Aku berdiri bersandar dipokok sambil menyeka air mata yang mengalir sejak tadi
"bodoh"kataku sendiri,memang aku bodoh,boleh pula aku jatuh cinta dengan Jeffry,mengarut betul,perlahan aku berjalan kesana,rasanya semakin jauh pula dari mereka,tapi,aku perasan Jeffry perhatikan aku disini,pasti dia tertanya2 kenapa dengan aku?agaknya la,aku pun tak pasti,heh,aku kesat air mata lagi aku tarik nafas panjang lalu lepaskan perlahan,aku tak boleh macam ni,aku kena buang perasaan aku,bila dah lega sedikit aku dekati mereka semula,aku perasan mereka semua berkemas mahu pulang itu la aku dekati mereka sambil membantu mengemas,sesekali Jeffry dekati aku menyerahkan barang yang kena simpan untuk dibawa pulang,aku banyak diam sibukkan diri
"Lela ni air kau bawa balik"aku angguk saja lalu mengambil botol dari tangan Kamal,tersenyum dia memandang aku,whatever la malas layan
"jom balik"kami semua bergerak ketempat meletak kereta,ada yang datang naik motor bawa barang2 dengan beg,aku letak barang dibonet kereta Jeffry dan menutupnya,kami pulang,sampai dirumah Jeffry dah jam 4 pagi aku terdemam pula setelah rehat dalam bilik sejam lepas sampai,lepas aku mandi Jeffry suruh makan tapi aku tak nak
"rimas la aku kau ni,aku tak nak makan sudah la,bising la"bebel aku sambil jauhkan diri dari Jeffry yang tegak depan aku,apahal?makan pun nak paksa2 ke?
"owh rimas dengan aku?"tanya Jeffry aku terdiam,aku menjeling,Zamri pandang saja kami disini sebab dah bertekak sikit tadi
"aku nak balik la,tepi"Jeffry tetap menghalang aku dari pulang
"tak,selagi kau tak makan"katanya
"aku tak lapar ok"
"jangan tipu,makan dulu"terus saja aku keluar dari rumahnya tapi Jeffry tarik lengan aku cuba menahan aku dari pergi
"wei"tangan Jeffry naik terletak didahi kemudian leher
"panasnya,kau demam la ni"Jeffry terus tarik aku supaya duduk,terikut aku duduk disebelahnya,ye memang kepala aku pening tapi,bila tengok muka Jeffry tadi lagi aku terasa nak menangis
"Zam ambil panadol kejap,makan ubat ye?"aku geleng kepala,aku seka air mata yang mengalir
"kenapa kau ni sampai demam2?kau tak nak cerita dengan aku ke?"aku geleng kepala,tunduk aku pandang peha Jeffry sebab terasa bahang peha Jeffry terkena peha aku,rasa selesa sebab Jeffry mula urut kepala aku walau perlahan,sehingga kepala aku terlentok dibahunya
"makan ubat dulu"aku geleng kepala lagi
"makan la nanti baik"
"tak nak"aku terus duduk tegak semula sambil menangis,aku,gadis brutal kalau dah demam habis gedik aku keluar,bikin malu minah brutal je la aku ni
"ok2 aku tak paksa"kata Jeffry kemudian menarik bahu aku supaya aku terlentok dibahunya,tangisan aku perlahan2 mula berhenti,Jeffry sibuk usap tangan,jari2 aku,bahu aku sesekali sambil berbisik supaya aku tidur,ye memang aku tidur,2 jam juga dapat lena dan aku dihantar pulang,Alhamdulillah aku agak sihat sewaktu kembali kerumah Jeffry,tersengih2 aku pandang dia yang cekak pinggang depan pintu rumahnya,masa tu aku baru saja sampai
"dah sihat?"tanya Jeffry aku angguk2 kepala sambil melangkah perlahan dekati Jeffry dipintu utama
"Alhamdulillah sihat,sangat sihat"kataku lalu buat gaya popeye ala yang angkat tangan dua2 tu,tunjuk muscle,Jeffry cuma ketawa sambil merenung aku,adeh dia ni tak payah la tenung2 korek mata tu karang
"masuk la woi,apa berdiri kat luar je tu?"kami ketawa Zamri dok membebel kat dalam
"jom"kata Jeffry aku angguk saja lalu ikut dia masuk kedalam rumah
YOU ARE READING
NIKAHI AKU✔(Editing)
RomanceLela seorang gadis yang bergelumang dengan dunia moden tetapi disebaliknya dia seorang gadis kilang dan biasa,jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri berjanji mengahwininya tetapi dihalang keluarga,Jeffry masih mencintai gadis idamannya Lela tetapi Le...