Laju aku melangkah tinggalkan taman,Halim balik dulu dah sebab dia sakit perut,aku suruh dia balik dulu tadi,tak perlu tunggu aku,baru je naik motor tiba2 ada motor berhenti disebelah aku,eh?
"hai"tegurnya
"hai"jawapku,kurus tinggi orangnya,dia turun dari motor,dia buat apa kat sini?sini taman je depan sana tasik,mana ada orang kat sini
"kau Lela kan?"tanyanya,aku pandang lelaki itu kemudian angguk kepala,dia tersenyum,sinis
"mana kau kenal aku?"tanyaku sebab aku rasa aku tak pernah tengok mamat ni,tiba2 je datang tanya2 lepas tu tahu nama aku pula,lelaki depan aku ketawa buat aku tak sedap hati,apa kena?
"aku diupah,dan disuruh hantar pesanan"katanya aku terdiam,alamak,credit aku habis,cizz,macam mana ni?tak kan nak berlari masuk 7eleven kot?adeh,aku kena hadap sendiri ke ni?
"dia kata baik kau lupakan hubungan dengan anak dia,kau tak setaraf"sarung tangan dia pakai sambil tersenyum sinis merenung aku disini,ok,ini tak best sebab dia kata macam tu
"so,aku dengar kau gangster ye?"aku masih diam,aku tak nak jawap apa2 soalan dari mamat ni,berdebar aku,nak lari tapi aku rasa aku akan kena juga nanti,aku berundur setepak kebelakang bila lelaki depan aku melangkah kedepan cuba mendekati,tiba2 lelaki depan aku menyerang,cepat2 aku mengelak menjauh,dia ketawa disana sambil angguk2 kepala
"bagus juga kau ye?"aku renung saja lelaki itu,hampir setengah jam kami bergelut,aku sempat tendang wajahnya tadi,sempat juga aku tumbuk perut dia walau aku rasa tumbukkan aku tak kuat,aku dah terasa penat,agak2 bila nak habis ni?lelaki itu pandang aku dia kesat bibirnya yang berdarah
"hebat juga kau"katanya aku cuma angkat bahu malas menjawap kata2nya
"jom kita habiskan,aku dah penat"katanya aku tersenyum sinis bila lelaki depan aku melangkah perlahan medekati,kelemahan dia adalah terburu2 menyerang aku,dan aku boleh mengelak serangan dia dengan senang,ceh poyo,lelaki tadi serang sekali lagi,aku mengelak lalu menendang belakangnya sehingga dia tergolek jatuh,sebabkan itu dia jadi semakin marah kemudian berdiri,aku malas nak bertumbuk lagi,bila dia bertindak menyerang aku libas dia guna pegang ditangan,bajunya basah dengan darah kemudian lelaki tadi tumbang,aku terduduk,menggigil tangan aku,perlahan aku bangun lalu dekati lelaki yang sudah tidak bergerak tertiarap atas rumput,aku sentuh lehernya,masih hidup,aku terus pergi dari situ,sampai rumah Jeffry aku terpaksa guna talifon rumah dia untuk call Jimy
"hello Bos"haih la Jimy,penat aku kata jangan panggil aku Bos
"Jimy,tempat biasa aku lepak ada budak nak mati,kau uruskan dia"kataku
"baik Bos"talian terus putus,aku naik tangga masuk kedalam bilik,aku bersihkan diri,bukan setakat darah je yang melekat,kotor baju aku,lengan aku luka terkena pisau lelaki tadi,siap berpakaian aku buka pintu bilik mahu pulang
"Bos"terkejut aku,aduh,ingatkan Jeffry tadi
"apa kau ni?terkejut aku"bebelku
"maaf,Bos ok ke?"aku angguk2 kepala,tak sangka darah dari luka lengan aku menitis
"Bos,darah tu"aku angkat tangan,Jimy tarik tanganku masuk kedalam bilik semula,luka sejengkal dilenganku dibalut
"betul ke Bos ok?budak tu teruk la"aku terdiam,ye la,dah aku hayun pedang harus la teruk
"budak tu kena upah"kataku perlahan Jimy terdiam
"aku siasat..."
"tak perlu,aku tahu siapa yang upah dia"aku potong kata2 jimy buat lelaki ini menoleh padaku
YOU ARE READING
NIKAHI AKU✔(Editing)
RomanceLela seorang gadis yang bergelumang dengan dunia moden tetapi disebaliknya dia seorang gadis kilang dan biasa,jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri berjanji mengahwininya tetapi dihalang keluarga,Jeffry masih mencintai gadis idamannya Lela tetapi Le...