9. HASUTAN

563 30 3
                                    

>>>>>>>>

"Jadi, siapa orang pertama?" Tanya Rayen. Aira mengerutkan dahinya tanda dia tidak mengerti dengan pertanyaan Rayen. Rayen tersenyum sinis seraya itu dia membuka bicara.

"Tugas awak menjadi Ratu Ular ialah untuk membalas dendam terhadap orang yang telah menyakiti awak. Jadi, siapa orang pertama yang awak ingin bunuh?" Keterangan Rayen yang panjang lebar ini menyentakkan hati bersih Aira. Haruskah dia membunuh?

"Ya, harus. Humaira, cuba awak ingat balik apa yang telah dilakukan oleh orang kampung kepada awak. Mereka telah menghina awak, menyakiti awak. Tidakkah awak rasa sakit hati dengan perbuatan mereka. Sekarang masa untuk kita membalas dendam."

"Tetapi itu dulu. Ketika saya masih cacat. Sekarang saya sudah cantik. Mereka tidak akan menghina saya lagi." Setelah lama mendiam diri akhirnya Aira membuka mulut.

"TIDAK BOLEH! MEREKA PERLU DIHUKUM ATAS PERBUATAN MEREKA TERHADAP RATU ULAR! Kamu harus membalas dendam kerana kamu punya kuasa. Kamu berhak!" Rayen bertukar menjadi ular kerana terlalu marah. Ini membuatkan Aira sedikit menggigil. Dia masih baru dengan keadaan ini.

"Sayang sssrr, adakah awak sudah lupa mereka yang membaling batu sehingga awak berdarah sssrr. Adakah awak lupa mereka yang membaling batu sehingga awak pengsan. Nenek awak, adakah awak lupa dia telah meninggalkan awak sendirian di dalam hutan sebentar tadi? Nenek awak telah menyepak badan awak tanpa belas kasihan ? Awak lupa? Tiada siapa yang menyayangi awak kecuali saya. Awak harus membalas dendam!
" Dia cuba memujuk Aira dan mengawal emosi dirinya. Perlahan-lahan dia bertukar menjadi manusia semula. Rayen cuba mengusik jiwa Aira supaya dia mendengar kata-katanya.

Aira menangis. Dia tidak sanggup membunuh tetapi kata-kata Rayen mengingatkan dia tentang kisah hidupnya dulu dan ketika Nek Mah berlalu pergi meninggalkannya tanpa belas kasihan. Satu perasaan terbit di dalam jiwanya. Dendam!

Rayen tersengih. Dia boleh membaca fikiran Aira. Walaupun Aira sudah mempunyai perasaan dendam tetapi dia masih harus meyakinkan Aira.

"Lagipun, kalau nak cantik kena minum darah manusia." Ringkas dan padat. Lapan perkataan ini mampu merusuk ke dalam hati Aira. Dia tak mahu kembali cacat!

<<<<<<<<

"Zaki dah, Yus dah, selepas ini siapa?"

"Lepas ni, orang yang ketiga merogol saya. Kamal." Balas Haisa dengan senyuman melebar dan jiwa yang penuh dendam.

>>>>>>>>>

"Saya akan membalas dendam secara perlahan-lahan. Saya akan menyamar menjadi wanita yang tersesat di kampung itu dan seorang demi akan... Mati."

Rayen tersenyum bangga kerana telah berjaya menjerat Aira dalam dunia ular.

Kini Aira akan bersama dengannya melangkah ke neraka.

RATU ULARWhere stories live. Discover now