fail yang dihulur padaku aku hulur pada Akmal
"sebelum kau buka fail ni jujur dengan akak Mal,akak tak nak kau tipu akak"
"apa ni kak?cakap je la kak jangan buat Mal takut"aku diam saja lalu menyuruh dia membuka fail ditangannya,dia diam saja memandang gambar itu lama2,kami semua diam,Akmal geleng kepala perlahan lalu berdiri fail dicampak kelantai buat aku ikut berdiri juga
"tak,Mal bukan anak dia,Mal bukan anak dia"kata Akmal nafasnya turun naik menahan amarah yang muncul
"Mal,jangan cakap macam tu"pujukku
"tak kak,Mal bukan anak dia!"jerit Akmal aku pegang bahu Akmal cuba memujuknya
"Mal,dia dah lama cari Mal,sekarang baru akak tahu sebab tu akak tanya,kalau tak akak serah je Mal kat dia"kataku lembut
"tak kak,Mal anak yang tersisih,Mal gaduh dengan abang tapi Mal yang salah,apa salah Mal?hari2 Mal kena maki abang Mal ketawa je tengok Mal kena tampar tanpa sebab,anak apa tu kak?anak apa?sebab tu Mal keluar dari rumah tu,Mal tak tahan dengan semua dalam rumah tu tak suka Mal,Mal dah ada keluarga sendiri yang sayangkan Mal,bukan macam dia orang suka pukul Mal macam Mal bukan anak kandung dia orang,Mal dah bahagia apa lagi yang dia orang tak puas hati?"
"Mal dengar dik,walau macam mana pun kau tetap anak ayah dan mak Mal,dia orang la yang lahirkan Mal"Akmal terduduk menangis,dia tersedu2 tahu akan dibawa semula kerumahnya yang dulu,pernah menjadi titik hitam dalam hidupnya,aku peluk bahu Akmal supaya dia bertenang sedikit,lama juga Akmal menangis macam budak kecil
"seronok la Mal kena peluk"kata Jeffry tiba2 tergelak Akmal sedikit aku ikut sama
"apa awak ni?"
"abang ni"Jeffry sengih2 saja bila 2 manusia ni pura2 marahkannya,masing2 ketawa,2 hari kemudian baru aku bawa Akmal bertemu dengan keluarganya,pertama kali masuk kedalam rumah bertembung dengan seorang lelaki,tersenyum sinis dia pada kami
"apa kabar dik?"Akmal cuma diam langsung dia tak menoleh
"baru sedar ada adik?"sindir Akmal aku terus pegang bahunya dan menepuk perlahan supaya dia tenang
"sabar sikit kawal marah tu"bisikku Akmal diam saja dia memandang sekeliling lalu duduk dihadapan seorang lelaki tua
"anak mama"kata seseorang lalu dekati Akmal dan memeluknya,Akmal hanya membatu sikit pun tak terlintas dihatinya mahu membalas pelukkan wanita itu
"maafkan mama nak,mama lalai jaga anak mama sorang ni"Akmal menolak wanita itu dari memegangnya dia geleng kepala perlahan
"maaf,Akmal ada keluarga dan sayangkan mereka,kakak yang jaga Akmal sejak Akmal tak ada keluarga dan kakak juga yang merasa sakit dan sihat hidup Akmal"kata Akmal perlahan masing2 diam saja tak bersuara
"tau tak papa dah lama cari Akmal?"Akmal geleng lagi
"cari tapi tak bersungguh buat apa?Akmal bahagia sekarang harap jangan ganggu"kata Akmal lagi dia hanya memandang lantai yang disaluti karpet merah lembut dikakinya
"kita balik la kak,rasanya dah tak ada apa yang nak dibincang lagi"aku angguk kepala lalu berdiri,semua sudah sedia maklum aku yang menjaga Akmal sejak aku berjumpa dengannya dulu
"Akmal,kau tak nak harta ke?"Akmal senyum sinis kemudian pusing memandang lelaki yang memeluk tubuhnya
"kau makan sorang la aku tak heran,harta dunia sekejap je"jawap Akmal aku senyum kami keluar dari rumah itu aku la orang terakhir yang keluar
"aku rasa kau hasut dia"laju Akmal berpaling mendengar kata2 abangnya
"tunggu"aku halang Akmal dari kedepan
YOU ARE READING
NIKAHI AKU✔(Editing)
RomanceLela seorang gadis yang bergelumang dengan dunia moden tetapi disebaliknya dia seorang gadis kilang dan biasa,jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri berjanji mengahwininya tetapi dihalang keluarga,Jeffry masih mencintai gadis idamannya Lela tetapi Le...