#Lari✔

45 2 0
                                    

Tiga minggu aku hilangkan diri,aku demam dan demam,sampaikan aku tak tahu lagi nak buat apa,sampaikan aku ponteng kerja sebabkan demam,aku tak keklinik pun,bukannya makan ubat,membazir je nanti,aku cuma tidur,makan pun aku tak sangat sampai Mak pun naik risau,bila aku asyik demam kemudian kaku keras dalam bilik macam orang mati,walau aku tak bagitahu tapi Mak pasti tahu,sebab aku tak banyak cakap,bila dah macam tu Mak mesti akan tanya,aku cuma cakap aku mengantuk,entah hari apa aku baring sambil pandang kipas berpusing,termenung,terdengar ada orang panggil aku dibawah,aku mengintai sedikit

"datang rumah,jangan lupa"entah siapa aku tak tahu,tak macam suara Jeffry pun,jadi aku diamkan,sebab aku tak kenal dengan budak kat bawah tu,tiba2 Mak buka pintu bilik

"siapa terjerit2 panggil kau tu?"tanya Mak

"kawan,dia suruh datang rumah"jawapku Mak angguk2,Mak tanya lagi bila aku baring semula

"dah tu?tak nak pergi ke?"la Mak aku ni dah kenapa?dok tanya2 je?aku cuma tersengih

"malam sikit kot,tak pun malas nak pergi"jawapku

"macam tu pula"kata Mak,aku cuma diam sambil baring mengereng,Mak ni tak tahu hati aku tengah gundah gulana,air mata aku mengalir lagi,aku tutup muka dengan kain,aku menahan dari berbunyi,aku tarik nafas dalam2 lalu lepaskan perlahan,aku pejam mata supaya dapat tenangkan diri,nak sambung tidur tapi,dah petang,terdengar suara memanggil lagi,aku bangun ketingkap,aku selak sedikit langsir yang menutup,mak ai,ramai kat bawah tu,Jimy?aduhai kenapa datang sini?mengada la,terpandang aku seorang lelaki sedang merenung aku,walau aku menyorok pasti dia tahu sebab langsir yang aku selak sedikit tadi,aku berundur kebelakang menjauhi tingkap,berdebar rasanya bila lama tak jumpa,aku pejam mata terasa sebak mula bertandang lagi,aku tarik nafas dalam2,aku keluar dari bilik lalu kedapur,tingkap dapur lebih besar dan luas,buka saja tingkap aku terpandang Jeffry yang mendongak memandang aku,aduh rindunya,tersenyum dia buatkan aku tersenyum juga,Jeffry melambai aku cuma geleng kepala

"turun la"katanya aku geleng kepala lagi sambil tersenyum hambar,aku melihat kumat kamit mulutnya mengatakan saya rindu aku tetap tersenyum juga

"balik!"jeritku walau tak kuat,Jeffry tersenyum sambil angguk2 kepala sekejap dia geleng kepala pula,terangkat kening aku melihat mereka disitu,akhirnya mereka pulang setelah matahari tenggelamkan diri,aku hanya melambai Jeffry yang sudah tersenyum hambar padaku,aku menarik nafas lega bila mereka semua beredar....Makan malam aku sediakan,Mak yang masak aku tukang makan je,kalau aku masak siapa nak makan?

"kau tak nak pergi rumah kawan kau ke?"tanya Mak,aku kerut dahi,kenapa dengan Mak ni?asyik tanya je lepas tu macam marah sebab Mak asyik menjeling

"kenapa Mak tanya?"tanyaku geram pula aku dengan Mak ni,sebelum ni Mak pernah pasal lelaki juga,kerana lelaki itu sukakan aku tapi,adik aku sukakan dia,aku sebagai kakak mengalah bila adik aku marahkan aku sebab borak2 dengan lelaki yang dia suka

"Mak tanya je,mana la tahu ada hajat besar,boleh la kau kawin"kata Mak,aku tersengih sendiri

"memang dia ada hajat besar sangat,tapi,keluarga sebelah sana tak restui hubungan kami,apa yang aku boleh buat?memang Mak tak pernah hairan siapa pilihan aku,janji aku kawin,itu kata Mak,air mata aku bergenang cuba aku tahan

"Mak dia tak suka Lela la Mak,kami dah putus"Mak terdiam tengok aku kesat air mata depan dia,anak brutal dia dah menangis,Mak tak boleh buat apa pun hanya merenung,telan air liur aku beberapa kali menahan tangisan,aku basuh tangan,nasi aku tinggalkan lalu masuk bilik menangis tapi ditahan Mak

"habiskan,tak baik tinggalkan nasi"kata Mak perlahan,aku kembali makan tetapi nasi yang masuk kedalam mulut terlalu perit nak ditelan,mujur aku senduk sikit saja,boleh la aku habiskan nasi yang tak seberapa itu,selesai makan aku masuk kedalam bilik semula,Mak pun tak tahu nak cakap apa bila anak brutal dia ni menangis,bukan senang aku nak nangis depan Mak selalunya aku akan menyorok,kali ni aku memang tak boleh tahan sebab tadi Mak nampak marah,lama juga aku menangis sehingga aku tak sedar bila aku terlena,yang aku tahu Mak kejutkan aku supaya aku keklinik

NIKAHI AKU✔(Editing)Where stories live. Discover now