat ekornya untuk melibas tubuh badan Hisyam. Tetapi Hisyam terlebih dahulu melutut dan memeluk Haisa. Dia menangis teresak-esak.

"Sayang, awak jangan bunuh saya. Tolong jangan. Saya lakukan semua itu bukan kerana suka-suka. Saya terpaksa. Terpaksa. Ibu saya sakit tenat pada masa itu. Saya tidak mempunyai wang untuk merawat ibu saya. Saya terpaksa melakukan semua itu demi ibu saya. Saya minta maaf. Tolong maafkan saya dan tolong jangan bunuh saya." Dia merayu-merayu sambil melutut dihadapan Haisa supaya dirinya dilepaskan. Haisa yang sememangnya boleh membaca fikiran orang lain, mempercayai kata-kata Hisyam. Ya, Hisyam tidak berbohong. Akhirnya Haisa melenyapkan diri. Hisyam masih lagi menangis dalam keadaan yang sama walaupun dia sedar bahawa Haisa telah pergi. Dia menangis dan terus menangis.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Hisyam diketuk. Dia bangun perlahan-lahan dan menuju ke arah pintu. Dia teragak-agak mahu membuka pintu tersebut.

Tok! Tok! Tok!

Pintu itu diketuk lagi. Hisyam akhirnya mengambil keputusan untuk membuka sahaja pintu itu. Apabila pintu dikuak Hisyam ternampak ibunya menangis ditengah-tengah ruang tamu kecil rumahnya. Hisyam berjalan mendekati ibunya tiba-tiba...

"Ibuuu!!!"

Hisyam meraung apabila ibu kandungnya dilibas dengan kuat sehingga melayang ke dinding. Hisyam memeluk ibunya sambil meraung-raung memanggil ibunya. Dia memandang ke atas atap rumahnya dan terlihatlah seekor ular berkepala manusia memandang sinis ke arahnya. Ular itu akhirnya keluar dari rumah bersama hembusan nafas terakhir ibunya dan Hisyam percaya kedua-duanya takkan pernah kembali lagi.

              -TAMAT (RATU HAISA)-

****
So guys, tamat dah cerita RATU HAISA. Eh eh eh, cerita Haisa je tau. Aira belum habis lagi. And guys, im very sorry for late update. I hope all of you still waiting for the next chapter and still support me. Don't forget to vote, comments and share if you like this.

RATU ULARWhere stories live. Discover now