Lepas peristiwa tu aku jarang kerumah besar Jeffry,aku rasa aku tahu siapa punya angkara,tapi aku tak ada bukti tu je,lagi pula mamat Zareef tu sepupu Jeffry sama macam Rafeeq,tapi tak tau tang mana punya sepupu tu je la,dah Jeffry kata sepupu tak kan aku kata kupu2,karut ah,Jeffry dah jarang ke Johor aku selalu la dating dengan dia hehehe,gatal aku ni,selalu juga la dia teman dan hantar aku balik,ada sekali tu aku dah lambat,dia sibuk juga nak hantar,aku kata tak payah aku dah lambat
"saya hantar awak cepat la"
"tak apa saya dah lambat ni,awak baru je sampai saya balik sendiri tak apa"kataku
"tak boleh,saya tetap nak hantar awak,jom cepat"aku tetap menolak sekali pandang jam dah pukul 6,mak ai serius aku dah lambat sangat
"eee dah pukul 6 la awak ni"
"jom la saya hantar,cepat"kata Jeffry sambil tarik tanganku
"ye la jom la "kataku sambil ikut dia keluar dari rumahnya,dalam perjalanan dia yang banyak bercerita dan bertanya,sesekali kami ketawa,sampai je laju aku nak keluar tapi tangan aku ditariknya
"sayang dulu sikit"aku pun hulur pipi kemudian giliran dia pula,aku dah buka pintu kereta Jeffry tarik aku lagi
"awak lambat dah"kataku ye la Azan subuh baru je lepas,gila kau pagi baru aku balik sebabkan aktiviti aku tu,hehehe ada la mana boleh bagitahu
"lagi sikit tak cukup"katanya Jeffry cium pipiku berkali2 macam tak nak sudah
"eee awak"aku cuba tolak Jeffry ketawa dia,baru aku pusing nak keluar tapi mesti terpandang depankan?aku nampak ada sorang pakcik jegil mata kat aku sebab adengan cium2 tadi,mak ai terkejut aku terus aku tutup wajah dengan tangan lalu tutup pintu kereta
"awak berundur awak"kata goyang bahu Jeffry,terus je Jeffry undur kereta lalu tinggalkan perkarangan rumahku,kami berhenti kat satu stesen minyak dekat dengan highway,adoi mati la aku macam mana kalau pakcik tu tahu siapa aku?keluar aku dari kereta nak ambil angin,gila kau kantoi depan pakcik selaku ketua kampung tu,mampus aku,apa aku nak jawap ngan Mak aku ni?
"sayang"
"hah!"terkejut aku lagi Jeffry genggam tanganku
"maafkan saya salah saya"kata Jeffry aku diam,otak aku serabut tiba2,takut aku nak balik seriau aku,dah la pakcik tu sedara bau bacang aku,lagi la teruk kalau dia tahu aku punya kerja
"sayang fikiran awak kemana ni?"
"macam mana ni?saya takut nak balik"kataku Jeffry mengeluh
"dengar sini,kalau betul pakcik tadi nampak awak bagitahu saya,jangan hadap sorang2 boleh?"aku nak angguk tapi aku diam je la pula
"sayang pandang saya,pandang la saya"aku dah nangis sebab takut
"saya takut"kataku perlahan menggigil aku,tu la ha tak tengok kiri kanan padan la muka,hadap la rasakan
"sayang jangan macam ni please,awak bagitahu saya kalau pakcik tu marah awak,saya akan jumpa dengan Mak awak,boleh?boleh tak ni?"akhirnya aku angguk kepala,lama juga kami disitu sampaikan bila ada kereta lalu mereka bunyikan hon,mungkin sebab adengan pujuk memujuk antara aku dengan Jeffry,tapi Jeffry buat tak peduli dia tetap pujuk aku,sesekali usap pipiku yang basah airmata,akhirnya pukul 8.30 kami gerak pulang kembali,takut juga aku masa nak sampai,tapi kawasan tu lengang saja,jadi aku selamat untuk pulang
"jangan lupa bagitahu"kata Jeffry aku angguk kepala,dia dah janji dia nak hantar aku naik,tapi aku tak nak,kalau betul pakcik tu datang rumah aku,aku sendiri akan bagitahu dia,aku sms dia bila lengang je depan rumah,aku suruh Jeffry balik walau dia tak nak,lantak la kau Jeffry dah suruh balik dah,aku masuk rumah aku lepak depan tv,pukul 10 pakcik tu datang kerumah,aku pula yang buka pintu
YOU ARE READING
NIKAHI AKU✔(Editing)
RomanceLela seorang gadis yang bergelumang dengan dunia moden tetapi disebaliknya dia seorang gadis kilang dan biasa,jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri berjanji mengahwininya tetapi dihalang keluarga,Jeffry masih mencintai gadis idamannya Lela tetapi Le...