Aku masuk rumah lepas bagi salam,aku duduk lalu jeling Rafeeq disana,pucat muka dia
"bukan kau kat hospital ke?"tanyaku
"baru keluar"jawapnya perlahan
"patutnya kau balik rumah rehat,bukan datang sini"kataku Rafeeq diam saja,aku pun pandang tv,tapi entah cerita apa aku tak tahu,otak aku tak fokus tiba2 Zareef masuk kedalam rumah
"kenapa?"tanyaku
"papa Jeffry nak jumpa"katanya aku senyum sinis
"aku tak nak pergi,cakap kau tak jumpa aku"kataku Zareef diam
"aku pelik la siapa jadi pengintip ye?mesti Tengku Zafuan tahu aku pukul kau kan Rafeeq?"tanyaku geram,serius aku memang geram,tiba2 Jimy datang,dia tolak seorang budak terjatuh depan aku,serius aku nak nangis tengok dia,tapi aku tahan
"serius ke ni?"tanyaku pada Jimy
"aku terserempak dengan dia masa dia tengah call Tengku"kata Jimy aku berpeluk tubuh memandangnya,aku tersenyum sinis melihat lelaki kecil itu dihadapanku,memang aku tak percaya,kerana aku tolong dia dan bagi tempat tinggal didalam rumah itu,Jeffry tidak pernah membantah apa kataku,tapi apa yang dia buat?adik angkat aku sendiri yang sibuk melapor kat Tengku,sapa tak bengang,orang gila je pun bengang
"kau tentu pernah tengok aku mengamukkan?kau nak jadi mangsa ke?beraninya kau buat macam tu pada aku yang tolong kau,aku tak pernah minta balasan,kenapa kau kacau hidup aku ha?aku tak faham la"lelaki itu hanya diam,sakit hati aku dengannya,banyak sangat masalah kebelakangan ini,naik pening aku
"aku tak nak tengok muka kau lagi,esok kau keluar dari rumah ni"kataku
"kak maafkan Akmal,kalau Akmal pergi mana Akmal nak tinggal?disini je Akmal ada"rayu Akmal
"suka hati kau la nak pergi mana,bukan urusan aku"kataku tanpa memandang wajahnya
"tolong la kak,saya rayu akak,saya tak kan buat lagi"aku diam,menjeling aku pada Akmal yang duduk dilantai
"malas aku nak ambil tahu,kau pergi la"kataku lagi,Akmal tunduk
"sampai hati akak"terbeliak mata aku dengar,lalu dongakkan wajahnya kasar dan menampar sekuat hatiku
"kau yang sampai hati buat aku macam tu,kau pernah fikir ke sebelum buat sesuatu ha?ada ke kau fikir?cakap la!masa aku kena panggil pertama kali dulu,sikit pun aku tak syak kau tahu tak?bila tahu kau la puncanya siapa yang tak sakit hati,aku tak pernah anggap kau orang luar,tapi kau buat aku macam ni!"marahku sambil memukul tubuhnya,geram aku hampir je aku menangis,tapi aku tahankan,aduhai aku mengamuk lagi,apa nak jadi ni?
"kau memang cari nahas dengan aku,kau tak pernah fikir semua tu,kau tak pernah fikir!"marahku lagi Akmal hanya diam menerima pukulanku
"sayang kenapa ni?apa Akmal dah buat?"tiba2 Jeffry menerpa menarik tanganku dari memukul Akmal,geram aku tengok muka baik dia
"ada otak tak pernah fikir"aku menampar lagi,Jeffry menarik tanganku,lalu dudukkan aku disofa,masing2 diam aku dah pegang kepala
"apa ni?kenapa jadi macam ni?"tanya Jeffry,tapi semua diam tak bersuara,takut aku mengamuk lagi,Jimy hanya tunduk,Almal menangis tersedu2,aku hulur tangan pada Jimy,Jeffry dah beliak mata,jika aku guna pedang maknanya kesalahan Akmal berat
"sayang"Jeffry cuba pujuk aku
"akak Mal minta maaf Mal tak buat lagi"rayu Akmal,aku hanya diam memandang Akmal,air mataku bergenang melihatnya melutut dihadapanku,tapi kenapa sampai hati jadi pengintip Tengku?
YOU ARE READING
NIKAHI AKU✔(Editing)
RomantikLela seorang gadis yang bergelumang dengan dunia moden tetapi disebaliknya dia seorang gadis kilang dan biasa,jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri berjanji mengahwininya tetapi dihalang keluarga,Jeffry masih mencintai gadis idamannya Lela tetapi Le...