#Bab 2✔

35 3 0
                                    

Kali ni dah lebih dua minggu aku tak jumpa Jeffry,naik stress aku dibuatnya,aku masuk rumah Zamri sengih2 sambil geleng kepala,aku tahu la tu dia tak ada,mencebik aku pandang Zamri,selaku abang angkat dia selalu nasihat aku supaya bersabar,memang la sabar,tapi tengok la tahap mana,sebabkan aku dah jarang lepak dengan member,aku jadi bosan,malam tu aku kesana lagi,kat mana aku selalu lepak dengan kawan2 lain

"wei senyap je kenapa?"aku masih diam dan hanya gelengkan kepala,lepas beberapa jam aku pulang,esok aku datang lagi sebab tunggu Jeffry,aku call dia tak jawap,bila dia call semula aku yang tak nak jawap,kejam ke?rasa tak kot,masuk dalam rumah Jeffry dah tunggu kat ruang tamu,tersenyum saja memandang aku

"sayang rindu la"aku cebik lalu ketawa,lengannya buat aku sembunyikan wajahku kerana malu,begitu la aku selalu dengannya

"awak nak kesana ke?"aku anggukkan kepala

"saya ikut,kita naik motor sama ye"aku angguk lagi

"angguk je cakap la sesuatu,dah la kita rindu"aku ketawa lalu peluk tubuhnya

"rindu juga"kataku perlahan,dengan berani aku cium pipinya,bila aku pandang Jeffry,matanya bulat pandang aku

"kenapa?"tanyaku pelik

"berani awak cium saya ye"aku ketawa terus larikan diri,tak sempat aku nak lari jauh,Jeffry dah tangkap aku,kami ketawa sama2,laju Jeffry bawa motor ketempat kami lepak,sesekali dia tarik tanganku yang memegang bajunya lalu dicium,aku yang duduk dibelakang hanya tersenyum dengan gelagat Jeffry,sampai sana aku duduk je atas motor tak nak turun,member yang lain dah tahukan?jadi aku duduk je la diam atas motor

"tak nak turun?"tanya Jeffry aku geleng kepala buatkan dia ketawa

"kenapa?"tanyanya lagi

"nak duduk dengan awak"kataku ketawa Jeffry mendengar jawapanku,tapi,ha ni la aku tak suka,suara tak sedap didengar dek telinga berbunyi je dari tadi,sejak kami sampai,aku diam mulanya,tapi sebab Jeffry asyik tanya aku nak ke tak turun dari motor buat aku geram,terus aku turun dari motor tanpa berkata apa2 kemudian terus beredar

"eh nak kemana tu?"aku pusing belakang memandangnya

"tadi suruh turun"kataku Jeffry diam,dia garu kepala,suara tak sedap didengar berbunyi lagi,hish setan la depa ni,aku mengamuk kang tau pula korang nak lari,membebel aku dalam hati,menjeling saja aku kesana,mereka terdiam sekejap bila mata aku macam nak keluar pandang mereka,Jeffry pun diam,aku dah tunduk pandang rumput bila dia tenung aku

"ai Jeff awek merajuk ke?"aku angkat kepala pandang Jeffry,rasa nak bagi penyepak kat depa,terus aku pergi tinggalkan tempat itu sebab Jeffry tersengih2 pandang aku,aduh geram gila

"eh sayang nak kemana tu?"panggil Jeffry aku diam teruskan berjalan tinggalkan semuanya,geram aku geram hish

"sayang berhenti la,please"

"sayang"panggil Jeffry lagi

"siapa sayang dia?perasan"kataku Jeffry ketawa,aku dah senyum tapi masih tak berhenti melangkah

"betul ke tak sayang?rasanya ada orang cium pipi ni tadi"laju aku pusing dengan pantas Jeffry peluk aku

"Jeffry lepaskan saya,apa awak ni?"kataku sambil meronta perlahan

"tak,saya tak kan lepaskan awak"kata Jeffry,aku terdiam lalu membalas pelukkannya,Jeffry cium kepalaku

"love you so much"bisiknya,jantung aku hilang lagi,entah mana perginya aku pun tak pasti

NIKAHI AKU✔(Editing)Where stories live. Discover now