#sekali lagi

74 2 2
                                    

Hari ni Eric dengan Jimy datang rumah Ayah Zalfian sebab nak bincang,pasal kerja aku tu la,aku duduk sama dekat Ayah Zalfian sebab nak dengar apa kata Ayah

"Uncle akan bagi kerja dengan kamu,berhenti buat kerja tu,dah lama sangat Uncle rasa kamu kerja dengan mereka,tinggalkan saja"kata Ayah Zalfian

"kami dah biasa Tengku,tak apa rasanya"jawap Jimy

"hish kamu ni,Uncle dah cukup tak payah Tengku bagai la,mereka tu lemak sangat sebab kamu bantu,itu kan kerja mereka biarkan saja"kami sengih2 dengar kata Ayah Zalfian,betul juga tu

"Uncle bagi kerja,esok pagi2 datang rumah nanti Uncle bagitahu kerjanya"kata Ayah Zalfian lagi,mereka ber2 angguk2 kepala,memang la kata berhenti tapi,ada juga 3 kali kami pergi operasi lagi,Ayah Zalfian tau dia suruh hati2 bila aku minta izin dengannya mahu keluar

"Ayah aku suruh berhenti"kataku pada Amran yang diam sejak tadi,apahal entah dia ni,sejak kawin ada je emosi dia bawa tak pro langsung

"Tuan?"aku diam bila anak buah Amran dekatinya,Amran terkejut lalu berpaling

"kau cakap apa tadi?"haih dia ni aku sekeh kepala Amran geram aku,ha hambik kau

"Ayah aku suruh berhenti la gila!"

"woi!sakit ngok!"Amran gosok kepalanya buat aku ketawa

"dah la aku nak balik,aku nak berhenti,lagipun dah lama kan?terlalu lama Ayah aku bising sebab aku masih lagi nak bantu kau"Amran angguk2 kepala

"ye la,kalau ada apa2 nanti bagitahu la ye"aku angguk kepala perlahan lalu keluar dari situ,Eric dengan Jimy sentiasa ekori aku kemana saja aku pergi

"Bos jadi kawin dengan Jeffry?"ha?bila aku cakap?aku ada cakap ke?

"ha?kawin?siapa cakap?"tanyaku pelik

"eh Bos ni,Ayah Bos cakap la hari tu,lupa ke?Bos ada sakit kepala ke sejak akhir2 ni?"eh tak la pula,tapi entah kenapa aku lupa?

"entah,owh patut la dia kata buat persiapan"kataku lalu berpaling

"jadi betul la ye?"aku ketawa sedikit,entah la tak pasti pula hal ni,sebab aku masih lagi risau pasal Tengku Zafuan,nak ke dia bermenantukan aku?

"Bos?"aku pandang Jimy yang pandang aku

"Bos ok?"aku angguk2 kepala

"Bos risau pasal Tengku ke?"aku senyum sedikit lalu mengeluh

"entah la"jawapku

"nanti kami siasat"aku ketawa ada2 je depa ni

"pergi la cari life sendiri wei,asyik melekat je kat aku tak kawin2 la korang nanti"bebelku buat 2 cina itu ketawa

"kami kawin bila Bos dah selamat kawin"aku terdiam,hish depa ni

"jangan buat aku nangis boleh tak?"Eric dengan Jimy ketawa lagi

"Bos jangan risau,ada la jodoh kami"aku sengih tapi tak la sengih mana sebab,aku sedih,sampai bila la depa ni dengan aku je?risau juga aku depa tak kawin sebabkan aku

"Bos jom balik,berangan je"aku ketawa lalu dekati Eric dengan Jimy,kami naik kereta hari ni,Ayah Zalfian yang suruh,mereka akan sentiasa jadi orang kanan aku selagi aku tak kawin lagi,itu janji Eric dengan Jimy pada Ayah Zalfian,walau Ayah Zalfian bagi kerja kat ofis apa kehendak aku nanti aku yang akan diutamakan

"Bos,dah tidur ke?"aku buka mata memandang Eric yang memandu

"belum,kenapa?"tanyaku

"esok kita mandi kolam nak?"haih la budak ber2 ni

NIKAHI AKU✔(Editing)Where stories live. Discover now