#Ajeeb & Zareef

17 2 0
                                    

Macam yang aku janji aku singgah rumah awek yang bagi maklumat kat aku pasal Kim dulu,2 hari aku kat sana,hancur otak aku tengok dia,melentik lagi wei,kesetanan aku malam2 dengan dia,akhirnya dia tau siapa aku dia kata dia tak kisah

"U tetap Eijoy"bisiknya,aku senyum lebar,Kim?hilang dah dalam kamus aku,malas aku dengan dia lantakkan dia la,kejam?memang aku kejam kenapa?tak puas hati?

"bye"aku senyum melambai gadis itu masuk kedalam rumah dia,besar rumah oi,aku pulang macam biasa,aku singgah dulu kat pam minyak aku ketandas,hm kat mana ni?berjalan aku kedepan ke motorku tiba2 ada beberapa motor berhenti sambil memandang aku,adoi time ni la nak kena,teruk betul,motor aku jauh la pula,aku terus larikan diri tak menoleh lagi

"woi!"ah lantak la arghhhh mampus aku kalau tak dapat lari,apahal depa kejar aku pula ni aku tak kacau orang pun,entah semak mana aku menyorok siap baring lagi bagi tak nampak,aku tutup mulut bila 5 lelaki tadi lalu,haih mati la aku,aku mengintai lalu keluar dari tempat sembunyi laju aku lari lagi tapi aku ditangkap dari belakang

"hmph!"mulutku ditutup

"shyyyyy"tubuhku ditarik lalu didudukkan semula,terbeliak mata aku,Ajeeb?apahal?sengih2 dia pandang aku,dia mengintai kesana

"kau apahal?"nak marah dah aku tapi aku tahan suara

"kau diam la,dia orang tahu kita kat sini nanti"aku menjeling lalu duduk,aku peluk tubuh buat Ajeeb ketawa

"mana kau tahu aku kat sini?bukan kau dengan dia orang ke?"tanyaku pelik

"bukan la,aku nampak motor kau tadi,lepas tu aku nampak depa tu lari2,aku cari la kau"haish,ni keluar mulut harimau masuk mulut buaya namanya ni,mati la aku,berdiri aku nak berambus tapi Ajeeb tarik tanganku semula

"kau apahal?"marahku sambil tarik tangan semula

"diam la gila"kata Ajeeb sambil letak jari dibibirku aku tepis tangan dia,geram pula aku dengan Ajeeb ni apa dia nak lagi?

"garang sangat kau ni"katanya kemudian ketawa aku diam saja menjeling Ajeeb depan aku

"jangan marah,aku nak selamatkan kau je"boleh percaya ke kata dia ni?macam tak je,tiba2 dia buka baju mujur la dia pakai singlet,terkejut aku lalu mengesot menjauh

"kata nak selamatkan aku!"naik suara aku sebab marah,Ajeeb tepuk dahi

"diam boleh tak?"dia pun dah naik suara

"woi,tak payah menyorok lagi kami tau korang kat situ"Ajeeb tepuk dahi lagi,baju dia tadi diikat diwajahnya kemudian menyarung semula yang separuh lagi,macam ninja,aku berdiri tunjukkan diri,dah kantoi nak buat macam mana?nak lari?aku pandang sekeliling 5 orang ni,boleh ke aku lari?

"kau siapa?serahkan dia pada kami"aku berpaling pandang Ajeeb yang sudah berpaling memandang aku,dia pandang depan semula lalu angkat bahu

"ambik la sendiri"kata dia ha?apa kena la dia ni?senget ke apa?tadi cakap lain ni cakap lain pula,serius karut,aku geleng2 kepala nak berambus konon tapi 5 orang tadi menerpa pula,terundur aku kebelakang bila Ajeeb tolak aku,dia melompat keluar dari pokok2 kecik itu menendang 2 lelaki dihadapan,perghhh aku tengah tengok filem jepun ke apa ni?ninja selamatkan heroin?wei baik aku lari,melangkah aku keluar dari situ,tak sampai beberapa langkah aku kena tangkap

"kau nak kemana?"aku sepak kaki lelaki yang tarik tangan aku tadi kemudian aku tumbuk muka dia,lariiiii again?aku penat la macam ni bila kena tangkap lagi,bila nak habis ni wei?tapi tiba2 1 tangan tarik lengan aku kemudian lelaki yang pegang aku tadi tumbang

"kau ok?"aku berpaling terdiam aku tengok Ajeeb,betul2 dia selamatkan aku,aku tengok 5 lelaki tadi mengerang tak bergerak dah,gila kuat dia ni

"wei,kau apahal menung?jom"pipiku ditampar perlahan tangan aku ditarik Ajeeb bawa aku jauh dari situ,Ajeeb tarik aku menyorok bila nampak 1 kereta berhenti seberang jalan

NIKAHI AKU✔(Editing)Where stories live. Discover now