Lebih seminggu aku diam perkara itu,bukan aku tak nak terima Jeffry,tapi aku takut,kenyataannya Jeffry mempunyai ciri2 lelaki idaman semua gadis,mak orang pun menoleh kalau dia lalu,aku?ciri wanita jauh sekali,lebih kepada kelakian dari perempuan,semua benda aku boleh buat,kecuali tu la,berenang,bila aku dengan Jeffry bertembung atau berjumpa waktu lepak2 dengan kawan,dia akan tersenyum manis padaku,naik segan aku bila kawan lain mengejek,tapi,Halim tak pun,dia rileks je,kadang dia kata budak2 ni jeles dengan Jeffry sebab rapat dengan aku,gelak je la aku dengar kata2 Halim,tapi,mujur yang rapat dengan Jeffry saja yang tahu Jeffry luah perasaan pada aku,kalau tak mahunya tergempar kisah kami,jawapan apa aku nak bagi?pening aku,berjalan aku perlahan sambil berfikir
"woi,jauh menung"terkejut aku bila bahuku ditepuk kuat
"ish kau ni"Halim ketawa perlahan,aku mengeluh
"kenapa?tak habis fikir lagi ke?"tanya Halim,aku muncung2
"cuba kau tengok sana"kataku menunjukkan Jeffry yang ketawa bersama kawan2 lain
"kenapa?"tanya Halim
"kau tengok aku,sesuai ke?"kataku lagi,Halim tersenyum lalu menepuk bahuku perlahan
"fikir elok2"kata Halim kemudian berlalu,la,hampeh punya kawan,bukan nak bagi solusi ke apa?main blah macam tu je?lepas Halim Zamri pula datang
"oi dik,jauhnya menung"aku tersengih2
"kenapa bang?"tanyaku
"la,tanya pula,tu,tak nampak?laki kau asyik berdecit je mulut dia tengok kau sorang2 kat sini"aku diam pandang Jeffry disana,sikit2 garu kepala kemudian pandang aku
"aku...takut la bang"kataku perlahan
"apa yang kau takutkan?"tanya Zamri perlahan,aku terdiam,kawan2 disana melambai kata nak balik,Zamri melambai dari sini saja,aku mengeluh lagi
"kau sayang dia?"aku mendongak pandang Zamri lalu angguk kepala perlahan,Zamri tersenyum kemudian pergi tinggalkan aku disini,mungkin Zamri pun tak tahu nak komen apa,jadi dia cuma tanya2 dengan aku,tak lama kemudian Jeffry pula yang datang,aku sibuk sangat berfikir sampaikan aku tak sedar Jeffry dah dekat,aku bukan tak nak jumpa dia,aku segan,ya Allah,aku terus saja mahu melarikan diri saat Jeffry betul2 berdiri depan aku,cepat2 tangan aku ditarik buat aku menoleh padanya
"sampai hati buat macam tu,sebab tu la saya tak nak bagitahu apa yang saya rasa"kata Jeffry perlahan,aku tertunduk bila mata Jeffry menikam mata aku,aduh,mana jantung aku pergi menghilang ni?
"bukan macam tu"kataku perlahan
"habis tu?kenapa awak nak lari bila jumpa saya?"aku terdiam,tak tahu apa yang aku nak jawap,tak tahu alasan apa nak bagi
"jangan la macam ni,kalau saya tahu awak diamkan diri macam ni,saya takkan bagitahu perasaan saya pada awak"aku mendongak pandang Jeffry,nampak dia kecewa sebab aku jauhkan diri,perlahan Jeffry melangkah tinggalkan aku
"Jeffry"panggilku perlahan,laju Jeffry berpaling,aku telan air liur
"saya...saya perlukan masa"kataku Jeffry ketawa kecil lalu dekati aku semula
"atau awak nak bincang?"tanya Jeffry aku diam tak jawap,berdecit mulut Jeffry tangannya naik menyentuh dagu lalu donggakkan aku,mata kami bertentang
"kenapa?apa yang merunsingkan awak?"tanya Jeffry,aku tarik nafas panjang
"awak anak Tengku"kataku perlahan
YOU ARE READING
NIKAHI AKU✔(Editing)
RomanceLela seorang gadis yang bergelumang dengan dunia moden tetapi disebaliknya dia seorang gadis kilang dan biasa,jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri berjanji mengahwininya tetapi dihalang keluarga,Jeffry masih mencintai gadis idamannya Lela tetapi Le...