3.SUMPAH

643 33 0
                                    

>>>>>>>>>>

Aku bersembunyi disebalik semak-semak. Tidak mahu budak-budak nakal yang sedang berbasikal itu ternampak aku kerana aku sudah tahu apa reaksi mereka. Mereka akan membaling aku dengan batu-batu.

Semakin lama, mereka semakin mendekati tempat persembunyian aku. Aku sedikit gementar. Air mataku mengalir perlahan kerana terlalu takut.

Akhirnya mereka melepasi semak itu. Aku mengucapkan syukur. Apabila aku bangun daripada cangkungku, kaki kiri aku terkena ranting-ranting kecil di sebalik semak itu. Kesakitan dan kepedihannya tidak dapat aku gambarkan.

Aku melihat kakiku dan ada darah mengalir. Aku menjerit perlahan tetapi malang nasibku kerana jeritan halus aku tetap didengari oleh mereka yang tidak berapa jauh dari sini.

Mereka berpusing ke belakang lalu...

"Arrgh! Budak mata satu!" Mereka menjerit. Memang 'budak mata satu' adalah gelaran yang mereka gelarkan kepada aku kerana mata sebelah kiri aku buta.

Mereka mengutip batu-batu yang berada di tepi mereka. Kebetulan ataupun memang nasibku yang malang ada selonggok batu-batu kecil disitu. Batu-batu itu diletakkan disitu kerana ada orang mahu membina rumah di kawasan berdekatan.

Mereka pun membaling batu-batu itu tanpa belas kasihan. Badan aku terluka apabila batu-batu tersebut terkena tepat di badanku. Aku menangis kesakitan dan berlari perlahan menjauhi budak-budak nakal itu. Mereka membaling batu tanpa henti. Kaki aku mula berdarah dan semakin lama semakin teruk.

Tiba-tiba satu batu hinggap di mata kiri aku tepat-tepat. Mata aku pula  berdarah. Budak-budak itu kelihatan terkejut lalu melarikan diri.

Aku terduduk disitu kerana kesakitan yang melampau. Keadaan sekeliling kelihatan kabur. Mataku berpinar-pinar. Kepalaku berpusing-berpusing. Akhirnya semua menjadi gelap.

<<<<<<<<<<

Setelah Haisa pengsan, Doktor Delima terus mendekati Haisa. "Help! Anyone help me!" Jerit Doktor Delima. Beberapa orang nurse menyerbu ke bilik khas Doktor Delima apabila mendengar jeritannya.

Nurse-nurse itu mula mengangkat Haisa yang sudah tidak menyedarkan diri. Mereka menempatkannya ke atas katil yang memang berada di bilik Doktor Delima

......

Doktor Delima sedikit terkejut apabila terdengar Haisa menjerit-jerit. Dia mendekati Haisa dan terdengar sesuatu yang meniti dibibirnya.

"TOLONG! Tolong jangan apa-apakan aku. Aku merayu. Awak tolong saya awak. Jangan tinggalkan saya. Awak cakap awak sayangkan saya." Terdengar sayup-sayup suara Haisa meminta tolong.

" aku sumpah aku akan balas dendam dekat korang! Aku sumpah! AKU SUMPAH!!!." badan Doktor Delima sedikit terhinjut kerana terkejut dengan jeritan Haisa.

"Cik? Cik Haisa, sabar cik. Tiada siapa akan apa-apakan cik." Doktor Delima mengusap belakangnya perlahan-lahan, cuba untuk menenangkan dia. Akhirnya Haisa tersedar dari mimpi ngerinya.

"Cik okey?" Pantas Doktor Delima bertanya. Haisa memandang doktor itu seketika lalu dia menangis semahu-mahunya.

****
So hi guys. korang tak faham? Kejap Aira kejap Haisa, apa ni? HAHAHA kalau nak bagi faham korang follow la cerita ni sampai habis ok. In Sha Allah, saya takkan hampakan korang hehe. Keep reading ;)

RATU ULARWhere stories live. Discover now