Hari ni aku dengan geng ada kerja sikit,saja lawat kawasan sebab bizi dengan kes Malik jadi sampai kawasan sendiri pon lupa,aku serahkan fail pada lelaki segak depan aku,makin berubah aku tengok dia, bagus,dulu selekeh je sekarang smart sudah kemeja hitam ditubuhnya buatkan dia nampak segak
"bagus,ni la yang aku nak,kerja kau bagus aku suka"lelaki depan aku ketawa,cewah,kumis dia buat dia nampak macho,naik hancur hati aku ni hahaha
"terima kasih bos,aku tak ada buat apa sangat pun"kata Azlan perlahan,choi hati please la jangan tergoda kah kah kah
"dah bagus aku kata bagus je,aku dengar kau sendiri turun padang kalau ada hal,itu lagi bagus,tapi,kau tak kerja ke?"tanyaku Azlan senyum
"aku kerja,kalau tak ada kerja baru aku sendiri turun padang"aku angguk2 dengar,serius budak ni memang bagus
"harapkan kau"kataku lalu berdiri ketawa dia sedikit dan angguk2 kepala lagi
"terima kasih bos"katanya perlahan aku senyum lalu kami beredar,hah siap sudah melawat kawasan,balik la nak buat apa lagi?
"suruh budak2 balik"kataku masing2 angguk2 kepala,laju la kami pulang tapi aku diekori dari belakang
"bos!"aku pandang sebelah Jimy juga yang lain terus pergi selepas melambai,tinggal aku dengan Mamat saja
"nak pergi makan tak?lapar la"jerit Mamat mengatasi bunyi motor,aku tunjuk bagus pada Mamat dia bagi isyarat supaya ikut dia jadi,aku ikut la sampai la kat 1 kawasan perumahan dan Mamat masuk keperkarangan 1 rumah agak besar juga,hm rumah dia ke ni?aku turun dari motor setelah matikan enjin,aku pandang keliling rumah sapa la ni
"rumah siapa ni Mat?"tanyaku lalu dekati dirinya,Mamat senyum je
"jom je la masuk,takut ke?"tanya Mamat buat aku sengih,aku tolak tubuhnya supaya dia masuk dulu kedalam,ketawa saja Mamat sambil melangkah masuk kedalam lalu terus kedapur,aku rasa ni rumah dia sebab slumber je dia masuk tak toleh kiri kanan,anak orang kaya juga rupanya,aku duduk bila Mamat suruh tapi tak sedap hati sebab dia panaskan sesuatu buat aku berdiri
"tak apa,duduk la"aku cebik buat lelaki disebelahku ketawa lagi,tiba2 seseorang menegur buat kami berpaling
"kenapa tak panggil makcik?"
"tak apa,saya boleh ambil sendiri"kata Mamat sambil menyalami wanita itu,aku turut sama mengikutinya
"ini siapa Zim?"tanya makcik Mamat sengih2
"saya Lela kawan Azim"jawapku
"ye ke kawan je?Azim mana pernah bawa kawan perempuan datang rumah"aduh tersengih aku sebab segan
"apa mak ni cakap macam tu pula"kata Mamat nampak wajahnya sedikit merah,aku dah sengih2 tengok gelagat Mamat yang segan,dengan aku ikut segan
"biar la mak nak cerita,apa salahnya kan?"aku angguk kepala kemudian pandang Mamat yang garu kepala ketawa aku tengok Mamat macam tu,kami duduk makan sebab memang lapar,sambil aku layan mak bercerita aku ketawa,sesekali Mamat menjeling aku yang duduk disebelahnya
"makcik saya balik dulu ye?"tersenyum makcik itu masa salam dengan aku
"jangan lupa datang lagi,Azim tu mana la pernah bawa kawan perempuan kat rumah,itu pun main sorok2 kalau makcik tak dengar tadi ha ber2 je la kamu kat dapur,mana tau jodoh kamu dengan Azim"aduh jauhnya berangan malu aku
"mak,kenapa cakap macam tu?mak ni"aku ketawa tapi aku malu,makcik senyum je tengok Mamat dengan aku
"ala kamu nak segan apanya?"garu kepala je Mamat sambil jeling aku,makin la aku tersengih
YOU ARE READING
NIKAHI AKU✔(Editing)
RomanceLela seorang gadis yang bergelumang dengan dunia moden tetapi disebaliknya dia seorang gadis kilang dan biasa,jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri berjanji mengahwininya tetapi dihalang keluarga,Jeffry masih mencintai gadis idamannya Lela tetapi Le...